Followers

12.6.11

Hilang Semangat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni kakchik boleh membayangkan betapa sunyinya suasana di seluruh negeri. Agaknya, inilah penangan kalahnya The Red Warrior dalam perlawanan akhir Piala FA 2011 malam tadi. Seolah-olah letih lesu tidak bermaya semua orang. Nasib baik kakchik bukan peminat bola, takdelah kisah sangat. Lagipun adat perlawanan, pasti ada kalah dan menang. Sabarlah... malam tadi bukan rezeki kita orang Kelantan.

Mukadepan Sinar Harian 12 Jun 2011

Bila berlaku kekalahan selalunya kita terlupa akan Qada' dan Qadar Tuhan. Ramai yang lebih suka mengatakan nasib atau kebetulan. "Nasiblah dapat satu gol. Kalau tidak, malu sungguh.", "Nasiblah Si Daud Su tolong sumbat satu gol, kalau tidak tentu dan seri 1 sama.", "Nasib tak menyebelahi kita. Pasrah sajalah." dan seumpamanya. Kakchik pun nak kata, "Nasib baik kakchik bukan kaki bola, kalau tidak tentu takde mood nak pergi kerja. Sedih, TRW kalah. Huhu."

Sudahlah, cukuplah malam tadi kita letih dan penat. Semangat yang naik dan akhirnya turun, lupakanlah. Adat dunia ada masa kita di atas dan ada masanya kita di bawah. Begitu juga dengan iman kita. Turun dan naik. Jangan hanya kerana sebiji bola, sebuah piala dan sejumlah ganjaran, kita jadi putus asa dengan nikmat Allah. Bukankah Allah telah izinkan kita semua menikmati sebuah perlawanan yang agak memberansangkan? Insyaallah tahun depan rezeki Kelantan lagi.

Kalau sebelah pagi suasananya sungguh hening sekali, ibarat membawa bersama kesedihan para peminat dan penyokong bolasepak Kelantan, petang ini suasana kembali hingar-bingar. Alam dan manusia kembali segar dan bangkit dari semangat yang lemah. Kakchik tahu, orang Kelantan semangat juangnya tinggi. Tapi yang kakchik tak suka ialah bila semangat tinggi tu disalah-gunakan di dalam stadium. Oh, sungguh membuat hati kakchik geram akibat kurang akhlaknya sebahagian penyokong ini.

Okeh... jom kita keluar ronda-ronda, bagi semangat nak teruskan hidup naik semula.

2 comments:

  1. salam kakchik,
    kalah dan menang tu kan adat kan. tp yg kalah biasa nye pasti kecewa. kalau iman tak kuat tu yg mulut akan terkeluar perkataan bukan bukan.

    ReplyDelete
  2. wkslm alamanda. bagi yang memahami ada perlawanan, kalah atau menang dapat diterima dengan hati terbuka tapi itulah kan, tak semua orang hatinya bersih. apatah lagi dalam dunia sukan yang masih banyak unsur-unsur tidak bersihnya. tu yang mulut ada yang tak reti nak jaga tu.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs