Entah kenapa lepas balik dari KL ni memang moody sungguh rasanya. Fizikal terasa letih, mental terasa hambar... entah apa la yang tak kena ni. Something wrong somewhere omputih kata.
Kalau kat pejabat:
Menghadap pc - menaip - merewang di Internet cari bahan/maklumat - periksa surat-surat masuk, balas mana yang patut - update blog Zahra', baca buku untuk review - menelefon jika ada yang perlu - round2 dalam Zahra' tengok pengunjung - sembang2 kejap dengan kawan2 sekerja - tengok tajuk2 berita dalam akhbar - menghadap pc
Kalau kat rumah:
Menghadap laptop - blogging, blog hopping, online bisnes - baca buku - termenung - baca buku - baring2 - main dengan anak2 buah - makan2 - laptop lagi - merayap ke blog orang lagi - termenung - baca buku - tido
Lebih kurang macam tu lah dua tiga hari ni.
Ada sesapa ada formula nak bagi naik semangat semula tak? Nak senyum pun jadi tak larat. Tapi senyum juga... bukan tak senyum... senyum kat orang2 yang patut kakchik senyum la kan macam Cik Abe, ahli keluarga, kawan2 pejabat, pengunjung Zahra', pelanggan kat MariBaca... dan kalian juga.
Sindrom apa ya?
KakChik nak rasa macam ni:
Ceria & bersemangat!
Perkongsian : Hujan
8 years ago
Salam kakchik... sebenarnya apa yang kakchik alami tu perkara biasa ;) - penat mental dan fizikal semasa di KL :) Berehat dengan cukup, insyaallah akan pulih sperti biasa :)
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteBiasalah kak chik...kadangkala kita ceria terkadang berduka..apapun, cuba try lakukan exercise pula..amcam?
Kena berehat tu chik..jangan paksa diri buat kerja dalam keadaan yang letih...
ReplyDeleteBiasa la tu kak chik, emosi kita ni kadang2 ok..kadang2 tunggang terbalik jugak. Tenangkan diri...rehatkan minda dan badan... buat perkara yg kita suka buat, bukan yg kita rasa terpaksa buat...jgn pikir bukan2, insyaAllah nanti akan kembali normal :).
ReplyDeletesangat setuju dengan umi
ReplyDeletekak chik penat fizikal n mental
amik masa dua hari tidur dengan cukup.. rehatkan minda daripada memikirkan soal kerja..
insya-allah akan kembali pulih
tubuh ibarat kenderaan yang perlu diservis sekali sekala..
sya rasa kak chik terlalu letih..
sya pernah berkeadaan sedemikian
diharap dapat membantu
Slm Chik...
ReplyDeleteada sesuatu yg mengganggu fikiran kot...ada sesuatu yg Chik asyik fikirkan agaknya. Kurang rehat, kurang tidur.....
so rehat secukupnya, jangan fikir terlalu byk, berdoa, or maybe buku La Tahzan boleh membantu....
I think, sindrom nak dpt baby... :)
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Kak E. Betul ke kak? Jarang dapat rasa macam ni tu yang haru sikit. Cuba juga berehat macam tido awal dan kurangkan Internet, kesan tu sikit je. Trm ksh ya kak e, nasihatkan kakchik ni.
ReplyDeleteWkslm Ibnurashidi,
ReplyDeleteTrm ksh, bagus juga cadangan tu sebab dah lama juga tak bersenam ni. Sejak exam sampai hari ni sekali pun tak senaman.
Kak Tirana, insya-Allah sedang cuba kak. Terima kasih.
ReplyDeleteTerima kasih kin. Hari ni kakchik dah rasa ok sikit, pagi ni lah. Harap2 petang nanti pun still ok. Kat pejabat ni terpaksa juga buat benda2 yg 'terpaksa' kerana 3 staf tak sihat, sorang cuti dan tinggal kami berdua je. Harap2 dengan sibuk ni kakchik lupa sekejap dengan 'kelesuan' ni.
ReplyDeleteAgaknya betul la apa yang Masayu kata tu. Insya-Allah kakchik berusaha mengatasinya. Terima kasih ya dik.
ReplyDeleteWkslm kmilla. Mungkin juga kak. Chik pun planning nak baca buku tu sekali lagi. Skrg masih dok baca buku How Starbucks Saved My Life. Malam nanti Chik baca La Tahzan. Trm ksh kmilla.
ReplyDeleteIntan memang pandai buat kakchik tersenyum. Kalau betul, kakchik memang amat gembira Intan. Wallahu'alam belum nampak tanda2 lagi tu.
ReplyDeletePenat tu kak Chik. Kena rehat, kena senam sikit2....hehehe...Cam ummi, sejak 3 bulan kebelakangan nie...merasai apa yg kak Chik rasa. Memang lately nie ummi banyak sangat kerja. Kat office, kat kedai & kat rumah. Sib baik en. abg sudi membantu! huhuhu...
ReplyDeleteBiasalah kak chik..camtu..tapi saya rasa baik kak chik baca Quranic Law of Attraction drpd La Tahzan..mungkin kak chik dah baca La Tahzan bnyk kali kan? apa kata baca buku tu plak..mesti mood kak chik berubah..insyaallah..
ReplyDeleteUmmi, tak sempat nak bersenam la skrg ni. Ingat nak mula balik sebab dah 2 bulan rehat. Itulah kita ni bila byk t/jwb adalah ms yg jd mcm ni kan. Tapi hari ni dah byk oknya.
ReplyDeleteaJa, bagus juga cadangan tu. buku pun memang dah ada cuma tak sampai giliran lagi nak dibaca. sekali imbas memang best je nampaknya. insya-Allah kakchik akan baca tapi malam ni nak belek La Tahzan sekali lagi.
ReplyDelete