Followers

11.6.11

Membaca Tapi Tidak Berfikir

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari Sabtu, hari cuti bagi sebahagian besar rakyat Malaysia tapi ianya hari bekerja baki kakchik dan cik abe. Inilah ketentuan untuk kami yang bekerja di syarikat swasta. Tapi kakchik sangat gembira walaupun bekerja pada hari Sabtu kerana hari inilah perpustakaan biasanya menerima jumlah pengunjung yang paling ramai berbanding hari-hari lain. Alhamdulillah.

Lebih kurang sejam setengah yang lalu kakchik dijemput untuk memberikan taklimat kepada hampir seratus orang peserta Kumpulan Usrah Temesu dari Wakaf Bharu yang sedang mengadakan program di Dewan Seminar kami. Kalau tak silap kakchik inilah kali pertama penyewa dewan menjemput kakchik membuat taklimat mengenai Perpustakaan kami. Sebelum-sebelum ini taklimat biasanya dibuat untuk para pelawat atau rombongan khas saja.

Perpustakaan Awam Islam Dar Nur al-Zahra'

Macam biasa, bila memberikan taklimat kakchik menceritakan latar belakang penubuhan perpustakaan ini. Dan hati akan mula rasa sayu bila teringatkan arwah isteri Pengerusi kakchik yang berusaha untuk kewujudan perpustakaan ini. Al-Fatihah untuk arwah Norley bt. Noor yang telah kembali ke Rahmatullah di usia 49 tahun kerana kanser. Arwah ialah seorang surirumah yang sangat mencintai ilmu. Di saat akhir hayatnya melawan kanser beliau masih berusaha menamatkan pengajian kedoktoran beliau, kalau tak silap kakchik dalam bidang Bahasa Arab. Mashaallah. Hebat.

Semoga Allah redha atas hidup arwah dan amal jariah arwah dan suami iaitu perpustakaan wakaf ini.

Kakchik bertanya para peserta, "Siapakah yang pernah berkunjung ke perpustakaan?". Sayang sekali, dalam ramai-ramai itu hanya seorang yang pernah ke perpustakaan. Kakchik kata lagi, "Hari ni, kakchik nak ajak semua peserta untuk melancong ke perpustakaan kami. Sekali-sebulan, ajaklah ahli keluarga untuk ke sini. Tak mahu membaca tak mengapa tapi datanglah mengambil ruh ilmu. Melihat orang lain membaca, moga-moga semangat membaca itu akan meresap ke dalam diri kita." Moga-moga kata-kata kakchik akan terjejak ke dalam hati mereka semua.

Bumi yang subur. Sumber: Magdalen's Blog


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan, yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya, seperti hujan yang lebat jatuh ke Bumi. Bumi itu ada yang subur, menghisap air, menumbuhkan tunbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan dia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya) dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangi air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama, yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah, yang aku diutus untuk menyampaikannya.". (Hadis Riwayat Bukhari)

Hadis ini sebenarnya kakchik terbaca di dalam majalah Haluan Edisi 1 2011. Terasa ada banyak intipatinya yang berkaitan dengan diri ini dan ilmu. Cuba baca mafhum hadis ini:

1. Bumi yang menerima hujan dan menumbuhkan rumput adalah umpama orang alim dan mengamalkan ilmunya.

Hingga ke hari ini, kakchik sentiasa rasa diri kakchik sangatlah tidak alim  apatah lagi benar-benar mengamalkan ilmu yang kakchik ada. Walaupun bekerja di gedung ilmu, kakchik masih belum mampu meluangkan masa mencedok pelbagai kandungan ilmu yang ada. Bagaimana mahu menjadi seperti Bumi yang menerima hujan dan menumbuhkan rumput bila mana diri masih di takok lama? Semasa memberi taklimat tadi , hati kakchik terdetik, "Ya Allah... benarkah apa yang aku sampaikan ini?" tapi hati juga berkata, "Mohon hati mereka yang mendengar menerimanya sebagai satu ilmu yang kekal dan diamalkan."

2. Bumi yang menggenangi air tetapi tidka menumbuhkan adalah umpama orang yang alim tetapi tidak mengamalkan ilmunya. Namun orang boleh mengambil manfaat darinya apabila dia mengajar.

Ada ramai orang yang begini kan? Contoh paling mudah mungkin ialah orang bekerja sebagai guru. Kadang-kadang apa yang diajarnya sangatlah bermanfaat tapi kita lihat beliau tidak pun mengamalkan apa yang beliau ajarkan. Kakchik bimbang kakchik tergolong dalam kumpulan ini. Mohon Allah jauhkan. Sayang sekali jika ilmu ada banyak di dada, pergi belajar bertahun-tahun hingga ada yang ke luar negara, tapi bila bekerja, ilmu itu hanya tinggal ilmu. Langsung tidak berkembang kerana tidak diamalkan. Ada ustaz balik dari Timur Tengah, sudap pasti ilmu yang dipelajari adalah ilmu Islam tapi dia sendiri tidak amalkan apatah lagi mahu diajarkan kepada orang lain. Rugi sekali.

3. Bumi yang tidak menggenangi dan tidak menumbuhkan adalah umpama orang yang tidak mahu menerima petunjuk Allah SWT.

Ramai di kalangan umat Islam hari ni tahu Islam itulah agama yang terbaik tapi sayangnya mereka memilih untuk Islam setakat nama sahaja ataupun mengamalkan Islam dalam aspek tertentu sahaja. Mereka tahu ada dunia dan ada akhirat, ada dosa dan pahala, ada Syurga dan Neraka. Tapi mereka memilih untuk hidup mengikut kehendak nafsu mereka. Mereka ada ilmu, berpendidikan tinggi, berjawatan tinggi, kaya harta tapi sayangnya mereka menolak sebahagian dari cara hidup Islam. Nasihat teguran mereka tidak terima bahkan dikata pula orang yang memberi teguran sebagai pemfitnah atau penderhaka bangsa dan agama. Biarkanlah mereka terus menjadi bumi yang kontang tapi mohon Allah jauhkan kita dari menjadi pengikut mereka.

Ya, bacalah dan fikirlah. Jangan kita hanya membaca secara skim & scan sahaja hinggakan kita sering memberi komen setengah masak kerana kita tertinggal beberapa perkataan di dalam tulisan yang sebenar. Dengarlah dan fikirlah. Elakkan kita menjadi pengikut taklid buta yakni ikut saja apa yang orang ramai kata atau media kata. Rugi kita jika malas berfikir dan kita pun berkata, "Malas nak fikir. Bukan ada kaitan dengan kita pun...". Marilah kita menjadi insan yang seperti Bumi yang menerima hujan dan menyuburkan alam.

Wassalam.

4 comments:

  1. salam kak chik.
    saya dulu sokmo g library nih.
    dulu sy sekolah kat sri aman.
    kak chik nak tanya, library ni milik kak chik ke?
    satu lagi, library ni perlukan sukarelawan tak?

    ReplyDelete
  2. wkslm athirah. oh, betul ke? alhamdulillah, dapat juga kenal dengan bekas pengunjung. nanti singgahlah lagi ya athirah. isyk, bukan milik kakchik, kakchik hanya kerja kat situ. sukarelawan tu amatlah kami perlu tapi bimbang pula jika kami tak dapat hulurkan elaun, sukarelawan lari pula.

    ReplyDelete
  3. oh ye ke?
    kak chik kerja kat situ..
    sekarang ni sy tgh cuti, till bulan 9..
    kalau berminat jadi sukarelawan nak buat canne erk?

    ReplyDelete
  4. Ya... Kami sebenarnya baru kehilangan staf bahagian tugas-tugas am (memcuci/embersih) tapi majoriti staf keberatan nak menerima sukarelawan atas sebab-sebab tertentu. Kalau athirah nak cuba, boleh je datang ke Zahra'.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs