Followers

21.5.09

Di Mana KakChik Beli Abaya?

Assalamualaikum semua. Selamat menikmati waktu Maghrib yang sebentar ni. Biasanya lepas solat Maghrib ni sesuai kita mengaji Qur'an dalam satu 'ain atau lebih. Orang kita ni suka juga membaca Surah Yaasin di malam Jumaat ni. Kakchik ni takde lah buat macam tu. Sambung aje bacaan dari ayat terakhir yang dibaca malam semalam. Lepas selesai tu terasa nak menulis kat sini pulak. Kali ni nak kongsi pasal koleksi abaya kakchik. Kakchik sekadar berkongsi dan jika ada yang suka dan ingin turut memiliki abaya seperti yang kakchik ada ni, bolehlah kakchik tolong dapatkan.

 

Bagi seorang pemakai jubah dan abaya sepenuh masa, tak hairan kalau ada banyak helai pakaian ni dalam almari berbanding baju kurung.  Beberapa tahun sebelum ni kakchik biasa memakai jubah pelbagai warna terutamanya warna-warna pastel tapi sejak 2 tahun lepas, kakchik telah 'jatuh hati' pada abaya. Lain ke sama abaya dengan jubah ni? Hehehe, sebenarnya dari segi bentuk tu lebih kurang je... cuma abaya ni kebanyakannya berwarna hitam dan dipakai oleh majoriti wanita Muslimah di negara-negara Timur Tengah.

 

Ok, jom kita tengok apa yang ada dalam KakChik's Wardrobe!

 

090509 167 Ini namanya abaya Miss Lily yang kakchik beli secara online dari blogshop MISS ABAYA. Harganya RM90. Diperbuat dari kain jenis satin. Ada sulam di depan dan di bahagian belakang serta disertakan sehelai selendang Arab yang kita panggil shayla. Kakchik beli saiz S tapi banyak juga kena alter sebab saiz S di Makkah ni dia besar sikit sebab abaya ni tepinya berjahit lurus dari kaki hingga ke hujung lengan baju.
010409 026 Yang ni takde nama. Diimport dari Dubai. Kakchik beli di KF Collection atas Billion Shopping Complex. Kat kedai ni lah paling banyak kakchik beli abaya. Harga jual RM99 tapi sebab kakchik beli banyak, dapatlah harga diskaun RM75 sehelai. Sekarang tak dapat dah harga ni. Paling rendah pun RM85 je. Ini antara yang kakchik selalu pakai sebab kainnya lembut dan sejuk. Ada sulaman labuci dekat leher baju dan bahagian kaki.
010409 029 Dibeli di KF Collection juga. Sama kualiti dengan yang atas tu. Sulaman maniknya sangat kemas. Gabungan manik merah, biru dan putih. My favourite ni. Saiz SX memang betul-betul kena dengan badan. Tak payah baiki apa pun.
060509 018 Juga dibeli di KF Collection. Yang ni belum pakai pun sebab simpan untuk majlis-majlis rasmi atau hari raya kot. Harga RM140 diskaun dapat RM110 (sebab pelanggan tetap). Kain dari jenis berat sikit dan dekorasi di bahagian leher dan lengan baju sangat kompleks dan menarik. Ada labuci di leher dan bahagian kaki. Dalam gambar ni tak jelas sangat tapi memang glam sikit berbanding yang lain.
040409 004 Abaya ni saiz S dibeli di butik Nurazan Collection di Wakaf Siku. Masa tu butik tengah SALE dan abaya ni penghabisan stok. Dapatlah harga RM44. Huhu memang murah sangat sedangkan kualitinya bagi kakchik sangatla bagus. Jenis belah tepi dan ada lapisan atas, ala-ala kimono gitu.
040409 005 Yang ini kakchik beli di gerai Nurazan Collection juga di tapak kuliah Jumaat Tok Guru di Medan Ilmu, KB. RM65 sehelai saiz S. Ada belah depan tapi 2 lapisan diserikan dengan tasel di hujung lengan dan juga kat bahagian atas lutut. Bila pakai, rasa fancy je sebab kainnya sangat licin ala-ala jorjet.
040409 006 Ini pun dibeli di gerai Nurazan juga semasa kakchik ke KB mendengar kuliah Jumaat. Harga RM60 sehelai saiz S. Yang ni jarang-jarang kakchik pakai sebab potongannya body-shaping sikit. Katanya dibuat di Bangladesh ni.
040409 003 Abaya pertama kakchik yang diupah jahit dengan kakak ipar abang no 2. Kain jenis jalur ni kakchik beli sendiri kat kedai kain. Fesyen pun reka sendiri lepas tu suruh kakyah tu tolong jahitkan. Modal kain tak berapa ingat tapi upah menjahitnya RM35. Yang ni memang kakchik paling suka pakai sebab memang ukuran badan sendiri, selesa.
100409 032 Abaya fav no 2. Kakchik di KF Collection juga. Dihiasi dengan labuci dan manik. Walaupun ada bling-bling tapi takde lah bersinar pun bila dipakai. Suka sangai pakai yang ni. Saiz SX juga.
120409 029 Yang ini abaya fav no 3 sebab selesa dipakai dengan sikit lipatan di bahaian kaki baju. Hanya ada dekorasi di bahagian dada dan lengan. Ramai yang suka abaya kakchik yang ni sebab dekorasinya yang sangat kemas dan cantik. Harga asal lebih RM100 tapi kakchik dapat diskaun jadi RM94. Buatan Indonesia, dibeli di butik ASFI kat Billion juga.
260309 001 Satu lagi abaya kegemaran yang juga dibeli di KF Collection. Selalu dok ambik gambar ketika kakchik memakai abaya yang ni.

 

Cukuplah kakchik kongsikan 11 helai abaya kesayangan tu. Walaupun semuanya berwarna hitam, hakikatnya tidaklah panas ketika memakainya. Sama sama dengan rasa ketika memakai pakaian lain. Lagipun orang kata HITAM ITU MENAWAN kan? Hehehe jangan lupa ya, YANG PENTING TUTUP AURAT!

 

Jadi kat mana nak beli ni? Kakchik nak rekomenkan KF Collection sebab sekarang dah jadi biasa dengan KakYah (Ibu) dan anaknya Ayu. Dah jadi pelanggan tetap dah kakchik ni. JOM kita tengok kedainya.

 

010409 004

Gambar ni diambil beberapa bulan yang lalu. Sekarang dah lain susunannya.

 

010409 006

Pelbagai jenis pakaian wanita ada kat sini.

 

060509 007

Antara baju yang mendapat sambutan hangat selepas kakchik siarkan dalam KakChik's Wardrobe.

 

060509 013

Abaya yang baru sampai. Kakchik dah teringin nak beli tapi dah habis bajet la. Tunggu la sebulan lagi.

21 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Ala Kak Chik..cantiklah abaya-abaya kak Chik..huda selalu pakai jubah, abaya belum pernah beli lagi..ni yg selalu tengok kak chik pakai teringin nak beli..wahh tapi jauh sgt KF Collection :(

    Huda try cari kat sini nanti ya kak..:)

    ReplyDelete
  2. menarik gak....nt bila dh bli jngn lupa posing wt n3 skali ye...:)

    ReplyDelete
  3. salam kak chik...
    sejak mencari2 jubah ni saya pun dah jatuh cinta dgn fesyen jubah sekarang..abaya pun cantik..masih mencari ni...
    my hubby ada bg link ni http://www.shukr.co.uk/Merchant2/merchant.mvc
    suruh saya pilih mana nak...sbb dia pun ada berkenan jubah kat situ so blh order sekali...


    p/s: kalau saya minta kak chik belikan boleh ke?..susahkan kak chik pulak...

    ReplyDelete
  4. saya pun mcm kak chik, bj kurung tak sampai 10 helai,buat time raya utk pakai dlm rumah je.suka betul saya dgn abaya yg kak chik beli di norazan collection wakaf siku tu.....saya mmg dok cari abaya gitu.kat sabah tak de.

    ReplyDelete
  5. Salam Kakchik,
    Suka akak tengok semua abaya kakchik tapi akak ni tak leh pakai abaya nih burok benar bab akak tak tinggi badan saiz L pulak tuh memang tak cantik..tapi akak mmg minat tengok kalau orang len pakai nak ank pakai sekali dgn tudung labuh..tak pun selendang cam org arab gitu..tapi satu hari nnti akak nak gak pakai hehehe cam nagka bungkus berjaklan ler nntikan..

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam Huda,
    Terima kasih... kita yang saiz kecik ni pun boleh ada saiz Huda. Selalu kalau Huda beli jubah, beli saiz apa? Nampak macam Huda tinggi sikit dari kakchik, tentu boleh pakai saiz S. Kakchik cerita pasal KF Col tu sebabnya memang kakchik selalu tlg belikan abaya utk kawan2 yg di luar Kelantan dari situ. Sama dengan yang kakchik punya. Apa2 pun slmt mencari ya Huda.

    ReplyDelete
  7. reen, nak suruh kakchik ke sapa posing tu? hehehe semua abaya tu dah dibeli la reen, hehehe

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikummussalam Suzi,
    Oh, Shukr tu... ok gak tu... abaya/jubah dia mmg sgt modest. Kakchik pun kalau mampu beli dari Shukr, tentu dah beli ni. Tapi takde credit card nak order dari UK/US. Dah suami bg green light tu, pilih la Suzi, hehehe.
    Tapi kalau nak minta tlg kakchik belikan pun takde hal, asalkan Suzi bagi ukurannya/saiz yg biasa pakai. Insya-Allah kakchik tolong.

    ReplyDelete
  9. Normi, skrg abaya macam tu dah takde kat Nurazan sebab dia dah mula jual abaya moden yg potongan A-line dan banyak yang fancy2.

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikummussalam kakasma,
    Akak, pakai abaya ni tak mesti badan tinggi kak. Kakchik ni rendah je kak, 151cm je... hehehe pakai yang saiz SX tu... kalau akak saiz L memang byk pilihan sangat. Belum cuba belum tahu kak. Kalau akak suka anak2 pakai, molek beri galakan dengan latihan awal sebabnya biarlah dia suka pakai sebab menutup aurat dengan baik, ramai juga org suka pakai abaya tapi sebagai fesyen sebab ia mmg elegan (betul ke ni?). Kakchik doakan kakasma sampai hajat nak berabaya tu. Insya-Allah tak macam nangka bungkus, hehehe tapi nangka yang berbungkus kan lagi molek dari yang tak bungkus kan.

    ReplyDelete
  11. wa...kak chik..cantik2 ler abaya kak chik...

    ReplyDelete
  12. salam kakcik
    wa..takdirnya sampai di KB bln 6 ni kakcik kena bwk kaknik gi situ.. akak dah lama nak tambah koleksi abaya nih.. tp susah dpt saiz dan harga yang dalam kemampuan heheh!

    ReplyDelete
  13. salam kakchik ,

    wah byk nyer koleksi abaya akk . jeles gak ..hihiii

    sy setakat jubah tu byk la,tp xla yg vogue2 sgt , abaya blom ade tp cite2 nk memiliki tu ade . .

    ReplyDelete
  14. Zara ada dua abaya, dua2 beli di mekah..tapi jarang pakai, sbb tak biasa..hehe..lagipun byk blink2 pegi majlis seswai lah..he..

    ReplyDelete
  15. Mekasih Ummi, yang cantik itu Allah suka kan.

    ReplyDelete
  16. Wa'alaikummussalam KakNik. Hehehe, boleh kak.. jika kakchik lapang blh temankan akak.

    ReplyDelete
  17. Wa'alaikummussalam Hanie, kakchik selalu pakai abaya sekarang ni jadi tak kisahla kalau ada koleksi kan.

    ReplyDelete
  18. Zara, mmg ada banyak abaya yang elegan sangat sebab tu ramai yg bukan pemakai tetap suka beli untuk pakai ke majlis2.

    ReplyDelete
  19. salam kak chik,

    baru perasan enry nie..wah cantiknya abaya2 kak chik, siap sulam2 lg....mmg padan ngan kak chik :)

    ReplyDelete
  20. Wkslm yan. Terima kasih. Abaya banyak sebab semuanya pakaian harian kakchik yan.

    ReplyDelete
  21. asalamualaikum kak chik...saye pon skrg minat tgk abaya dan jubah... saye tgk abaya kak chik beli murah2 jer...kak chik blh x tolong belikan abaya yg 1st tu kat miss abaya... yg jenis satin... -balkis

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs