Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Potato Salad @ Salad Kentang |
Petang semalam, balik dari kerja terus singgah membeli bahan-bahan untuk membuat Potato Salad. Semuanya kesan daripada mencuba Potato Salad yang Kak Nita sediakan semasa 'Gathering' WKTI di rumah Kak Zima. Sedap sangat, ringkas dan mudah pula untuk disediakan. Apa lagi, kakchik mesti cuba dalam kadar segeralah kan?
Singgah membeli barang dapur di TG Mini Market nampak kenalan, Fadhilah sedang berniaga di situ. Hanya sempat senyum-senyum saja sebab kakchik tengah nak cepat. Lagipun masa tu pun dah jam 6 lebih. Penat tapi bersemangat. Ingatkan nak beli Nasi Kerabu tapi cik abe terus balik ke rumah saja sebab jalan sedang sesak.
Sampai di rumah, anak-anak saudara sedang ramai. Macam satu rumah menjeritkan, "Chikja balik! Chikja balik!" hehe. Terasa ceria terus melihat mereka. Agaknya orang lain yang punya anak-anak, bila pulang dari kerja tentu amat ceria disambut anak-anak yang bising menjerit-jerit mahukan perhatian.
Selepas menyalin pakaian dan melayan sebentar kerenah anak-anak saudara, kakchik terus ke dapur menjerang air untuk buat minuman petang cik abe dan menyinsing lengan baju untuk membuat Potato Salad. Hehe macamlah nak memasak sakan padahal satu jenis hidangan saja.
Rebus uni kentang dan sosej, sambil-sambil tu kupas bawang, potong daun bawang dan sediakan mayonis dan kismis. Si Eqbal datang nak kakchik dukung dia. Bau sosej yang harum memanggil semua anak-anak saudara yang 7 tahun ke bawah seramai 7 orang tu datang ke dapur kakchik. Semuanya nak makan sosej. Sebiji buah pear yang masih berbaki sebelum kakchik ke KL pun habis dimakan oleh mereka semua. Cik abe pun hanya dapat sepotong. Sorry Yang.
Nana, Iffah dan Amierah semua nak tengok apa yang kakchik masak. Selepas kakchik bagitau yang kakchik nak buat Potato Salad, semuanya asyik cakap, "Nak. Nak. Nak." Apa lagi, berlarianlah diorang balik ke rumah Umi di sebelah untuk mengambil mangkuk plastik dan sudu, ready nak tunggu salad siap. Kelakar tengok masing-masing bersila menunggu kat dapur kakchik.
Alhamdulillah, hidangan yang baru pertama kali dicuba pun siap. Kakchik isikan semangkuk dan minta Nana hantarkan kepada cik abe di ruang tamu. Nak hantar sendiri, bimbang membahayakan budak-budak di dapur tu dengan ada cerek panas, pisau memotong, dan macam-macam lagi alat yang kalau tak dipantau akan dibuat mainan diorang.
Semuanya dapat makan semangkuk seorang. Kakchik yang menyediakan ni berdebar-debarlah juga nak tunggu testimoni diorang. "Sedaplah Chikja." kata Nana, Emran, Amierah dan Iffah. Siap bertambah lagi tu. Alhamdulillah... paling gembira bila cik abe pun kata sedap, tambah semangkuk lagi. Kakchik hanya makan 2 sudu saja sebab kenyang dengan melihat orang lain seronok makan hasil air tangan sendiri.
Alhamdulillah.
* Qaseh Azlen, jika nak resepi, ada di sini: http://baking2u.blogspot.com/
kak chik.. sedapnya... boleh2 buat petang ni.. syikin selalu buh carrot sekali.. ngan susu cair.. teruk betul syikin hehe.. kolesterol ler pakai susu cair :D...
ReplyDeleteermm teringat chicken cheese salad with fruit.. wah lapa2.. nengok kak chik nyer salad.. semua salad nak teringat :D
assalamualaikum
ReplyDeletesyukran kak chik ku sayang atas link resepi trsebut..insyaallah akan mncubanya.
Assalamu alaikom, Kak chik,lama x dengar cerita ..sy pon dah lama x bace blog hiih
ReplyDeleteamboi k.chik ni mmg pandai nak bg org terliur dengan masak yg macam2. In sha Allah nak cuba time cuti ni.. nmpak sedap hihi
selamat mencuba ya syikin. memang sedap sekali. ringkas + sedap + mengenyangkan + menyihatkan. lepas ni takyah letak susu cair dah. hehe, macam-macam pula yang dia ingat. mesti perut tengah lapar tu.
ReplyDeletewa'alaikummussalam qaseh. afwan. selamat mencuba ya.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Nafisah. Cerita-cerita biasa je Nafisah... Eh eh... kakchik tak sengaja ya. Kalau dah terliur tu kena cepat-cepat cuba resepinya hehe. Memang sedap ni.
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletekak chik,qaseh dh cuba resepi salad kentang malam tadi..
blik drp pejabat,tempat lin praktikal minta abah blikan bahan2
alhamdulillah..sedap:-)
qaseh tabur kacang goreng yang ditumbuk halus kat atas salad..rasa lemak2..hehe
syukran kak chik:-)
wa'alaikummussalam qaseh. alhamdulillah dan tahniah. bagus juga tu idea letak kacang tumbuk kat atasnya. ni yang buat kakchik rasa nak buat sekali lagi petang ni.
ReplyDeletehehehe, ita dah cuba semalam, kebetulan anak2 balik dengan result exam yang flying color gitu, konon2 celebratela tapi sebenarnya sebab maleh nak bg depa makan nasi sangat. sedappp...sementara tunggu hubby balik solat maghrib 2 orang budak kecik yg tinggal di rumah asik mengulang pg dapur. tapi ita tambah udang fresh yang dibakar..ala2 manhattan fish shop gitu..5 bintang untuk kakchik dan kawan kakchik
ReplyDelete