Followers

27.5.09

Zahra' dan Pesta Buku

Assalamualaikum semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Kakchik, alhamdulillah sihat walafiat kecuali selsema. Yang ni memang susah sikit nak sembuh kan. Lagipun sekarang ni musim selsema di serata negara.

Semalam kakchik tak dapat nak coretkan apa-apa kerana banyaknya kerja yang nak dibuat selepas 3 hari tak masuk pejabat. Mana boleh suruh orang lain buat kerja kita kan? Lagipun memang tak akan selesai kalau suruh orang lain sebab mereka pun ada banyak tanggungjawab yang lain.

Selain tu kakchik juga berulang-alik ke Balai Islam Lundang sebab MariBaca menyertai Pesta Buku & Komputer kat situ. Program selama 6 hari ni memang meletihkan sebab kena banyak berdiri, bercakap dan melayan kerenah pelanggan yang pelbagai. Semalam kakchik sempat bersama 2 pembantu di gerai. Bila pelajar sekolah rendah datang dengan rombongan, kenalah bersedia mental dan fizikal. Adik-adik ni boleh menyebabkan hati kita gembira sebab dia beli buku dan bertanya macam-macam pasal buku, tapi ada juga yang menyebabkan kita jadi geram sebab mereka merosakkan buku (lambung, lempar, lipat, lontar - semuanya mula dgn L). SABOooo ajelah. Tapi ibu bapa diorang memang berani beri duit RM50 kat anak-anak tahun 3 untuk beli-beli buku. Ada banyak kakchik ambil gambar tapi malas pulak nak download dari kamera.

Bagi kawan-kawan yang dok di KELANTAN tu, turunlah ke PESTA BUKU ni dan JANGAN LUPA singgah ke gerai kakchik, MARIBACA BOOKSTORE di lot 13. Ada DISKAUN 15% dan 20% untuk banyak buku. MANA ADA yang bagi diskaun sebanyak tu kat sini? Biasanya dapat 10% je. Beli BERATUS pun 10% saja... Hehehe, singgah gerai kakchik ya (berkempen saja :D ).

Sekarang ni kakchik kat pejabat sedang terjemahkan satu skrip dari BM ke BI sebab ada orang besar yang nak. Buat ajelah...

Wassalam.

p/s: Ops! Lupa. Semalam penulis Warkah Cinta Berbau Syurga, A. Ubaidillah Alias, singgah di gerai kakchik. Lama kami borak-borak tapi kakchik LUPA nak ambik gambar.

RUGI... patut boleh ambil buat PROMO kat kedai kan. Takpe... tunggu malam 31 Mei ni dia janji nak singgah lagi.

Buku ni harganya RM23.90, boleh dibeli di MariBaca.

12 comments:

  1. salam.

    aduh, memang tak dpat la nak ke pesta buku tu. hehe.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Kak Chik boleh bantu saya tak?
    kedai buku kak chik ada tak buku 444?

    saya cari buku ni dah masuk 3 bulan..sebab dia lebih kurang cam buku agama gak...(kwn syorkan baca buku ini)....puah kawe cari dak jupe..hehehe

    ReplyDelete
  3. salam kakchik... harap dengan berlangsungnya pesta buku tu, kakchik akan tambah sehat dan ceria...

    ReplyDelete
  4. Bestnya ada pesta buku... tapi jauh sangat la nak pergi..hehehe

    ReplyDelete
  5. slm....kt sana ada novel best2 ke........

    ReplyDelete
  6. lahai..klu blk klate awal skit bleh jupe kakchik..dok de la kakchik...kawe kelik minggu depe..huhu

    ReplyDelete
  7. wkslm reza, awak tu dok jauh, kat sana lagi banyak peluang ke bookfair. nanti boleh la ke children's bookfair di bologna.

    ReplyDelete
  8. Wkslm aJa.

    Oh, maaf ya aJa, kalau buku 444 Doa Rasulullah SAW atau 444 Peringatan untuk Umat Nabi Muhammad tu kedua-duanya takde kat MariBaca.

    Kakchik tak jual buku terbitan Jahabersa.

    Terpaksalah aJa cari dgn kedai buku lain.

    ReplyDelete
  9. Wkslm kak e, alhamdulillah kakchik makin sihat tapi ceria tu biasa-biasa je sb tahun ni jualan menurun banyak.
    Pesta buku kat sini tak semeriah di KL.

    ReplyDelete
  10. Kak Tirana, akak pergi yg kat KL pun dah cukup banyak kak. Skrg ni ada ReadMalaysia di The Mines.

    ReplyDelete
  11. Wkslm APS, insya-Allah kami banyak jual novel Islamik. Ada yg best ada juga yg biasa2 je.

    ReplyDelete
  12. ummi abqari, tokde jjupo tak apolah. minggu depe kakchik gi KL pulok 3-7 jun

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs