Followers

9.6.11

Demonstrasi Pemakaian Tudung

Assalamualaikum dan salam malam Jumaat untuk semua.

Di saat kakchik mula menulis ni, otak kakchik sedang bermesyuarat dengan hangat sekali. Ada beberapa agenda yang perlu dilaksanakan esok hari. Kebanyakan agenda adalah berkaitan dengan rumahtangga dan bisnes manakala ada satu agenda penting yang berkaitan dengan masyarakat, Demonstrasi Pemakaian Tudung sempena program ini:

Sumber: Nisa' Kelantan

Sebenarnya sehari sebelum kakchik ke Kuala Lumpur baru-baru ni, kakchik telahpun menerima undangan dari pihak penganjur dan surat dihantar 'by-hand' ke pejabat di Zahra'. Balik dari KL baru kakchik membacanya. Kalau nak ikutkan ini ialah kali pertama kakchik dijemput untuk mengendalikan demo sebegini. Sebelum ini hanya buat demo tidak rasmi semasa membuka gerai, di MariBaca atau bila ada pelanggan yang minta diajarkan cara nak pakai shayla.

Entah gaya yang mana satu yang kakchik nak demokan esok ni. Apa yang pasti, gaya bertudung yang kakchik nak tunjukkan esok insyaallah gaya-gaya yang memenuhi tuntutan syariat dalam bertudung. Sambil-sambil tu kakchik ada juga melihat-lihat video tutorial di Youtube, memilih mana-mana gaya yang boleh diserasikan dengan pemahaman kakchik.

Slot kakchik ialah di waktu petang iaitu dari jam 2.30 hingga 4.30 petang. Sambil-sambil tu Nora akan menyanyikan beberapa buah lagu. Huhu, kakchik kurang gemar nyanyi-nyanyi ni tapi harapkan penganjur dan peserta semuanya perempuan dan majlis pun tertutup, kakchik takdelah nak menentang. 

Oklah dulu, kakchik mohon Allah redha dengan perkara yang kakchik akan lakukan esok. Semoga demo yang kakchik buat nanti akan mempengaruhi para beliawanis untuk memilih gaya bertudung yang lebih sopan, labuh dan memenuhi tuntutan syariat. Insyaallah.

6 comments:

  1. hehe kak chik.. udah jadi selebriti sudah... sebaris dengan nora.. :)

    ReplyDelete
  2. tak taulah syikin, bimbang takut nora ditenggelami dengan ke'selebriti'an kakchik je hehe.

    ReplyDelete
  3. Salam.. kalau berkesempatan, k.chik post la gambar demonstrasi pemakaian tudung yang k.chik buat ye.. :)

    ReplyDelete
  4. assalamaualaikum

    tahiah buat kak chik atas jemputan trsebut..

    moga dipermudahkan urusan kak chik nanti:-)Amin

    jgn lupa kongsi gmbar demo nanti ye kak chik;-)

    ReplyDelete
  5. Wkslm ashutz. Insyaallah bila kakchik dapat gambar-gambarnya dari jurukamera. Harap-harap menjadi gambarnya.

    ReplyDelete
  6. wa'alaikummussalam qaseh azlen. terima kasih banyak. alhamdulillah segalanya lancar petang semalam. insyaallah kakchik akan kongsikan nanti.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs