Followers

15.6.11

Permohonan Untuk Murtad

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni agak awal kakchik online di fb. Sempatlah juga komen status kawan-kawan dan cek status-status terkini beberapa fb yang bagus misalnya fb TGNA. 

Terkejut melihat data-data ini yang dikongsikan di fb TGNA yang disalin dari Malaysiakini dari yang asal iaitu Hansard Parlimen. Data permohonan untuk murtad di seluruh Malaysia. Astaghfirullahalazim.

[admin] Statistik Permohonan & Kelulusan untuk Murtad bagi setiap negeri.

Permohonan ini adalah dalam tempoh 10 tahun iaitu dari tahun 2000 hingga 2010. Ramai juga tu yang mohon meninggalkan Islam. Murtad. Di saat mereka memohon itu sebenarnya mereka telah murtad cuma belum dirasmikan atas kertas je.

Hakikatnya, ada umat Islam di negara kita ini yang telah murtad. Membimbangkan. 

Jika kalian ragu-ragu dengan maklumat yang kakchik kongsikan ni, sila merujuk kepada Hansard Parlimen. Boleh didapati dari web Parlimen Malaysia.

Allahua'lam.

17 comments:

  1. assalamualaikum

    harap kak chik ceria n sihat2 selalu:-)

    trkejut baca entry kak chik pg ni..

    Astaghfirullahalazim.

    ReplyDelete
  2. wa'alaikummussalam lin. alhamdulillah kakchik sihat dan ceria. maafkan kakchik ya sebab pagi-pagi lagi dah kongsikan berita menyedihkan ni. tapi takut terlupa baik cepat-cepat kongsi.

    ReplyDelete
  3. salam kak chik.. err.. tak terkata masa tengok mula.. entahlah.. semakin sakit kepala mau meletakkan info ini kedalam benak. :).. semoga Allah mengubah hati mereka dan menetapkan terus di jalanNya

    ReplyDelete
  4. Salam kakcik.
    Entry kakcik hari ini mengerunkan. Takut pun ada.

    Semoga Allah menunjukkna jalan yang benar dan jangan ia pesongkan dari landasannya.Amin.

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum

    xmengapa kak chik..ia penting sbg peringatan agar diri ini sentiasa berusaha dalam mempertingkatkan amalan menuju ke alam yang abadi.

    terima kasih kak chik sayang:-)

    ReplyDelete
  6. astagfirrullahuazim..

    teruknya...tu la hakikatnya...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, KakChik.
    Entry akak kongsikan kali ini mungkin berkaitan dengan satu post ain coretkan di blog ain.

    Baru-baru ini ain terlibat dalam perbincangan di alam maya berkenaan isu murtad dikalangan muslim reverts.Kebanyakkn yg terlibat dalam perbincangan itu menyalahkan muslim reverts itu sendiri apabila telah murtad.

    Juga menyedihkan apabila salah seorang rakan mendapat tahu ada non muslim yg menyatakan hasrat untuk memluk Islam tetapi ignin mencari pasangan dahulu sebelum benar2 memeluk Islam, dihina kerana niatnya itu.

    Memang benar, jika memeluk Islam semata-mata kerana cinta/kahwin takkn ke mana.Yang ain bahaskan adalah yg berada disekeliling individu itu, apa mereka buat..Salah seorang katanya biarlah Allah berikan hidayah ,kita hanya berdoa sahaja.

    Memang benar doa itu mustajab dan hidayah hanya Allah yg berkuasa mmberikn pada sesiapa yg dkehendakiNYA.

    Ain berikan pandangan ain bagi pihak muslim reverts yg lain.Mereka harus melihat seluas-luasnya dan bukan mebiarkan seseorang itu tersadai begitu sahaja.
    Tanya pada diri jika anda berkenalan seseorang yg muslim revert / ingin memeluk Islam,tetapi hidupnya sendirian kerana tiada sesiapa membantu, kita yg dsekelilingnya,apa yg akan kita buat???

    tajuk post : USAH DIPERSOALKAN

    jika kakchik berkesempatan , sudilah beri komen dan pandangan yea.Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Astaghfirullahalazim...MasyaAllah, boleh thn ramai tu...

    ReplyDelete
  9. wkslm syikin. memang sakit kepala kita dibuatnya syikin tapi data begini kita memang kena ambil tahu kerana ini penting dalam kita mengenalpasti cara mengatasinya dan bagaimana nak mengemaskini kaedah dahwah kita.

    ReplyDelete
  10. Wkslm Nieda. Kakchik pun fikir banyak kali sebelum kongsi dalam blog tapi takut nak merujuk di masa depan maka kakchik letakkan juga.

    ReplyDelete
  11. Wa'alaikummussalam Qaseh. Bagus kalau macam tu. Sama-sama ya.

    ReplyDelete
  12. jedi, hakikatnya sudah lama masalah murtad ini menjarah di negara kita, kerajaan kita tak war-war kan aje.

    ReplyDelete
  13. Wa'alaikummussalam Ain.
    Syabas Ain kerana turut mengambil berat akan masalah murtad ini terutama di kalangan saudara baru. Pastinya Ain lebih tahu akan keadaannya. Banyak sebab yang menyebabkan bukan Islam takut nak masuk Islam. Antaranya ialah sikap orang Islam sendiri yang lebih kepada menakutkan, tidak terbuka, prejudis dan sebagainya. Satu lagi mungkin mereka malas, takde kesedaran untuk berdakwah, tu yang mereka boleh kata macam tu kat orang yang minat nak masuk Islam. Tengoklah apa yang tak dikata tentang usaha Kerajaan negeri kakchik dalam memperkenalkan Islam kepada bukan Islam, siap dikata kami ni menjilat muntah d a p. Astaghfirullah...

    Ain, insyaAllah kakchik singgah dan baca nanti.

    ReplyDelete
  14. Itu yang memohon kak NzA, kalau dicampur dengan jumlah yang murtad tapi belum memohon, tentulah lagi ramai kak.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,

    Ini statistik baru kak, kalau statistik lama lagi menakutkan.

    Kes murtad biasanya berlaku kerana reverts yang baru tidak mendapat maklumat atau ilmu tentang Islam yang sebenar. Ada kalanya mereka juga terasa ditindas dan disisihkan kerana sejarah silam mereka.

    Tidak juga dinafikan ada yang memeluk Islam bukan kerana agama itu sendiri tetapi kerana sebab2 peribadi. Usaha untuk mendidik reverts tidak berterusan oleh Pejabat Agama. Kadang2 kaedah untuk menyebar Islam itu salah seperti yang pernah berlaku kat Pulau Ketam suatu masa dahulu.

    Saya mencadangkan kita semua belajar cara nak handle reverts baru kerana mereka sememangnya memerlukan sokongan kita semua.

    Saya juga jangan kita lupa orang Melayu sendiri yang ada yang dah murtad tapi IC tetap tercetak 'Islam'. Di Malaysia mereka tidak akan apply tukar agama kerana 100% tak akan diluluskan disebabkan oleh perlembagaan negara kita.

    ReplyDelete
  16. Wa'alaikummussalam ahong.
    Terima kasih atas perkongsian. Kakchik pun rasa begitulah juga. Hakikat sebenar dalam isu murtad ni tak dapat nak kita ketahui angka yang tepat tapi masalah murtad sikit atau banyak tetap kena kita ambil berat. Bagus cadangan tu agar kita belajar teknik nak berdakwah kepada mualaf ni. Kakchik sangat suka kalau reverts yang punya kesedaran Islam yang jelas turut terlibat dengan aktif dalam hal ini kerana mereka lebih memahami situasi sebenar. Tapi orang Islam asal kenalah mainkan peranan dakwah yang berterusan dan tidak memilih bulu. Moga-moga kita sama-sama dapat membendung gejala murtad ni dari terus meningkat.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs