Followers

24.6.11

ABC

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dah masuk hari baru, baru kakchik ada peluang untuk update blog. Sebenarnya kakchik tertidur dalam jangkamasa yang agak lama dan baru dibangunkan semula oleh Allah SWT. Mungkin ianya kesan keletihan akibat banyak berurusan di luar rumah siang tadi. Tambahan pula dahi kakchik sedikit bengkak terkena pintu kereta semasa nak masuk ke dalamnya selepas selesai urusan di Wisma Persekutuan pagi tadi.

ABC (Allah Bagi Cuti), jadi kakchik masih tidak dapat melakukan ibadah wajib seperti biasa. Namun begitu, insyaAllah masih boleh melakukan pelbagai ibadah lain lagipun apa yang kakchik faham, setiap amalan baik jika dibuat dengan nama Allah insyaAllah akan menjadi satu ibadah. Boleh baca maksud Ibadah Dalam Islam di sini.

Namun, bila tidak dapat melakukan ibadah wajib ni terasa diri seperti mudah sikit terdedah kepada gangguan syaitan. Nak mengaji Qur'an macam biasa tak boleh, nak solat tak boleh, nak puasa tak boleh tapi masih boleh berzikir. Cuma itulah, bukannya mampu nak berzikir setiap masa kerana lemahnya iman diri. Sebab itulah kakchik suka sibukkan diri dengan melakukan banyak kerja terutama menolong orang lain seperti umi dan ayah.

InsyaAllah hari baru, Jumaat ni akan kakchik manfaatkan sebaik-baiknya. Pagi ada usrah bersama sahabat-sahabat Mothers, tengahari ada jemputan kenduri kesyukuran (belum pasti dapat hadir atau tidak) dan sebelah petang ada ceramah Israk Mikraj. Ada kemungkinan pelanggan nak datang ke rumah untuk membeli abaya, juga di sebelah petang. InsyaAllah cuti yang ada ini akan banyak pengisian yang bagus. 

Semoga semuanya dipandang sebagai ibadah oleh Allah SWT.

4 comments:

  1. Aiyoo... kite pun tgh tgu abc.. lewat dah ni... tapi sakit2 badan dah :|



    tapi yer la kak chik.. kalau abc ni macam gangguan syaitan tu kuat jer..


    bila Abc.. macam2 perkara boleh terjadi, sedang mendidik diri supaya kurang emo.


    Semoga urusan kak chik berjalan lancar hendak nya ... :*

    ReplyDelete
  2. as salam
    baru tau ABC tu apa..emm sooo sweet.
    moga terus dipermudahkan Allah untuk semua urusan kita. amin!

    ReplyDelete
  3. Syikin, dah ABC ke belum? Hehehe, kakchik dah di penghujung dah ni. InsyaAllah esok lusa dah boleh kembali solat macam biasa. Semoga Syikin sentiasa dilindungi Allah di mana saja. Alhamdulillah urusan kakchik hari ni berjalan lancar.

    ReplyDelete
  4. Wkslm rose. Hehehe, memang sweet. Kakchik pun belajar istilah ni dari kawan-kawan di fb.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs