Followers

14.6.11

Sampainya hati...

Bismillah.

Assalamualaikum dan salam kasih-sayang kepada semua teman-teman di mana saja berada. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana masih mengizinkan kakchik bernyawa lagi di saat ini. Semoga setiap detik hayat ini adalah kerana Allah SWT.

Di saat ini kakchik masih lagi merasa sedih selepas membaca berita di akhbar. Seorang bayi dibuang berdekatan sebuah pusat hiburan. Ya Allah, entah bayi yang ke berapakah itu yang menjadi mangsa kezaliman manusia akibat nafsu serakah mereka?

Gambar sekadar hiasan. Tak sanggup nak letak gambar bayi dibuang.

Sampainya hati manusia itu memperlakukan bayi kecil yang masih bertali pusat itu sedemikian rupa. Inilah apa yang kita semua maklum, hasil perbuatan zina manusia yang lapar dosa. Kata seorang kawan, "Dah tahu mengandung, kenapa tak digugurkan awal-awal, ini tidak, dah cukup bulan dan sampai masa bersalin, baru dibuangnya!, Huh!"

Hakikatnya, sama ada di awal mengandung anak zina (kakchik agak perbuatan sebegini biasanya dari data dan fakta, adalah hasil zina) ataupun setelah cukup bulan, hukumnya tetap sama, BERDOSA dan BERDOSA. Berdosa kerana berzina dan berdosa kerana cubaan membunuh. Astaghfirullah.

Tapi... Allah masih menyelamatkan nyawa anak kecil itu. Masih bernyawa. Terima kasih banyak kepada seorang lelaki yang menyelamatkannya. Alhamdulillah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa beliau atas perbuatan baik yang beliau lakukan.

Kakchik cukup marah dengan sikap segolongan manusia zaman ini. Kita yang begitu susah untuk menimang zuriat sendiri ni begitu berusaha dan berharap, mereka senang-senang saja mereka buang malah ada yang dibunuh. "Ya Allah, Kau berikanlah mereka petunjuk Ya Allah agar mereka kembali ke pangkal jalan. Insaf atas perbuatan mereka. Insaf dengan cara hidup mereka yang jahiliah. Kalau mereka masih enggan, Kau hukumlah mereka ya Allah."

Sampainya hati mereka...

Tidakkah hati seorang ibu merasa kasih terhadap bayi yang dikandungnya selama ini? Tidakkah seorang ibu walaupun asalnya tidak berharap termengandung tapi bila melihat wajah anak, masih ada perasaan peri kemanusiaan? Kalau itupun tidak ada, memang kalian tidak layak menjadi ibu. Mohon Allah jangan izinkan mereka menjadi 'seorang ibu' sampai bila-bila. Buat apa ada ibu yang begitu.

Bukannya boleh meramaikan umat Nabi Muhammad SAW yang beriman, bahkan merosakkan nama Islam. Merekalah yang memalukan agama kita hasil perbuatan mereka. Kalau ibu-ibu dan ayah-ayah tidak sah taraf itu menjadi ibu dan ayah, kakchik takut, makin ramai umat di negara ini yang mempunyai status TIDAK SAH TARAF.

Maafkan kakchik. Sedikit emosional bila bercakap soal anak ini. Sebab itulah kakchik tak boleh hanya berdiam diri dan melihat dari jauh. Kakchik kena turun ke medan menyertai gerakan dakwah untuk mengajak dan membantu menyedarkan umat yang sedang alpa dari cara hidup Islam. Memang kakchik bukan sesiapa, bukan orang yang punya tauliah dalam ilmu agama, malah cuma seorang insan biasa saja, tapi kakchik rasa bertanggungjawab ke atas mereka, ke atas diri sendiri.

Inilah yang mampu kakchik lakukan untuk menambahkan amal makruf nahi mungkar dalam keadaan diri yang mempunyai iman yang senipis kulit bawang. Allahu Allah.

11 comments:

  1. ya,soal anak.. beberapa hari ini turut meganggu emosi syikin.. subhanAllah.. manusia semakin alpa..

    entahlah kak chik.. syikin sgt2 emo pasal ini.. kesian kat anak2 kecil ini..

    tapi pernah masa syikin prektikal dulu.. seorang doktor dan bidan cakap.. kalau anak zina,senang ibunya mau bersalin,mudah sangat2.. mungkin sebab sakit bersalin tu kan menghapuskan dosa,mungkin sbb itu dia tak merasa sakit bersalin.dan sewenang2 nya dia org buang sebab tak ada perasaan kasih dan belas,walaupun dahrah daging sendiri.


    Alhamdulillah,3/4 hari ini emosi syikin agak terganggu,alhamdulillah zauj ingatkan syikin,kita mohon rezeki pada Allah.. tapi hak Allah untuk memberi rezeki kita bila,sama ada sekarang,20 thn lagi atau di akhirat.Sabar dan bertahan... harapannya kita terus sabar dan tabah yer kak cik sayang :X

    ReplyDelete
  2. salam kak chik.Sedih gak bila baby/kanak2 dizalimi sebegitu..k.atie nak jentik anak pon syg!.cuma nasihatkn dgn lembut & bgtau sbb2 ditegur.Sanggup mereka buang bayi...kdg2 k.atie cakap ngan HB...klu letak kat depan umah kami kan best!.Betul tue kak chik,biasa bayi yg dibuang nie adlah hasil zina mereka....manuasia akhir zaman nie dh x takut dosa k.chik!!

    ReplyDelete
  3. xfaham bagaimana seorg yg bernama ibu boleh bertindak mcm org xde akal sdgkan kita tgk anak kucing pn rasa kesihan......tau buat ttp xnk brtanggungjwb....

    ReplyDelete
  4. salam
    tergamaknya mereka sedang kita melihat bayi comel lantas tumpah belas dan kasih sayang. begitulah manusia yg lari dari fitrah mereka hingga sanggup melakukan perkara yang ramai orang tak sanggup! dengan dosa mereka boleh merasakan tidak berdosa dan tiada apa-apa. Moga Allah tetap melimpahkan belas dan kasih sayang kpd mereka dan kita semua, amin ya Rabb!

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, kejamnya siapa yang buat perkara macam tu.

    Kakchik ada baca tak paper pasal Ustazah yang benarkan anak dia dirogol bapa tiri? Itupun sangat kejam... huhu

    ReplyDelete
  6. syikin, we are in the same boat sis sebab itu kita punya perasaan yang sama tentang anak ini.

    ada juga kakchik dengar orang kata macam tu. adik kakchik pun doc kat O & G, selalu juga dgr pengalaman dia handle kes budak zina bersalin. memang mudah tapi perangai teruk.

    baguslah begitu syikin. penting sebenarnya suami memahami dan memberikan kita rangsangan dalam hal anak ni. kalau hanya kita seorang saja, tentu lagi tak tenang hati kita. take care.

    ReplyDelete
  7. wkslm kak atie. orang yang reti membela anak macam kak atie dan suami pastinya tahu makna sayang tapi orang yang berzina hanya tahu nak lepaskan diri saja kak. tu yang dibuangnya anak sendiri. isyk. betul tu, kalau taknak, bagi kat kita kan kak atie?

    ReplyDelete
  8. kak NzA, kita memang tak dapat faham kak. hanya Allah yang tahu apa niat dan keadaan sebenarnya yang membuatkan mereka sanggup buat begitu. pada tanggapan kita mungkin mereka takut dihukum manusia tapi tak takut hukum Tuhan.

    ReplyDelete
  9. wkslm rose. itulah rose. mereka tak nampak perbuatan mereka itu dosa, lagipun kemanisan cara hidup Islam mungkin tak pernah mereka kecapi.

    ReplyDelete
  10. Latifah, memang kejam. Esok-esok tak tahulah apa yang anak tu akan buat terhadap mereka.

    Ada baca, tak sanggup nak ulas. Bila nafsu dan syaitan jadi raja, ustazah pun boleh jadi begitu. Hancur.

    ReplyDelete
  11. Selamat dtg bobhandburry. Terima kasih. Insyaallah jika sempat kakchik jenguk.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs