Followers

10.6.11

Elakkan Pergaduhan Jadi Berpanjangan

Sumber: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Sumber: BBC

Jangan Merajuk - Sejak masih kanak-kanak, orang perempuan pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka inginkan. Ramai juga isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan memaksa suami mengalah. Merajuk tidak menyelesaikan masalah, malah ia boleh memburukkan lagi masalah sedia ada. Walaupun dengan cara merajuk, isteri boleh mendorong suami mengalah, strategi itu tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah, perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula. Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah apabila mereka hendak berdamai. Oleh itu, apabila si dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan diri sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum isterinya sendiri.

Jangan Menghukum - Pergaduhan, pertengkaran dan konflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua pihak. Masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak satu lagi. Lelaki dan wanita mempunyai cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki lazimnya cenderung 'menarik diri' dan tidak mahu lagi bercakap dengan isteri, melainkan terpaksa. Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah.

Jangan Berdusta - Jika pasangan menunjukkan sikap mahu berdamai dan anda sendiri mahu berdamai, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka anda betul-betul tidak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong untuk melupakan usaha berdamai.

Jangan Mencari Salah - Jika mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Ia termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati pihak satu lagi. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan.

Hentikan Bahasa Negatif - Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Jika mahu berdamai, hentikan bahasa itu termasuk sindiran dan penghinaan. Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan.

Berbicara Mengenai Hari Ini dan Esok - Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan mengenai hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke belakang melainkan untuk tidak mengulangi lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit perkara yang menyebabkan konflik.

Senyum Semula - Menurut pelbagai kajian, antara perkara yang banyak disebut lelaki mengenai bekas isteri mereka ialah isteri mereka tidak senyum. Jadi, senyumlah walaupun susah kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.

Mulakan Berdamai - Selepas konflik yang berlaku itu berlarutan, kedua-duanya mungkin mahu berdamai, tetapi takut risiko untuk memulakannya. Jika benar inginkan perdamaian, ambil langkah untuk berdamai. Jangan tunggu sampai pihak satu lagi yang memulakannya.

6 comments:

  1. suka pura2 merajuk... tak sampai 10 saat pon..hehe.. suka kalau encik mamat nyakat kalau dah merajuk..


    syikin setuju dengan point2 kak chik.. mintak shared kak chik :)

    ReplyDelete
  2. yg paling penting kak chik,diam walaupun menyakitkan dan teruskan berzikir dlm hati ( Ya Wadud) supaya Allah selamtkan mulut kita dr berkata2 yg bukan2 dan pada masa yg sama akan diamlah org yg marah2 tu.huhuhu

    ReplyDelete
  3. biasa camtu org2 pompuan, kuat merajuk..ttp semua tu kita boleh kawal...

    ReplyDelete
  4. syikin, masa kakchik awal-awal kahwin dulu pun ada juga buat-buat merajuk ni tapi sekarang tak menjadi dah hehe. suami dah kalis. silakan share syikin sebab benda yang baik. tapi bukan kakchik punya ni, kena bagi kredit kat Ensaiklopedia Petua Melayu Lama tu.

    ReplyDelete
  5. siti, dah masuk 10 tahun kahwin ni diam memanglah yang paling bagus. tapi syukurlah sebab jarang ada isu dengan suami. kalau suami naik angin dengan kakchik selalunya kakchik bertenang dan biarkan saja panasnya hilang.

    ReplyDelete
  6. betul kak nza. Kita je yang boelh mengawal emosi kita. Kalau asyik merajuk bukannya suami nak pujuk. Dia pun ada banyak hal nak fikir.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs