Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Salam pagi ceria kepada semua teman-teman di mana saja berada. Hari ni alhamdulillah, terasa syukur kerana Allah masih izinkan kakchik hidup di atas dunia milikNya dan betapa terasa bertuahnya dengan nikmat Iman, Islam dan Ihsan yang Allah berikan dalam hidup ini. Alhamdulillah.
Seperti biasa, pagi-pagi ni kakchik perlu cek suratkhabar untuk melihat berita-berita penting yang berkenaan. Punya terkejut bila membaca berita ini:
Sumber: Harakahdaily.net |
MashaAllah... RM1 juta pun sudah terlalu besar jumlahnya pada kakchik, inikan pula RM49 juta! Apa yang diselenggarakan di kedua-dua buah rumah atau mungkin boleh saja kita panggil 'istana' PM dan TPM itu hinggakan perlu RM49 juta?
Memang betullah 'rakyat diutamakan', utamakan dalam kesusahan diri demi kesenangan pemimpin negara. Pak-pak menteri hidup senang-lenang tanpa perlu fikir nak bayar itu-ini. Kita jugalah rakyat marhaen ni yang terpaksa menangung terutama sejak bulan ini tarif elektrik juga sudah naik hampir sekali ganda.
Sebelum ini bil bangunan pentadbiran perpustakaan kami hanya sekitar RM150 - RM180 sahaja tapi bulan ini pada kadar penggunaan yang sama, bil telah menjadi hampir RM250. Itu insyaAllah kami masih mampu membayarnya.
Bagaimana dengan nasib orang-orang kampung yang bil sejumlah RM50 sebulan pun susah-payah mereka cari duit untuk membayarnya tiba-tiba kena bayar RM100. Pemimpin negara kita mana nak rasa semua tu... mereka bukannya perlu pergi sendiri untuk membayar bil. Isyk, RM49 juta.... kalau beri kat sebuah negeri pun sudah terlalu banyak yang boleh dimanfaatkan untuk rakyat.
subhanallah... makin pening la kepala.. subhanallah.. semoga mereka2 ini sedar la kesilapan mereka,sesak rakyat di buatnya
ReplyDeleteitulah syikin. perbelanjaan yang sia-sia ni kalau ikut pandangan kakchik. berjuta-juta duit rakyat diguna utk seleggara dua buah rumah walhal duit banyak tu boleh bantu berjuta orang miskin.
ReplyDelete