Followers

13.6.11

Indahnya Kematian

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dari semalam kakchik mula membaca sebuah buku yang kakchik beli semasa bertugas di Muktamar Muslimat baru-baru ni. Buku terbitan PTS begitu menarik minat kakchik untuk membeli dan membacanya. Ingin sekali kakchik mengetahui apakah yang dikatakan indah berkaitan kematian ini. Selama ini ramai orang menyebut takut nak mati tapi ada juga yang rindu akan kematian. Tentu ada rahsianya. Mungkin buku ini boleh membantu sedikit sebanyak kakchik melihat apakah yang indahnya tentang mati.

Cuma RM17.00 senaskah.

Masih dalam Bab 1 dan di bawah subtajuk, Menghias Perbuatan Baik dengan Keikhlasan. Ini sedutan menarik yang ingin kakchik kongsikan.

"Apabila tindak-tanduk kita dalam hidup tidak berpusat pada keikhlasan, kita akan berasa kecewa berulang-kali. Orang yang tidka ikhlas banyak tersinggung. Kita perlu membiasakan sikap tawakal, iaitu menyerahkan semuanya kepada Allah selepas berusaha sebaik mungkin. Serahkan sahaja semua yang terjadi kepada Allah. Jangan kita sebut-sebut ataupun mengungkit kebaikan yang kita buat, kerana ia berpotensi membawa kita kepada rasa tidak ikhlas. Dalam hal ini, di mana pula letaknya kekuatan hamba-hamba Allah yang ikhlas?"

Hmm... memang kakchik selalu juga mempersoalkan diri-sendiri tentang keikhlasan ni. Bimbang juga bila menulis dan berkongsi cerita takut hati sendiri tiba-tiba jadi tak ikhlas. Ya Allah, mohon dijauhkan. Takut, takut Allah tak pandang langsung walhal telah berpenat-lelah menaip segala-galanya. Takut segalanya menjadi sia-sia dan tiada sedikit pun Allah kira sebagai amalan makruf. Ya Allah, mohon dijauhkan.

Patutlah orang-orang yang ikhlas mereka merasakan kematian itu indah kerana mereka adalah orang-orang yang ikhlas dalam amal perbuatan. Maka, jiwa mereka tenang, mereka hanya menaruh harapan pada Allah bukan pada manusia. Jika sedikit nikmat hidup mereka ditarik, mereka masih mampu bersangka baik dengan Allah. Setiap detik hati mereka mengingati mati, sebab itu mereka takut untuk membuat maksiat. Allah...

"Orang yang ikhlas memiliki kekuatan rohani yang besar dan hebat. Kekuatan rohani ini adalah cahaya hidup yang tidak akan kehabisan minyak, malah ters menyala. Cahaya ini membimbing hamba-hamba yang ikhlas menuju kepada Allah. Keikhlasan manusia pula dapat dilihat daripada raut muka, tutur kata serta tingkah-lakunya. Jiwa orang yang ikhlas sentiasa bersih daripada mereka-reka cerita. Tiada luahan kata-kata ataupun perbuatannya yang membuat kita berburuk sangka kepadanya. Mereka melakukan semua perkara tanpa berpura-pura. Semuanya dibuat tanpa mengharap apa-apa kecuali mendapat keredhaan Allah. Bagi tujuan ini, dia berusaha memberi yang terbaik kepada orang lain serta kehidupan ini."

Mashaallah... memang ada di kalangan orang yang kakchik kenali, yang pada pandangan kakchik, adalah insan yang ikhlas. Keikhlasan mereka kadang-kadang membuatkan kakchik rasa malu pada diri-sendiri. Allah... cukuplah sampai di sini. Hati ini amat terasa sekali.

7 comments:

  1. assalamualaikum

    ape kbr kak chik??

    rasa indah saat mbaca coretan kata-kata dlm buku "indahnya kematian" yg sedang kak chik baca..

    rasa ingin memiliki buku tersebut..Moga dimurahkan rezeki utk mmiliki buku tersebut.Amin.

    ReplyDelete
  2. السلام عليكم kak Chik..apa khabar??

    kebanyakan orang tersayang saya pergi tanpa sempat bertemu di saat2 akhir. Dan sampai sekarang, saya merasakan seolah2 mereka masih berada di sisi...al fatihah !!

    ReplyDelete
  3. kak chik beli kat mana?
    ida nak jugak

    ReplyDelete
  4. wa'alaikummussalam qaseh. alhamdulillah kakchik sihat-sihat saja. setakat yang dibaca ni, memang cukup tertarik dengan kandungannya apatah lagi maksud yang tersurat dan tersirat. bagus juga tu kalau qaseh mahu memilikinya.

    ReplyDelete
  5. wa'alaikummussalam noorma.
    innalillahi wa inna ilaihiraajiun. semoga ruh mereka semua bersama ruh orang2 yang dirahmati Allah. Selalu kirim doa dan banyakkan amalan soleh, insyaallah hidup mereka di alam barzakh akan lebih ceria noorma. Mereka tetap di hati w/pun jasad sudah tiada.

    ReplyDelete
  6. Ida, kalau di KB ni mungkin Ida boleh cari di SMO atau Popular.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah k.chik...sy dihadiahkan buku ini oleh seorang sahabat sempena birthday yg lalu...alhamdulillah...sy pn masih berbaki lg, xhbs baca, i'allah akn hbiskn pmbacaan....semoga kmatian suatu kerehatn buat kita=)

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs