Followers

14.5.09

Jemput Sarapan

Assalamualaikum dan salam pagi ceria untuk semua. Apa khabar hari ni? Moga-moga semuanya sihat, sejahtera dan ceria selalu hendaknya. Dah sarapan ke? Kakchik sarapan agak awal tadi tolong habiskan yang Cik Abe punya. Dia kalau pagi-pagi jarang makan makanan berat tapi kopi segera mesti nak ada satu mug.


Hari ni nak bangun pagi susah la sikit sebab kepala dok pening, berat je rasanya nak angkat badan dari katil lepas tu nak menapak ke bilik air. Tapi demi Subuh, wajiblah digagahi juga, hehehe. Alhamdulillah... lepas muka dah kena air, badan pun dicuci, terasa segar seluruh badan. Tapi ada rasa-rasa macam tekak tu macam susah sikit nak menelan liur, hmm... tanda-tanda nak selsema ni. Kena cepat makan madu HPA lepas ni.


Kakchik tak masak pagi ni sebab bila ke dapur, Ummi dah siapkan sarapan. Hari ni Ummi buat mee goreng dimakan dengan keropok dan pencuci mulutnya ialah jemput-jemput kelapa. Hai... sedap-sedap semuanya masakan Ummi ni sebab memang kakchik tau Ummi memasaknya dengan penuh keikhlasan dan kasih-sayang. Kesian Ummi, hari ni tak sempat nak tolong dia di dapur. Makan sikit-sikit je semua benda tu sebab cepat kenyang. Kalau mee goreng kakchik jarang makan banyak, cepat muak.


Lepas sarapan dan Cik Abe pun dah ke sekolah, kakchik layan anak-anak sedara sekejap. Pujuk Ameerah mandi sebab dia nak ke tadika, macam-macam 'songe' dia buat sebab nak lambat-lambatkan waktu ke tadika. Dari bibik, kakchik dan Ibunya akhirnya TokMek juga yang kena mandikan dia. Hehehe, budak sorang tu memang pandai auta. Mungkin ada la tu dalam hati tu teringin nak dok kat rumah sebab sepupu-sepupunya ramai. Aqim dan Aqif masih kat rumah sebab Chenah masih MC lepas D & C baru-baru ni. Amreena dan Emran pun ada jadi dia M**** sikit la nak ke sekolah. Lepas pujuk-pujuk, puji-puji dan usik-usik sikit akhirnya nak juga ke tadika dengan syarat Ibu yang hantar. Kesian La yang sedang sarat tu, demi anak, paksa juga diri menghantar Ameerah ke sekolah.

Lepas pujuk Emran mandi, Kakchik rasa nak lelap kejap tapi teringat pulak hari ni tak baca 'paper' lagi. Jadi kat sini la kakchik menghadap laptop ni membaca berita sambil 'checking email' dan blogging. Dalam pukul 10 nak ke pej pos untuk hantarkan bungkusan buku yang dibeli pelanggan lepas tu nak pejabat MARA untuk uruskan pasal pinjaman, ha'ah kali ni kakchik memang kena buat pinjaman modal sebab permintaan dah semakin banyak. Nak tambah buku dengan modal sendiri dah tak cukup, terpaksalah berhutang pulak dengan MARA, itupun belum tentu dapat. Lepas tu nak ke Hotel Renaissance untuk JUMPA KAK E yang datang dari KL. BESTNYA... tak sabar nak jumpa teman blogger.

Oklah, sehingga ke saat kakchik ada penambahan baru, itulah dulu.

OPS! Sebelum terlupa, nak tolong menjemput kalian semua ke program ini:



Iklan belas ihsan untuk seorang teman, :)

10 comments:

  1. saya pun mengalami gejala pening....pagi2 kalau bukan sebab solat dan keje...memang tak nak bangun. tapi, paling kritikal, lepas asar... memang pening tahap gaban....

    ReplyDelete
  2. Kak Chik..

    Iklan tu cam iklan motivasi jek..?
    bestnyer ye ke masuk percuma..leh bawa anak2 ke

    ReplyDelete
  3. salam kak chik..rasanya pening ada maksud tu..ehehe

    pasal mee goreng tu mmg nmpk sedap ler kak chik..nyum..nyum...

    yan baca bnyk gak jadual kak chik ari nie..apa pun take care yea..

    ReplyDelete
  4. salam

    wah, macam sedap je makanan2 tu.

    ReplyDelete
  5. normi, kakchik pun tak pasti nak kata pening kakchik ni gejala tu ke tak sebab selalu jgk pening di waktu pagi ni. dahsyat tu pening, sampai tahap GABAN! Gaban ni... bukan ke warak hero komik Jepun? hehehe

    ReplyDelete
  6. aJa - program lebih kurang cam gitu le, mmg masuk FREE

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikummussalam Yan, tak tau lah Yan, betul ke ada maksud hehehe. Mee goreng Ummi tentulah sedap kan. Jadual kakchik selesai cepat la jgk tapi selebihnya kakchik isi meraikan kak e yg dtg ke sini.

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikummussalam Reza, insya-Allah semuanya sedap. Resepi simple cara orang kampung.

    ReplyDelete
  9. salam

    aduh, nak makan makanan msia. nak. nak. nak.

    sekarang ni, cuma leh tgk dalam pic2... :(

    ReplyDelete
  10. wa'alaikummussalam reza, haaa nak makan tu lepas ni kena rajin masak sendiri la ya. dok kat france tu terpaksa la belajar kan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs