Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni kakchik bersiaran dari perpustakaan. Sekarang ni ada ramai orang di dalam bangunan perpustakaan kami ni sebab ada program sedang berlangsung di Dewan Seminar di tingkat paling atas. Pengunjung-pengunjung lain pun semakin ramai yang datang. Hari Sabtu, beginilah situasi biasanya. Alhamdulillah, satu perkara yang membangkitkan semangat kami sebenarnya bila melihat perpustakaan ini begitu makmur dengan pengunjung.
Tapi pagi ni kakchik bukan nak bercerita tentang pengunjung perpustakaan. Pagi ni nak cerita pasal nafsu orang perempuan aka nafsu kakchik lah tu. Nafsu kebendaan yang ada masanya sukar nak dibendung. Kelemahan kakchik ialah minat yang mendalam pada abaya, beg tangan dan kasut. Kalau kalian perasan, sudah acap kali kakchik menyentuh tentang 3 perkara ini di dalam blog Keluargaku Sayang ini.
Sebagai anak perempuan ke-4 dari enam beradik perempuan sederet, ada abang-abang di atas dan adik bongsu lelaki di bawah, kakchik tak dapat lari dari terpengaruh juga dengan tabiat adik-beradik perempuan kakchik yang sukakan beg tangan dan kasut. Buat masa ni mereka tak terpengaruh sangat dan abaya dan kakchik tak terpengaruh dengan minat kakak-kakak dan adik-adik yang suka membeli kain pasang.
Kasut |
Nafsu kebendaan ni jika duit ada memang mudah sangat nak kalah. Tapi sejak awal tahun ini kakchik telah berazam untuk mengurangkan pembelian kasut dan beg tangan. Abaya masih tak dapat nak dikawal sepenuhnya kerana setiap hari kakchik pakai abaya jadi ada yang cepat lusuh. Tambahan pula kakchik agak lasak ke sana ke mari. Namun, itu pun sedang kakchik kawal. Melawan godaan nafsu ini memerlukan hati yang kuat dan benar-benar ingat pada janji atau azam. Jika tidak, janji hanya tinggal janji.
Tahun ini kakchik berjaya sekat kehendak untuk membeli kasut yang sentiasa tergoda dengan pelbagai jualan murah di pusat membeli-belah dan juga kedai-kedai online yang berlambak. Alhamdulillah hanya membeli 2 pasang kasut sahaja kemudian sepasang sudah sedekah kat adik. Yang sepasang lagi tu kakchik beli semasa bercuti di KL baru-baru ni kerana tapak kasut yang sedia dipakai, pecah sebelah kiri belum sempat dibaiki. Kiranya jauh berjaya berbanding tempoh 6 bulan pertama 2010.
Cerita pasal beg tangan pula, sejak 2009 kakchik jatuh hati kepada sebuah beg DKNY yang pernah kakchik tulis entrinya di sini: Jatuh Hati. Pada masa tu harganya sudah agak hampir kepada RM1 ribu jadi kakchik hanya mencuci mata saja. Simpan keinginan dalam hati sebab tahu harganya keterlaluan dan tidak padan untuk kakchik bawa. Tapi kakchik tahu harga beg itu pastinya akan turun juga tidak lama lagi. Apa yang kakchik jangkakan menjadi kenyataan.
Beg DKNY yang diidamkan sejak 2009. |
Nak punya pasal, kakchik simpan sebahagian dari duit bajet buku setiap bulan untuk mencapai target kakchik iaitu beg DKNY tu. Beberapa bulan yang lepas kakchik lihat harga beg itu telah turun hampir separuh harga tapi masih agak mahal. Pada masa tu simpanan kakchik sudah melebih harga beg cuma masih agak mahal bagi kakchik. Seorang kawan kebetulan mempunyai kenalan yang tinggal di US dan beliau boleh mendapatkan beg itu pada harga yang jauh lebih murah dan kakchik boleh menjimatkan simpanan kakchik lebih dari separuh. Apa lagi, masanya tiba juga.
Beg idaman kini menjadi kenyataan. Sebenarnya kalau tak dapat beg ini pun tak mengapa dan kakchik boleh simpan terus duit tu dan guna untuk keperluan bukan kehendak. Tapi, dah namanya impian jadi kenyataan, kakchik beli juga sebagai motivasi yang kakchik boleh mencapai hasrat jika kakchik konsisten dalam usaha (menyimpan) dan tidak berbelanja 'impulsively'. Nafsu membeli-belah ni jadi satu jihad buat kakchik yang memang kaki 'shopping'. Kakchik bangga kalau dengar ada kawan-kawan yang memang tidak suka 'shopping'. Bertuah mereka dan terasa cemburu juga. Cemburu yang elok-elok je.
Alhamdulillah setakat ini kakchik rasa diri agak berjaya melawan godaan nafsu nak 'shopping'. Kalau dulu kakchik suka ke KB Mall, sekarang ni kakchik sibukkan diri ke program-program. Kalau ke KB Mall sudah tentu mata tak boleh lari dari melihat-lihat apa yang sedang 'sale'. Bahaya. elok menjauhkan diri dari kalah dengan kehendak. Duit pun kakchik jarang bawa banyak dalam beg duit. Bukan apa... kalau duit ada, barang depan mata tu mudah je terasa nak beli. Bahaya.
Kakchik tak tahu orang lain tapi inilah cerita diri kakchik yang sedang berjuang melawan nafsu.
sama macam kasut isteri saya, ngeee...
ReplyDeleteSaya pown sdg brjuang melawan nafsu shopping chik....huhu....
ReplyDeleteAlahai samalah kite T_T Tp tk mnat belek bag selagi bag lama msih bole dipakai. Begitu juga dgn kasut. Tapi abaya... T_T Tiap kali tengok, juling mata tp hamdulillah buat msa ni tk penah beli abaya smpi RM200 lah. Melampau tu hrga2 abaya sekarang. Ada set dari US buatan dari UAE. Mak aihhh RM500 tp mmg cantikkkkkk sgt lah kn hihi. Kdg2 duduk diam trfikir cmna nk elak dr nafsu perempuan kite nih ek? Ada org kata delete ja facebook LOL
ReplyDeleteAssalamualaikum kakchik.Dah sinonim jika bab beg tangan dan kasut tu tak lari daripada wanita.
ReplyDeleteBerbelanja abaya tu tak salah,lebih-lebih lagi akak berkerjaya dan sering ulang alik bermacam-macam tempatkn.Maka, perlu ada koleksi untuk digunapakai.Maka, penampilan muslimah yg menutup aurat dengan sempurna akan lebih terserlah.
Setakat ni, beg tangan dan kasut ain tak minat manapun.Beli jika terdesak je.Beg tangan ain lagilah,jenis cotton je..hehe..kasut pula selagi boleh pakai ain takkan beli yg lain.Seperkara, ain minat kasut jenis mcm dlm gambar akak post tu je-scholl.Setakat ni kasut ain ada 2 pasang je-scoll..lagipun ain tak kemana mcm kakchik..akak perlu bergegas ke sana ke mari, maka kena ada xtra kan..:D
Abaya ain memang minat sangat!TApi belum berpeluang nak tambah koleksi,insyaAllah.satu hari nanti...k kak.TAke care!
Sama2 dalam perjuangan...
ReplyDelete(^-^)
AHP, kasut new arrival tu, tentu ister AHP pun baru beli juga.
ReplyDeleteIrham Danisha @ K.Rozie, perjuangan yang mudah atau payah tu?
ReplyDeleteNuruljannah, kalaulah boleh buat begitu, bak kata selamatlah duit kakchik. Tapi sejak tanam azam ni, kakchik dah banyak berjimat. Tahun ni abaya pun beli 2 helai je. Harga abaya ni kena tengok kualiti juga. Kalau nak yang murah dari RM200 memang ada banyak tapi kualiti materialnya kurang. Bagi kakchik yang mengimport abaya ni, lebih baik import yang berkualiti dari yang kurang kualitinya. Harga antara RM200 - RM300 tu berpatutan kerana nak kena campur modal + kos pengangkutan + cukai + kastam + untung sikit. Tapi kakchik tak simpan stok abaya yang lebih dari RM300, mahal sangat. Facebook tu selagi ada tujuan penting, selagi tu kakchik tak delete hehehe.
ReplyDelete