Followers

15.6.11

Abayaku Sudah Sampai

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Malam ni kakchik nak bercerita tentang bisnes abaya sikit. Bagi yang berminat silakanlah membaca tapi jika kurang minat, tak mengapa. Silakan untuk lihat-lihat entri kakchik yang lain. 

Abaya dari KSA.

Semalam bungkusan sehelai abaya kakchik yang dibeli dari Arab Saudi telah sampai. Alhamdulillah. Syukur sangat kerana bungkusan yang disangkakan lambat sampai akhirnya sampai dalam tempoh masa yang dianggarkan iaitu 2 minggu menggunakan khidmat pos mel biasa.

Kakchik sebenarnya suka menjalinkan ukhuwwah dengan para peniaga abaya yang ada di facebook tu. Sekarang ni semakin ramai yang menjadi pembekal abaya. Kalau tahun lepas kakchik hanya kenal pembekal-pembekal dari Dubai dan Jeddah, tahun ni kakchik sudah kenal pembekal abaya Qatar, Yaman, Kuwait dan Mesir. 

Kebanyakannya ialah rakyat Malaysia yang belajar atau bekerja di sana cuma satu saja pembekal kakchik yang merupakan pengilang. Gembira kerana makin ramai pembekal maknanya makin ramai pemakai abaya. Makin ramai pembekal maka makin banyak pilihan dan harga juga akan menjadi lebih rendah.

Seperti biasa, bila ada peniaga baru dan kakchik merasakan abaya-abaya yang dipasarkan berpotensi untuk kakchik pasarkan, kakchik akan membeli dulu sehelai dua abaya dari mereka untuk memakai sendiri abayanya bagi menilai potensinya dipakai oleh Muslimah Malaysia.

Rambang mata sebenarnya dengan pilihan abaya yang terlalu banyak dan cantik-cantik tapi pilihan kakchik sendiri biasanya yang rekaannya ringkas tapi elegan. Kali ini kakchik membeli sehelai abaya jenis Omani iaitu abaya yang mempunyai hiasan di bahagian pinggang dan bertali di belakang. Sila lihat gambar di atas ya.

Kakchik beli saiz paling kecil iaitu S tapi sayangnya ianya masih terlalu besar buat kakchik. Agaknya saiz S bagi jalabiya adalah sama dengan saiz L abaya. Ukurannya ialah labuh 57", bahu 16" dan lengan 23". Rasanya tak dapat nak pakailah jalabiya ni. Kakchik nak jual semula.

Jika ada sesiapa yang berminat, sila email kakchik di hanniaziz@yahoo.com ya. Insyaallah harganya berpatutan sekali.

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs