Assalamualaikum dan salam mahabbah untuk semua.
Betapa masa berlalu begitu cepat, tengok-tengok dah 3 hari kakchik tak update blog padahal kakchik ada banyak cerita untuk dikongsikan. Cerita yang elok-elok saja tau. Untuk makluman teman-teman blogger, hari ni kakchik sudahpun berada di negeri kesayangan, Kelantan Darulnaim. Lebih dari seminggu kakchik berada di negeri orang, bercuti sambil bekerja untuk jemaah Islam. Sambil makan angin sambil membantu kerja-kerja Islam setakat kemampuan yang ada dengan harapan Allah terima segala amalan sebagai satu amalan kebajikan.
Kali ni kakchik ingin bercerita mengenai satu kumpulan teman-teman blogger yang kakchik namakan sebagai Usrah WKTI. Ahlinya di saat ini ada 43 orang tapi yang aktif berinteraksi
Jujur dan ikhlas adalah formula paling penting dalam menjayakan sesebuah hubungan begitu juga yang kakchik rasakan di dalam Usrah WKTI ini. Kami boleh berbincang tentang apa saja tajuk misalnya pasal abaya, masak-memasak, isu-isu agama, hal-hal perkahwinan, pasal jalan-jalan makan angin atau jalan-jalan cari makan, isu sosial dan politik, hal pelajaran hatta tentang masalah peribadi, semuanya insyaallah kakchik yakin saling menjaga kerahsiaan masing-masing. Betapa Allah kurniakan kakchik kenalan yang kini kakchik anggap sebagai sahabat tanpa kakchik bertemu mata dengan mereka. Facebook yang menjadi medannya.
‘Gathering’ demi ‘gathering’ dibuat di sekitar Selangor dan KL tapi kakchik hanya mampu melihat dari jauh, melalui gambar-gambar yang dikongsikan di dalam Usrah WKTI. Betapa hati ini begitu berharap agar satu hari Allah makbulkan doa kakchik untuk bertemu dengan ahli-ahli usrah yang lain. Saban hari berharap dan dalam masa yang sama mengatur rancangan agar kakchik mendapat cuti yang panjang sempena cuti sekolah yang terdekat. Alhamdulillah ditakdirkan Allah, anak saudara dapat melanjutkan pelajaran di CFS IIUM dan Muktamar pula berlaku selepas itu. Bermakna kakchik boleh lakukan beberapa agenda sekali harung saja. Rancang dengan rapi.
30 Mei - CFS IIUM |
Segalanya dengan izin Allah juga.
Perkhabaran yang positif kakchik sampaikan kepada beberapa orang ahli Usrah WKTI, maka masing-masing saling teruja kerana kemungkinan besar impian kami untuk bertemu akan berlaku juga. Macam biasa, kita merancang dan Allah juga merancang maka kakchik berlapang dada atas apa juga yang bakal berlaku ke atas agenda-agenda yang telah diatur asalkan tujuan ke Selangor/KL akan tercapai. Agendanya:- Hantar anak saudara ke kampusnya, jalan-jalan shopping dengan kakak/abang ipar, bertugas di Muktamar dari 2 hingga 5 Jun, 'Dating' dengan Nour el-Nageeb dan akhir sekali ‘GATHERING’ dengan teman-teman tersayang.
Rupanya Allah mahu agenda kakchik bertambah satu lagi, Dia izinkan kakchik bertemu lebih awal dengan 5 orang dari mereka, atas tujuan menziarahi salah seorang sahabat yang baru bersalin tak sampai sehari. Mashaallah, aturan Allah itu sangatlah elok. Kita yang hamba ni, terima saja dengan hati yang redha apatah lagi ianya agenda yang bagus sekali. Terjalinlah ukhuwwah yang lebih erat tambah-tambah kakchik dapat merasakan seolah-olah kami sudah lama kenal di alam nyata. Boleh bersembang dengan mesra sekali. Kemurahan hati Kak Ticher Nur mengambil kakchik dan sahabiah yang lain kemudian ke merata tempat amatlah kakchik hargai. Kebijaksanaan Ticher Ina yang mewujudkan WKTI menjadi pengikat hati-hati kami. Ketegasan Marina Amir dalam hal-hal berkaitan Islam menjadi pengingat kakchik. Kecomelan dan kesucian adik-adik, Husna dan Sya menjadi rangsangan kepada kakchik bahawa usia bukanlah penghalang kepada wujudnya persahabatan yang luhur.
31 Mei - Ziarah Marina Amir & Imanina Mahfuzah |
Menziarahi Imanina Mahfuzah yang ketika itu belum pun dirasmikan namanya kerana bayi comel itu masih lagi belum sehari umurnya. Makan bersama di ruang makan Marina Amir, ketawa gembira berkongsi cerita dan pengalaman, sungguh membuat kakchik jatuh hati berkali-kali dengan ukhuwwah ini. Kakchik tahu kebahagian ini satu kebaikan dan ia juga satu ujian. Semoga hati-hati kami terikat kerana Allah SWT atas kecintaan kami kepada agama Islam yang suci ini. Dari Wisma MAIS ke Alamanda mencari hadiah kemudian ke Putrajaya seterusnya menikmati macaron di Empire Mall dan kembali ke Wisma MAIS untuk agenda penting, bertugas untuk Muktamar.
Walaupun terpisah sebentar kerana amanah, amanah yang kakchik seronok melaksanakannya, hati kakchik sentiasa ingatkan mereka tambahan pula beberapa hari kemudian kami akan bertemu lagi di GATHERING yang telah dirancang. Kemudahan facebook dimanfaatkan sebaik-baiknya. Sambil melakukan tugas, kakchik masih sempat berusrah dengan mereka. Sebenarnya bukan dengan ahli Usrah WKTI saja tapi ada beberapa lagi usrah yang kakchik sertai. Jangan salah faham ya, semuanya mempunyai matlamat yang sama, Islam cuma pembentukan usrah berbeza dari segi masa dan ahlinya.
2 Jun - Muktamar DMPP |
3 - 5 Jun - Bertugas |
Usrah paling lama yang kakchik anggap wujud hingga ke hari ini ialah Usrah KBIUSM. Kini kakchik mengikuti Usrah MOTHERS dan Usrah DMP mengikut penglibatan kakchik di dalam masyarakat. Masing-masing punya pendekatan yang berbeza tapi hampir sama. Dan kini kakchik anggap WKTI sebagai sebuah kumpulan usrah kerana banyak ciri-ciri usrah ada di dalamnya. Insyaallah jika ianya bermatlamatkan amal makruf nahi mungkar maka bagi kakchik usrah tersebut membawa kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Saling nasihat-menasihati demi menjaga maslahah peribadi dan ummat. Semoga Allah memelihara kasih-sayang dan silaturrahim fillah lillah (kerana Allah, untuk Allah) antara hati-hati kami. Amiin.
Dijamu Ayam Penyet
Tugas kakchik di Bilik IT Muktamar semakin ringan bila hari Muktamar semakin ke penghujungnya. Sampailah hari untuk ‘dating’ bersama Nour el-Nageeb dan suaminya. SMS demi SMS kami hantar begitu juga panggilan telefon demi untuk memastikan ‘dating’ kami tercapai. Walaupun janji nak jumpa jam 1.30 petang, akhirnya jam lebih kurang jam 3.00 petang baru kami dapat bertemu. Mashaallah sebaik saja ternampak kelibat Nurul, senyum kakchik melebar. Di pintu gerbang markaz Muktamar, akhirnya kami bertemu. Alhamdulillah.
4 Jun - Dating Ayam Penyet :)) |
Janji 'dating' hanya dengan Nurul tapi jodoh... Adilah juga dapat datang. Alhamdulillah. |
Masa berlalu pantas, kami bergegas ke kereta dan suami Nurul sedia menanti untuk membawa kami makan-makan di sebuah restoran di Seri Gombak, Restoran Ayam Penyet Ap. Kata Nurul, dia dapat idea nak jamu kakchik makan ayam penyet selepas bertanya adiknya apa yang patut dijamu kerana kakchik dah makan macam-macam makanan di Kelantan. Ayam Penyet menjadi pilihan kerana mana ada makanan ni kat Kelantan kan? Memang pun... terima kasih Nurul dan Najib, alhamdulillah dapat kakchik merasa Nasi Ayam Penyet yang sedap dan PEDAS sekali.
Hajat mereka nak bawa kakchik jalan-jalan tapi kakchik terpaksa tolak kerana kakchik perlu balik bertugas. Kami singgah mengambil anak-anak Nurul yang comel-comel di rumah saudaranya sebab kakchik nak kenal-kenal dengan anak-anak yang selama ini hanya dilihat di dalam album gambar di facebook. Kemudian semuanya menghantar kakchik kembali ke markaz. Terima kasih ya Nurul, sudi ‘dating’ dengan kakchik. Kini hanya tinggal agenda yang terakhir... tak sabarnya.
‘Gathering’ akhirnya berjaya juga.
Alhamdulillah wa syukurillah. Begitu besar nikmat yang Allah berikan kepada kakchik dan teman-teman di dalam Usrah WKTI. Dari Taman Melewar, seorang lagi sahabat FB yang belum pernah bertemu mata datang mengambil kakchik untuk ke Putra Heights. Knoreza yang kiut, pakai abaya cantik sungguh ‘ladylike’ menanti kakchik juga di pintu gerbang markaz. Sekali imbas melihat orangnya kakchik sudah tahu itulah dia Knoreza. Hehe, mulut kami sama-sama becok sepanjang perjalanan ke PH. Macam kawan lama yang kembali bertemu saja. Kiranya sembang-sembang kami kakchik anggap seperti taaruf yang mendekatkan. Alhamdulillah. Sama-sama kali pertama masuk ke kawasan PH, kami mencari destinasi kami. Akhirnya... sampai juga di teratak indah di hujung barisan rumah yang besar-besar dan cantik. Ringkas cerita, kakchik teruja.
Ahli-ahli makin ramai yang datang dan kakchik rasa pertemuan kami umpama pertemuan ABAYA LADIES kerana semuanya memakai abaya (tak sangka), akhirnya terlaksana juga. Seronok, gembira, syukur, syahdu, riuh-rendah semuanya menjadi rencah pertemuan kami. Walaupun tiada taaruf formal antara kami tapi majlis makan-makan santai di kerusi-meja anak-anak tadika di halaman teratak Kak Ticher Nur (kakchik namakan Madrasah Zima al-Kamal) kerana bila tengok gambar, memang terasa seperti di madrasah suasananya cuma di madrasah tidaklah riuh-rendah seperti kami hehe.
Pelbagai makanan yang disediakan dan dibawa kerana kami sudah janjikan, pertemuan ini adalah secara ‘potluck’. Kakchik pula asalnya datang berlenggang saja dari Kelantan tapi semasa malam terakhir bertugas di Muktamar, terfikir pula nak bawa sesuatu tapi kesibukan bertugas menghadkan masa untuk keluar meninjau gerai-gerai jualan yang ada. Akhirnya ada kawan beritahu ada gerai menjual JERUK KEDONDONG HIJUA yang sudah lama kakchik hajatkan. Apa lagi, itulah yang kakchik beli dan bawa ke perjumpaan kami. Modalnya kecil saja tapi alhamdulillah ada juga kawan dan anak-anak yang suka makan jeruk. Makan sikit-sikit tak mengapalah, bukannya selalu pun.
5 Jun - Juadah Potluck yang sedap-sedap. |
Jeruk Kedondong Hijau bersama Jeruk Cermai dan Jeruk Pauh. |
Antara banyak-banyak makanan yang ada kakchik paling suka Salad Kentang hasil tangan Kak Nita dari Melaka. Fuh! Terasa rugi pula kerana hanya makan sekali tambah saja. Tapi kakchik sudah ada resepinya hasil perkongsian Kak Nita di dalam Usrah WKTI. Insyaallah akan kakchik cuba buat esok dan makan bersama cik abe tersayang. Selain itu Pasta Goreng Ticher Ina juga sangat sedap, lebih-lebih lagi ianya padat dengan lauk-pauk. Yum! Nanti kakchik nak cuba resepi Kek Batik Hurul’ain dan Karamel Kasih Sayang Izah pula. Memang akan dicuba kerana telah merasa semuanya hingga kini masih terasa nikmatnya di hujung lidah. Karipap hasil tangan Yati Mawar Berduri juga kakchik suka dan memang karipap ialah kuih kegemaran. Tak lupa kek Red Velvet yang ‘teddy bear’ hiasannya menjadi rebutan yang muda atau yang dewasa hehe.
Salad Kentang Kak Nita |
Pasta Goreng Ticher Ina |
Kek Batik Hurul'ain |
Sembang-sembang, gelak-ketawa, makan-makan, solat, santai, ambil angin, layan budak-budak, bergambar sakan dan akhirnya tiba masanya kami berpisah. Terasa seperti tidak mahu kebahagiaan itu berakhir di situ tapi apakan daya, masing-masing juga punya kehidupan sendiri. Kakchik juga keesokan paginya akan bertolak pulang ke Kelantan. Saat berpelukan salam mahabbah bersama Kak Nita, airmata mula bergenang. Sukar sekali mahu dilepaskan. Hati sayu dan pilu. Dalam hati terdetik, “Bilakan lagi saat-saat begini akan dikecapi?” Kakchik paling jauh dan paling sukar untuk selalu bertemu. Terima kasih Allah kerana izinkan kali ini kakchik bersama mereka di alam nyata. Di saat menulis inipun mata ini berkaca-kaca. Rindu saat itu. "I love you too Kak Nita."
Kami. Sumber: Hurul'ain Muslimah |
Atas kemurahan hati Kak Ticher Nur, kakchik menumpang bermalam di rumahnya malam itu dan esok pagi dia juga yang menghantar kakchik ke KLIA. Hebat sungguh kakak yang seorang ni. Tanpa kakchik senaraikan apa yang kakak kita lakukan, rasanya kalian yang mengenalinya pasti bersetuju dengan kakchik. Terima kasih banyak Kak Ticher Nur sayang, atas budi baik akak selama kakchik di sana. Tak terbalas rasanya. Kakchik doakan Allah limpahkan rahmat dan berkat berterusan ke atas hidup akak sekeluarga dan kekal bahagia hingga ke syurga bersama En Din. Insyaallah jika satu hari nanti akak sampai ke Kota Bharu, singgahlah di teratak kakchik yang kecil ini tapi ianya penuh dengan kasih-sayang.
6 Jun - Semasa hampir mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kel. |
8 malam 7 hari di bumi orang akhirnya kakchik terbang pulang ke pangkuan suami. Rindu tak usah cakaplah tapi demi tugas, amanah dan impian, kakchik gagahkan diri melalui perpisahan sementara dengan cik abe. Penerbangan MAS 7.50 pagi dari KLIA terasa cukup cepat apabila kakchik nampak wajah cik abe yang sedang menanti. Di saat bersalaman dan dipeluk air mata bergenang lagi. Tiada kata-kata dapat dilafazkan hanya mata yang bercerita dan hati yang bersyukur. Insyaallah satu masa nanti, kakchik akan ke sana lagi tapi kali itu mestilah bersama cik abe. Usrah WKTI, insyaallah kita kembali bertemu di alam maya ya.
Salam sayang,
KakChik Niza
salam.jom join a simple n easy ga kat my blog.tq...
ReplyDelete*speechless*
ReplyDeleterasa mcm kak chik dok bercerita kat sebelah telinga jerr..superb!
ReplyDelete" berjumpa kerana Allah..berpisah kerana Allah..insyaAllah"
assalmualaikum
ReplyDeletekak chik ape kbr???
ape "WKTI" kak chik??seronoknya dp brsua muka..
blh lin join "usrah WKTI"??
seronoknya... 5 june dah kena book... :( sedih2 lain kali insyAllah :)
ReplyDeletewksl areef. terima kasih atas jemputan tapi kakchik ni dah tak sesuai kot menyertai ga. kasi can kat orang-orang muda :))
ReplyDeleteticher nur, why?
ReplyDeleteterima kasih knoreza. insyaallah itulah intipatinya.
ReplyDeletewa'alaikummussalam qaseh. alhamdulillah kakchik sihat2 saja. WKTI tu ialah Wanita Kesayangan Ticher Ina. memang seronok bila dapat jumpa kerana sebuah ikatan ukhuwwah yang suci. usrah WKTI ni nak join bergantung kepada pemiliknya, Ticher Ina. Nanti kakchik rekomenkan.
ReplyDeletealhamdulillah syikin, Allah izinkan berseronok sebentar bertemu sahabat. Insyaallah satu masa nanti mungkin ada peluang untuk kita bertemu juga. Sabar dulu ya.
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeleteterima kasih banyak kak chik.:-)
wa'alaikummussalam qaseh. sama-sama.
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletekak chik,boleh kongsi resepi salad kentang kat blog kak chik??teringin nak rasa:-)
wa'alaikummussalam qaseh. nanti kakchik tanya tuan punya resepi ya.
ReplyDelete