Followers

10.6.11

Nora dan Demo Tudung

Assalamualaikum.

Malam ini kakchik letih. Mungkin ramai lagi orang yang lebih letih dari kakchik tapi biarlah, masing-masing punya keletihan tersendiri. Tadi ingat nak sign out terus dari internet tapi bila cek semula gambar-gambar yang diambil petang tadi (minta tolong orang lain ambil gambar), ada 3 keping yang agak jelas. Bolehlah kakchik kongsikan bersama kalian.

Nora sedang menyanyi medley.

Agenda petang tadi bermula jam 3 petang dengan Nora dijemput menyampaikan medley beberapa buah lagunya yang top. Selepas itulah giliran kakchik membuat demonstrasi pemakaian tudung. Kakchik hanya buat 3 model sahaja, itupun gaya tudungnya adalah yang paling mudah, ringkas, agak bergaya tapi masih memenuhi tuntutan syariat.

Sepatutnya selepas sesi kakchik, Nora akan sambung juga dengan membuat demo pemakaian tudung, sayangnya dia terlupa membawakan tudung-tudung yang berkenaan jadi masa yang ada digunakan untuk cabutan bertuah. Kakchik tengok Nora ni sangatlah cantik di alam nyata. Orangnya ramah dan mudah didekati tambahan pula beliau ialah anak jati Kelantan.

Hanya wanita yang menonton & mendengarnya.

Nora memakai sehelai dress hitam yang cantik, meleret di bahagian belakangnya. Hanya artis kot yang sesuai pakaian dress tu. Sekali tengok macam abaya tapi agak shapely di bahagian atas. Yang menariknya Nora mengenakan tudung berwarna shocking pink yang labuh juga di bahagian depan tapi singkat di bahagian belakang. Bagi kakchik ok lah untuk orang yang baru mengenakan tudung. 

Sesi demonstrasi kakchik berjalan lancar walaupun ini kali pertama kakchik melakukannya. Alhamdulillah. Nasib baik tak terketar tangan atau suara. Syukur juga sebab sepanjang 30 minit tu kakchik langsung tidak batuk atau terasa mahu berdehem. Maklumlah, kakchik masih batuk-batuk ni.

Sempat bersalam, bergambar, lihat dari dekat dan bercakap sebentar dengan Nora tapi takde gambar kami berdua. Oleh kerana kakchik jadi VIP petang tadi maka kakchik tak sempat nak mengambil gambar seperti biasa. Terpaksa harapkan ehsan kawan-kawan dari UPWKK untuk mendapatkan gambar-gambar yang masih belum di'upload' ke facebook.

Tamat program jam 5 petang dan selepas dijemput minumm petang di Restoran Chantique, kakchik terus balik ke rumah sebab Umi sedang menanti untuk pergi kenduri pula. Nasib baik tempat kenduri dekat saja tapi perlu juga memandu kerana Umi kakinya sakit untuk banyak berjalan. Malam ini, badan jadi letih. Cik abe pula kerja overtime, tinggallah kakchik bersama buku-buku, abaya, laptop dan bantal hehe.

Wassalam.

6 comments:

  1. assalamualaikum, selamat beristirehat ye kakchik!

    ReplyDelete
  2. salam kakchik...lama xsinggah sini..

    wah, kakchik siap wat demo lagi tu...alhamdulillah,nmpknya bz kakchik dh maju setapak lagi..

    Akak suka suara lemak merdu nora tu....menurut kata Atie (adik akak), anak sulung nora tu bekas anak muridnya yg blajar kt Maahad lelaki KB....

    ReplyDelete
  3. wa'alaikummussalam ain. terima kasih banyak. malam tadi kakchik berehat dengan cukup. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. wa'alaikummussalam kak nza. hehe, akak busy kot, tu yang lama tak ke sini. tapi kakchik pun sama... tak jenguk blog akak huhu.
    Suara Nora memang sedap. W/pun kakchik tak minat sangat penyanyi mana-mana pun tapi bila tengok kesungguhan Nora nak sumbangkan suaranya sempena program muslimat di Kelantan, kakchik gembira. Ye ke kak nza? Ada anak teruna dah dia rupanya. Kakchik dok imagine anak-anaknya masih di sek ren atau men awal.

    ReplyDelete
  5. hehe kak chik.. lawa sungguh :p... rehat bnyk2 yer kak chik.... sian kak chik batuk2

    Syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman kak chik :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih syikin. nora memang lawa. insyaallah kakchik dah dapat rehat yang cukup. malam tadi macam demam tapi hari ni dah ok. alhamdulillah. berkat doa syikin la ni.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails