Followers

4.6.11

Muktamar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Suasana semasa Majlis Perasmian Muktamar DMP Pusat di Dewan Jubli Perak, Shah Alam.

Apa khabar kalian semua di petang Jumaat yang penuh barakah ni? Kakchik doakan semuanya dalam keadaan sihat walafiat dan sedang mengisi masa bersama keluarga masing-masing. Di saat kakchik menulis ni sidang muktamar untuk hari ni sudahpun berakhir. Insyaallah esok akan bersambung lagi. Sementara nak berkemas dan balik ke tempat penginapan, kakchik mahu kemaskinikan blog ini untuk hari ni.

Muktamirat sejuk dipandang dalam warna hijau dan putih.

Sebagaimana yang kakchik beritahu sebelum ni, tujuan utama kakchik ke KL ialah untuk bertugas di Muktamar PAS Pusat. Alhamdulillah matlamat kakchik telah tercapai dan kini kakchik masih lagi bertugas di tapak muktamar di bahagian IT. Kerja belakang tabir saja. Kakchik seronok dapat buat kerja-kerja teknikal yang berkaitan dengan penyampaian maklumat melalui internet. Alhamdulillah.

Daya tarikan yang kuat bagi wanita.

Sudah lama tidak bermuktamar di Taman Melewar ni. Sejak 2003 hinggalah tahun lepas muktamar pusat telah dibuat di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Akhirnya tahun 2011 muktamar kembali dibuat di Selangor yakni di Taman Melewar, Gombak. Sudah banyak kelainannya tempat ini berbanding dulu. Markaz pun sudah naik taraf menjadi sebuah kolej iaitu Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM). Dan kawasan sekitar juga sudah banyak dimajukan.

Pintu Gerbang Markaz PAS di Taman Melewar. Sumber: FB PAS Pusat

Satu perkara yang masih sama ialah tempat ini akan menjadi penuh sesak kerana jalan kawasan perumahan yang tidaklah besar/luas sangat. Tapi itulah namanya suasana semasa muktamar. Tak reti nak gambarkan apa perasaan sebenarnya tapi kakchik dapat rasai satu ruh keislaman yang kuat di sini. Tambah-tambah bila kakchik turut bertugas semasa muktamar ini.

Semasa persidangan muktamar muslimat di sebelah petang.

Kenangan paling indah ialah apabila kakchik dapat bertemu dengan adik-beradik usrah semasa di USM dulu. Reunion yang berlaku selepas hampir 13 tahun kami terpisah. Alhamdulillah atas rahmat Allah. Semakin bermakna persahabatan kami selama ini. Terima kasih ya Allah. Moga-moga esok kakchik akan dapat berjumpa kawan-kawan lain pula. Perkenankanlah ya Allah. Amin.

Yours truly di Bahagian Media.

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs