Followers

16.5.09

Nak Makan Apa Ya?

Biarlah sapa-sapa nak kata apa pun, hari ni kakchik nak letak dua gambar ni kat sini. Sebenarnya ni lauk makan tengahari semalam. Hari ni kakchik keje jadi makan hari ni order dari restoran. Boleh la... tak sama dengan masakan Ummi.

Semalam kakchik makan sebelum Jumaat dengan Chenah jadi kakchik tak berpeluang makan SOLOK LADA ni sebab Ummi buat solok ni lepas Zohor. Tapi baunya.... mmm menggoda sungguh! Tengok ajelah Ayah dengan Cik Abe makan. Terliur... tapi selera dah tak ada masa tu. Hidu bau pun cukuplah.


Yang banyak kakchik makan ialah SAYUR AIR ni:

Sayur air pun sedap sama ada dimakan dengan nasi atau pun begitu saja. Selalunya kat rumah masak sayur air kami tambah bihun sikit. Hai.. dihirup sruup, sruuup... nikmatnya. Satu mangkuk kadang-kadang rasa tak cukup. Tapi 'makanlah kamu ketika lapar dan berhentilah sebelum kenyang' kan?

13 comments:

  1. salam kak chik...sayur air tu klu letak mihun mmg sedapkan..yan mmg suka..klu pedas2 lg best..

    ReplyDelete
  2. wkslm yan. memang sayur tu kena pedas yan, kalau tak takde UMPH! tapi kesian, budak2 takleh makan la pulak, org tua je dok melantak.

    ReplyDelete
  3. salam... sedapnya solok lado tu :P

    tumis air sayur tu, makan camtu pun best!

    ReplyDelete
  4. Salam
    Teringat time bulan puasa hari tu
    teringin nak makan nasi kerabu yg djual kat pasar ramadhan satok
    terkedu kejap tengok solok ladanya
    singgit satu
    beli jelah, tak beli, kang kempunan
    tp mmg tak leh lawan yg mak n nenek buat
    yum2

    ReplyDelete
  5. saya suka solok lada tu la k chik, baru je blaja buat sendiri :).

    ReplyDelete
  6. kak e, masa kak e dtg tu takde solok tu kan, kalau tak boleh la makan. ingat tak kakchik beli banyak lada masa kat pasar siti khadijah, haaa dah jadi solok dah. sayur air tu mmg sedap makan saja pun.

    ReplyDelete
  7. Wkslm zamani,
    Masha-Allah MAHALnya solok lada! Mmg patut terkedu pun, kalau kakchik mmg tak beli dah, rela tak makan, hehehe lain la kalau mengidam.

    p/s: lupa... selamat hari guru ya zam

    ReplyDelete
  8. baguslah kin, belajar buat sendiri lagi bagus. pandai je kakchik cakap kat kin, kakchik pun tak pandai juga tapi takmo belajar, pemalas betul

    ReplyDelete
  9. sdak solok lado tuh..ermm yamm..nk wat x reti hik hik

    ReplyDelete
  10. kakchik..sdap sggh napok solok lada+sayur air...kalu hirup wahhhhh sodap sggguhhh...

    ReplyDelete
  11. eriey pun suka makan solok juga, kchik rasa resepi solok ni ada dlm MyResipi, cubalah cari.

    ReplyDelete
  12. Lily, hok mok buat sumo sedak, hehehe

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs