Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam Jumaat untuk semua.
Apa khabar kalian semua hari ni? Kakchik doakan semuanya dalam keadaan sihat walafiat. Kakchik sedang berehat-rehat sebentar ni sebab baru saja selesai makan tengahari. Hari Jumaat memang selalu makan tengahari lewat sikit sebab kena tunggu cik abe dan ayah balik dari solat Jumaat. Kakchik sebenarnya bercadang mahu ke ceramah Israk Mikraj di Kemumin tapi ada pelanggan telefon nak datang ke rumah mengambil abayanya, jadi kakchik terpaksa batalkan hasrat hati. Kalau dia belum bertolak kakchik tentunya akan 'reschedule' kunjungan dia ke hari lain. Dah lama sangat tak hadir ke kuliah agama terasa rugi pula.
Apapun, kakchik nak cerita sikit tentang usrah kakchik pagi tadi di Kg. Demit iaitu di rumah salah seorang ahli usrah iaitu Kak Nor. Syukur alhamdulillah sebab dapat juga menghadirkan diri ke usrah. Bulan lepas rasanya kakchik tak dapat hadir kerana usrah dibuat pada hari Sabtu, kakchik kerja. Gembira sangat hari ni walaupun kakchik datang lambat dan tersesat pula walhal rumah yang dituju amatlah mudah untuk dicari. Terlalu mudah hehehe tapi bila kita tak biasa di tempat itu, tersesatlah juga beberapa minit.
Hari ni ahli usrah yang dapat datang cuma 5 orang termasuk kakchik. Tak mengapa kerana yang penting matlamat usrah kami tercapai. Kami tahu ada ahli yang punya urusan masing-masing. Ada yang sedang menguruskan ayah yang sedang sakit akibat kemalangan bulan lepas, ada yang telah kembali ke Bangi kerana cutinya sudah habis, ada yang berada di luar negara kerana mengikut suami menyambung pelajaran, ada yang pergi kursus dan sebagainya. Hakikatnya kami meraikan segala macam urusan sahabat-sahabat lain yang tidak dapat datang kerana kami juga kadang-kadang begitu.
Itulah buku usrah kami untuk hari ni. |
Hari ni Ni'mah membentangkan topik ketiga dari buku 'Apa Ertinya Aku Menganut Islam' tulisan Allahyarham Ustaz Fathi Yakan bekas pimpinan Ikhwanul Muslimin. Kami bincanig tentang AKHLAK hari ni. Walaupun yang membentangnya adalah Ni'mah tapi Kak Ina, Doc Raz, Kak Nor dan kakchik turut memberikan input masing-masing untuk sama-sama menjadikan perkongsian ilmu pada hari ni menarik, difahami, menjejak ke bumi dan relevan dengan kehidupan kita menuju Allah SWT. Betapa bagusnya perjalanan hidup kita, dakwah kita bila akhlak kita, keluarga kita, sahabat kita dan masyarakat kita ialah akhlak Islam yang selari dengan apa yang Nabi Muhammad SAW contohkan.
Terima kasih kat tuan rumah untuk hidangan yang lazat ni. |
Akhlak Islam itu sungguh indah kerana ia menjadikan peribadi kita sentiasa mengingati kematian maka kita sedaya upaya mungkin cuba menjaga akhlak kita sebaik-baiknya sebagaimana yang telah dicontohkan oleh Rasul junjungan kita. Kakchik taknaklah ceritakan apa itu akhlak dan sebagainya tapi kalian bolehlah rajinkan diri untuk mencari mengenainya. Itupun jika kalian berkehendak. Kalau rasa diri sudah cukup baik, tak perlulah kot. Kalau rasa diri belum cukup baik, jomlah sama-sama memiliki buku 'Apa Ertinya Aku Menganut Islam" dan boleh dibaca. Jika tak faham boleh kita bertanya kepada ramai ustaz dan ustazah. InsyaAllah mereka tidak lokek ilmu.
Setiap perjumpaan pastinya ada makan-makan. Terima kasih banyak kepada Kak Nor selaku tuan rumah yang telah menghidangkan kami juadah yang enak-enak, bihun goreng (habis taugehnya kakchik buang :D ), murtabak raja yang saaaaaaangat sedap, pelbagai jenis tamar, air zamzam yang kakchik lupa nak minum, air sarsi dan bekalan air suam yang tak putus untuk kakchik yang masih batuk. Tuan rumah pun batuk juga. "Shafakillah ya Kak Nor. InsyaAllah lepas ni kita buat usrah kat rumah akak lagi ya." Hehehe.
Sebelum balik sempat bergambar sedikit untuk tatapan teman-teman lain yang tidak dapat hadir terutama yang jauh di mata. InsyaAllah jauh di mata tapi dekat di hati. Usrah dari jam 9.30 pagi hingga jam 12.00 tengahari amat menaikkan semangat perjuangan Islam dalam diri kakchik. Rasanya pergi usrah ni seperti pergi servis iman diri je. Dapat lihat wajah-wajah ahli usrah yang lain terasa amat bahagia dan mengujakan sekali. Itu belum lagi berbincang topik-topik usrah. Semoga Allah terus ikat hati-hati kami di atas jalan dakwah ini agar kami sama-sama dapat melaksanakan amal makruf nahi mungkar sepanjang hayat yang ada ini.
Wassalam.
Seronok nya kak chik sayang dapat pergi usrah... syikin.. kawasan sini tak ada... harap pergi kuliah jer dengan suami,syikin pun lesen tak ada , kenderaan tak ada...
ReplyDeletekak chik.. organiza usrah on9 kak chik :X:X:X
Syikin, alhamdulillah... seronok dan penuh perkongsian ilmu/pengalaman. InsyaAllah Syikin juga akan temui kumpulan usrah yang sesuai. Kakchik ada minta bantuan seorang kawan, Kak Izah agar berhubung dengan Syikin. Dia sedang kenalpasti usrah terdekat untuk jemput Syikin sertai. Takde lesen insyaAllah akan ada yang akan tolong ambil.
ReplyDeletePasal usrah online tu, insyaAllah kakchik akan usahakan.
Assalamualaykum...
ReplyDeletebest & nyaman jer baca post ni..mmg best berpeluang berusrah kan, dpt menambah ilmu & membetulkan apa yg kita terlupa..
Wa'alaikummussalam Umm Ummar.
ReplyDeleteTerima kasih. Memang benar dapat berusrah ni satu keseronokan, seronok kerana dapat ilmu, dapat kuatkan iman dan dapat muhasabah diri. Umm Ummar tentu mempunyai usrah sendiri juga kan?
nak join jugak! ^^
ReplyDeleteAssalamualaikum kakchik dan sahabat ain kasihi sekalian..
ReplyDeleteSeronok mendengar aktiviti usrah yang sahabat-sahabat kakchik adakan.Teringin rasanya jika ain dapat adakan usrah kecil di rumah ain sendiri.Tapi, macam mana ek?Maksud ain, selain sahabat-sahabat yang ingin berkongsi dan bertukar ilmu, siapa lagi patut terlibat?Perlu cari ustazah ke?Maaf ye kak dan sahabat semua jika soalan ain ni salah..
Setahu ain usrah ni kiranya macam group perbincangan agama kan?
Terima kasih kak...
insyaAllah jika sufygirl nak join, kakchik sudi je.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Ain.
ReplyDeleteBagus sekali hasrat Ain ni. Kakchik cadangkan Ain ajaklah Wana sekali untuk wujudkan usrah. Dan sebaik-baiknya ada seorang ustazah atau naqibah yang boleh membimbing. Dia boleh jadi ahli usrah juga cuma ilmu agamanya lebih tinggi dari ahli yang lain atau orang luar usrah yang dijemput dan dilantik khas sebagai naqibah. Dalam usrah sebenarnya boleh dibincangkan pelbagai topik asalkan ianya selari dengan Islam dan kehidupan kita menuju Allah SWT.
Terima kasih kakchik atas nasihat dan pandangan akak.InsyaAllah, ain akan usahakan dengan wana nanti.Sekurang-kurangnya ain dapat gunakan masa dan ruang yang ada dengan aktiviti bermanfaat,insyaAllah.Buat kakchik, ain doakan moga segala urusan akak dpermudahkan dan dberikan kesihatan yang baik selalu,amin.
ReplyDeleteSayang akak!!!
Sama-sama Ain. Alhamdulillah kalau begitu. InsyaAllah jika dirancang dengan baik, dapat 5 orang ahli pun sudah cukup baik. Terima kasih ya Ain. Amin. Sayang Ain juga.
ReplyDeleteAssalamualaikum kakchik.
ReplyDeleteusrah makbonda pun sedang menggunakan buku tersebut.Memang sesuai untuk digunakan dalam usrah,agar menambah kekuatan jemaah. Usrah adalah satu aktiviti yang sangat perlu dalam menegakkan jemaah,kengkangannya ialah komitmen ahli.