Sumber: Ticher Ina |
Imanina Mahfuzah yang baru berusia belum sampai sehari di atas ribaan kakchik. Terima kasih Marina Amir kerana mengizinkan kakchik memangku anakanda yang baru lahir. Kakchik sangat terharu melalui pengalaman ini. Teringat kenangan-kenangan memangku anak-anak saudara yang baru dilahirkan. Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Terima kasih kepada Ticher Ina yang merakamkan gambar ini tanpa kakchik sedar. Tindakan Ticher Ina telah menjadi satu rakaman kenangan yang bernilai sekali. "A picture worth a thousand words." Kakchik amat-amat suka melihat gambar ini dan setiap kali melihatnya terasa sejuk di dalam hati.
Semoga Imanina Mahfuzah yang tidak sihat sekarang ini akan segera sembuh dan dapat kembali ke pangkuan keluarga di rumahnya di Putrajaya. Semoga Reen tabah menghadapi dugaan ini.
cantek sungguh gambar ni.
ReplyDeletesalam kak chik..K.atie doakn semoga satu hari nanti kak Chik akan dpt memangku zuriat sendiri...dgn izin ALLAH.Amin
ReplyDeleteterima kasih alamanda. kredit kepada teman yang mengambilnya secara candid.
ReplyDeletepst... WKTI, siapa yang ambil gambar ni?
wkslm kak atie. amin... amin ya rabbal alamin. terima kasih banyak kak atie.
ReplyDelete