Followers

16.6.11

Review Bahulu Berinti

Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman semua.

Sekarang ni kakchik sedang menulis dari dalam kereta, di tepi jalan sambil menunggu cik abe habis kerja. Kat lorong sebelah tu kereta sedang sibuk bertali-arus kerana ramai orang sudah pun balik dari tempat kerja masing-masing. Masing-masing seperti tidak sabar-sabar lagi mahu sampai ke destinasi masing-masing apabila kakchik tengok kelajuan pemanduan mereka tu menggambarkan sedemikian.

Sabar... tak lari gunung dikejar. Memandulah dengan berhemah hehe.

Sementara itu kakchik nak buat review untuk kuih Bahulu Berinti yang kakchik beli dari Kak Mainun, seorang Pegawai Armalah DUN pada Sabtu lepas. Sebelum tu, inilah dia 2 paket Bahulu Berinti yang kakchik beli. Satu paket untuk kami berdua manakala yang satu lagi untuk Umi dan Ayah kakchik.

Inilah dia 2 paket Bahulu Inti yang kakchik beli.

Baiklah, ini apa yang kakchik boleh kata tentang bahulu berinti ni.

1. Sedap.
2. Gebu.
3. Kurang manis - tu yang kakchik suka.
4. Ada pelbagai inti - jem strawberry, nenas, blackberry dan kaya.
5. Berbaloi - RM5 sepaket, puas hati menikmatinya.
6. Makan sekali pasti nak lagi.
7. Sesuai di makan seisi keluarga hehe.

Sebelum ni kakchik tak gemar sangat makan bahulu. Zaman kecil dulu Umi ada juga menjual bahulu yang dibakar sendiri menggunakan acuan loyang tembaga dan dibakar arang di atasnya. Umi buat perisa pandan (guna daun pandan), gula melaka dan telur. Ada juga makan yang perisa gula melaka tu tapi lepas Umi berhenti buat kakchik tak cari sangat sebab bukannya suka sangat nak makan.

Tapi minggu lepas adalah kali pertama kakchik makan bahulu berbentuk kecil umpama buah cermai ini. Ada kawan kata kat negerinya orang panggil Bahulu Cermai. Dari pandangan pertama semasa bahulu masih di dalam paket kakchik ingatkan ianya keras rupanya adalah sebaliknya bila disentuh. MashaAllah lembut sekali. Dan makanlah kakchik 4 biji bahulu itu menggantikan nasi untuk makan tengahari.

Alhamdulillah, sedap, mengenyangkan.

Jika ada sesiapa berminat nak membeli Bahulu Berinti ni, bolehlah menghubungi Puan Mainun sebagaimana maklumat yang tertera di dalam gambar di bawah.



Itu saja ulasan kakchik. Selamat minum petang!

6 comments:

  1. sedap ni kak chik :X:X tk pernah rasa alagi :D.. kena kol mak cik tu tempah ler ni :D

    ReplyDelete
  2. Boleh cuba order..Raya pun dah dekat..;)
    http://hottipworld.com/

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah memang sedap syikin. ala... kakchik rasa syikin pun boleh buat sendiri ni hehe. tapi kalau nak call kak mainun tu pun ok jugak, beli dengan dia dapat bantu kumpulan armalah (ibu tunggal) di sini.

    ReplyDelete
  4. salam
    akak biasa beli baulu yg berinti ni kat tesco...
    rindu nk mkn baulu kelantan...yg lembab,lembut (baulu gula melaka)...

    ReplyDelete
  5. Wkslm kak kam. Ha'ah dengar khabar bahulu ni ada dipasarkan di tesco. Tentu kak kam rindu bahulu yang bentuk oblong tu kan? Kat jalan nak ke Kubang Kerian ada kedai menjualnya. Kalau lalu depan kedai tu memang terliur kerana baunya.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs