Followers

2.6.11

Pertemuan Yang Amat Bermakna.

Assalamualaikum dan salam kasih sayang untuk suami tersayang dan teman-teman semua. Alhamdulillah walaupun lewat sikit tapi masih lagi ada peluang untuk kemaskinikan blog. Hehe sebenarnya curi-curi mengemaskini blog kerana kakchik tak dapat nak online di facebook. Sekarang ni Muktamar Dewan Muslimat PAS masih sedang berjalan tapi tugas kakchik terpaksa dihentikan sebentar.

Semalam adalah satu hari yang sungguh bermakna dalam hidup kakchik. Selepas famili pulang ke kampung, kakchik diizinkan Allah untuk bertemu dengan 5 orang kenalan yang selama ini hanya bertemu di alam maya. Mashaallah, satu nikmat persahabatan yang tidak dapat digambarkan keindahannya. Oleh kerana kakchik ada tugas ni, maka kakchik akan bercerita melalui gambar-gambar.

Bismillah.

Menziarahi Teman Yang Baru Bersalin di Putrajaya

Pertemuan diatur dengan tujuan utama untuk menziarahi Reen yang baharu sahaja bersalin.

Kali pertama bertemu di Wisma MAIS kemudian ke Alamanda membeli hadiah.
Imanina Mahfuzah yang belum pun sehari umurnya.

Selepas berada di Putrajaya bertemu mesra dengan Reen sekeluarga, kami menuju ke Empire Mall untuk mencari maca'wrong' atau magerun, kata Kak Ticher Nur dan Ticher Ina. Kami singgah makan di Whisk yang Kek Red Velvet dan Kek Karotnya yang mmmm....yummy! Macaron kakchik hanya makan sebiji je sebab maaaaaanis sangat.

Dua dari 4 orang sahabat yang sedang khusyuk menanti pesanan di kaunter Whisk.

Selepas makan-makan, kami ronda-ronda sebentar di dalam Empire Mall sambil melihat-lihat macaron di kedai-kedai lain hinggalah kai jumpa cafe ini,

Tauke cafe ini nampak sangat berminat untuk mempelajari Islam. 

Kakchik cukup tertarik mendengar perbualan taukey cafe ini dengan Kak Ticher Nur mengenai Islam. Walaupun kakchik tidak dapat mendengar dengan jelas butir bicara yang sebenar tapi paling jelas dia ada sebut 'ustazah', 'nak belajar agama', 'insyaallah' dan 'assalamualaikum'. Mohon Allah beri hidayah kepadanya untuk memeluk Islam.

Kakchik kemudian dihantar ke sini dan kami berpisah di situ.

Syukur alhamdulillah atas kurniaan Allah ke atas kakchik. Persahabatan yang selama ini hanya di internet melalui blog dan facebook akhirnya mempertemukan kami. Dari yang belasan tahun hingga yang 40an, kami umpama satu keluarga, seronok menghabiskan masa bersama-sama. Insyaallah mohon Allah perkenankan hajat kami untuk bertemu lagi pada hari ahad nanti sebelum kakchik pulang ke Kelantan.

Terima kasih banyak buat Kak Ticher Nur, Reen, Ticher Ina, Dik Husna dan Dik Sya kerana sudi bertemu dan meraikan kedatangan kakchik. Mohon Allah rahmati dan berkati kalian semua terutama Kak Ticher Nur yang sudi menjadi 'supir' kami ke merata tempat. Shukran kathira.

3 comments:

  1. comelnyer baby sis marina.... :X:X ...

    alalala kak chik. kite pon nak jumpe kak chik :(

    ReplyDelete
  2. memang comel syikin tapi sekarang ni baby sedang sakit. masih di NICU hospital putrajaya. doakan baby imanina mahfuzah lekas sembuh.

    ReplyDelete
  3. nak jumpa juga camni ramai2....huhu...

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails