Cuaca tak menentu termasuk ombak besar halang nelayan ke laut
Sumber: Cerita Tentang Kami |
KUALA KEDAH: Faktor cuaca tidak menentu termasuk ribut dan ombak besar sejak seminggu lalu menyebabkan harga ikan kembung dan hasil tangkapan laut di negeri ini meningkat hampir sekali ganda berbanding harga biasa.
Difahamkan, harga borong ikan kembung naik daripada RM2 hingga RM3 sekilogram sebelum ini kepada RM4 hingga RM5, manakala harga pasaran mencecah sehingga RM7 hingga RM8 sekilogram.
Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kedah, Mohd Noor Had berkata, masalah kekurangan hasil tangkapan yang berlaku ketika ini menyebabkan harga ikan meningkat sejak seminggu lalu.
“Harga pasaran ikan di pasar besar dan pasar di sekitar negeri ini meningkat berikutan nelayan sukar memperoleh hasil tangkapan yang banyak seperti biasa,” katanya sambil menjangkakan harga ikan akan stabil dan pulih seperti sedia kala apabila keadaan cuaca beransur baik.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Kedah, Abdul Hamid Bahari berkata, hanya bot pesisir pantai di kawasan itu tidak turun ke laut, manakala bot laut dalam seperti Zon B dan C serta C2 turun seperti biasa.
Katanya, walaupun bot besar turun ke laut menangkap ikan, hasil tangkapan tetap berkurangan sehingga menyebabkan berlaku kekurangan ikan di kawasan itu.
“Jika keadaan cuaca baik sekalipun, kita percaya hasil tangkapan tetap kurang daripada biasa kerana musim ini ialah musim ikan kurang dan berharap keadaan kembali pulih dalam waktu terdekat ini," katanya.
Tinjauan Berita Harian di pelantar ikan Seberang Kota dan Tandop Kubang Rotan di sini mendapati, kawasan itu yang sebelum ini sibuk dengan aktiviti nelayan mengasingkan hasil ikan yang baru ditangkap, kini lengang sejak seminggu lalu, malah banyak bot pesisir pantai tersadai di tepi kuala.
Nelayan, Che Omar Osman, 54, berkata, faktor cuaca dan ribut yang berlaku di tengah laut menyebabkan nelayan terpaksa berpatah balik dengan membawa hasil pulang yang tidak sampai 10kg sejak seminggu lalu.
“Walaupun terpaksa membeli petrol sendiri kerana tidak memiliki lesen sah dari Jabatan Perikanan, kami bersama beberapa rakan yang lain tetap turun ke laut untuk menyara keluarga dengan hasil pendapatan sekitar RM20 hingga RM30 sehari,” katanya.
Peniaga ikan, Salmiah Ramli, berkata sebelum ini mereka menjual antara 300 hingga 400kg ikan tetapi sekarang hanya kira-kira 10kg sehari.
“Kami tidak boleh menurunkan harga lebih rendah berbanding biasa untuk mengelak rugi kerana kebanyakan nelayan pantai di sini tidak dapat membeli minyak subsidi dan terpaksa menggunakan wang sendiri," katanya.
Sumber berita: BH Online
Sumber berita: BH Online
wooooohoo... semua benda nak naik... adoyaiii... pengsan la rakyat jelata :(
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeleteape kbr,kak chik??
sudah sembuh??
saya pun suka makan ikan..:-)
Assalamualaikum k.chik.
ReplyDeletemaaf komen di sini, sy ada add k.chik ats nama ( nadia mahadi ). accept me ya :) tq
salam kak chik...semua ikan dh mahal...ikan bilis pon dah mahai!.,pasni kena bela ayam kg lar cam ayah k.atie kt kg..hihi
ReplyDeleteAssalamualaikumwbh kak Chik...pe kabor? Winduuu ngat kat kak chik...ayu busy sungguh ni ha. Balik doha baru dpt blog ni....:)sedih ngat ikan kat msia mahal2 ngat la ning....
ReplyDeleteSudah jadi kebiasaan .Bila jumlah ikan sedikit maka harga pun akan naik.
ReplyDeletebila jumlah ikan banyak harga ikan pula murah.
mahal=sedikit
murah=banyak
syikin, barangan lain naik memang kakchik geramlah syikin sebab barang proses, tapi harga ikan naik ni kakchik tak geram sebab ini hal alam, di luar kehendak kita tapi bila ikan mahal, susahlah nak selalu membelinya huhu.
ReplyDeletewa'alaikummussalam leen. alhamdulillah dah baik. kita yang suka makan ikan nampaknya kena cari alternatif lain la lepas ni.
ReplyDeletewa'alaikummussalam cik diya. alhamdulillah kakchik dan terima.
ReplyDeletewkslm kak atie. kalau kawasan rumah luas boleh buat reban kak tapi kami ni kawasan lapang terhad, rumah dah hampir rapat ke pagar dah ni :( untung akak kalau dapat pelihara ayam kampung kak.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Ayu. Kakchik sihat... rindu juga kat Ayu. Lama ya Ayu di Doha. Kat sini ikan dah makin mahal. Kat sana harga ikan murah ke Ayu?
ReplyDeleteBetullah matematik Yaqut Hulaif tu.
ReplyDelete