Followers

29.5.09

Balasan Untuk Mesej di Shoutmix

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua... kakchik bersiaran lewat hari ni sebab baru balik dari pasar dan pagi tadi sibuk melayan kerenah budak-budak yang ditinggalkan ibu (adik kakchik on call) dan berpesan-pesan kat staf kakchik di gerai buku. Sekarang baru boleh duduk di meja dan melihat-lihat blog barang sebentar. Sat lagi nak balik ke dapur tolong Ummi siapkan makanan tengahari. Cik Abe pun masih di sekolah, katanya ada banyak kerja. Mungkin nak uruskan kertas-kertas exam anak-anak muridnya sebelum cuti sekolah.

Ok, apa yang kakchik nak cerita sebenarnya ialah pasal SHOUTMIX box kakchik yang dah 2 hari tak mahu keluar. Asyik kena refresh, lepas tu bila dia keluar, tak boleh pulak nak menulis balasan untuk mesej teman-teman. Entah apa masalahnya tapi nampaknya dah ok dah tu...


Untuk membalas semua mesej yang tertunggak tu, kakchik balas kat sinilah ya. Harap kawan-kawan yang telah meninggalkan mesej boleh membaca jawapannya di bawah. Jom kita tengok:

# muja "salam k.cik..smoge shat2 slalu.."
Details 2009-05-29 11:18 AM
WA'ALAIKUMMUSSALAM DIK MUJA. TERIMA KASIH. MOGA ALLAH MAKBULKAN DOA MUJA TU.

# ummi Hanie "Salam ziarah..Assalamualaikum"
Details 2009-05-29 9:48 AM
WA'ALAIKUMMUSSALAM UMMI HANIE.

# kakasma "salam pagi jumaat yg berkah...bila tayang pizza tu dh beransur sihatkan kakchik.."
Details 2009-05-29 7:18 AM
WA'ALAIKUMMUSSALAM KAKASMA. HEHEHE... ACTUALLY KAK BADAN NI RASA MACAM SIHAT MACAM BIASA CUMA HIDUNG JE YANG MASIH DI TAHAP TAK SIHAT. SELSEMA NI MEMANG SUSAH NAK BERENTI KAN.

# inahar ali "waaahh..besonye pizza..nak sepotong!!:drool:"
Details 2009-05-28 10:43 PM
INAHAR, DAH TERLAMBAT LA... NEXT TIME LA YA. KAKCHIK PEKENA SEPOTONG JE, TAK MAKAN NASI TGH & MALAM SB TERLALU KENYANG.

# farah "piza..piza...sdpnye...nape k.chik tk wt sndrik..k.chik ngidam ke tu..hihii"
Details 2009-05-28 9:26 PM
FARAH, KALAU IKUT HATI MMG LEBIH SUKA BUAT SENDIRI TAPI SEJAK BAHU KAKCHIK SAKIT NI, SUSAH SIKIT NAK ULI DOH. TU YANG BELI TU... NGIDAM...??? TAK LA KOT :)

# Noorma "Ingatkan kakchik yg buat piza tu..beli rupanyer..sini pun ada zan pizza tu, kat pasar malam, kami panggil piza tarzan , he,he.. :)"
Details 2009-05-28 8:08 PM
AWAT JADI PIZA TARZAN? DIA BOLEH TERBANG KE? HEHEHE... NAK BUAT SENDIRI KENA TUNGGU BAHU BETUL2 SIHAT LA.

# hana "hihihi.... mati2 kita igt kakchik dh kembali mem'pizza'! hehehe..."
Details 2009-05-28 7:25 PM
HAHAHA... ADA JUGA ORANG YANG TERKENA :D SAJA JE NAK CERIAKAN HARI HANA TU.

# iza "salam kakchik syg..lama iza tak jenguk sini..moga ceria2 sokmo kakchik deh.."
Details 2009-05-28 11:58 AM
WA'ALAIKUMMUSSALAM IZA. KAKCHIK PUN DAH SEMINGGU RASANYA TAK ZIARAH IZA. MOGA KITA SAMA2 CERIA SOKMO :)


# Tukang Cerita "Salam kak chik...sy dh jawab tag... :)"
Details 2009-05-27 11:20 PM
WA'ALAIKUMMUSSALAM TC. TIMA KASIH BANYAK. SEMALAM KAKCHIK DAH PUN MEMBACANYA. ADA PERSAMAAN LA KITA.

# kak e "salam kakchik... dah sihat ke tu..."
Details 2009-05-27 6:32 PM
WA'ALAIKUMMUSSALAM KAK E. MASIH LAGI SELSEMA... YG LAIN-LAIN ALHAMDULILLAH.

# fiza nordin "salam k chik...semoga kak chik sihat & ceria.lame x mai sini..."
Details 2009-05-27 4:12 PM
WA'ALAIKUMMUSSALAM FIZA. TRM KSH... AMIIN. LAMA TAK DTG TU TENTU SIBUK MENULIS TU.

# farah "salam k.chik..lame tk dtg sini..baru ade n3 baru k.chik..wndu jgk..amacam skrg dh strt alahan ke k.chik"
Details 2009-05-27 12:02 PM
WA'ALAIKUMMUSSALAM FARAH. KAKCHIK BLM SEMPAT LG NAK JALAN2 KE SEMUA BLOG KWN2. SIBUK YA AMAT SKRG NI. DGN PESTA BUKUNYA, MITING LA, MABUK LA, TUTORIAL LA, DAN PERSIAPAN NAK KE KL MINGGU DEPAN.

# Ahliahnizam "Salam Ziarah, Salam Taaruf :)"
Details 2009-05-27 8:47 AM
WA'ALAIKUMMUSSALAM AHLIAHNIZAM. SELAMAT BERKENALAN.

# emrullah "salam ziarah..kakchik, mintak tlg tlg bg idea utk nama library rumah anak yatim di sini link"
Details 2009-05-27 12:19 AM
WA'ALAIKUMMUSSALAM AZIZI. KAKCHIK DAH BACA KOMEN ADIK2 YG LAIN TU, PUAS DOK FIKIR TAK DTG JG IDEANYA. MGKN SB SKRG TGH SIBUK, OTAK PUN DAH BERKARAT SIKIT BAB MENCARI IDEA YG BAGUS. SO... MAAFKAN KAKCHIK YA. SEMOGA BERJAYA MISI DI ACHEH TU.
Itulah dia kesemua mesej yang telah tertunggak sejak 27hb. lagi. HARAP MAAFkan kakchik ya sebab terlalu lambat membalasnya.



Ok, nak jalan-jalan kejap. Ziarah beberapa 'rumah' yang sempat. Sat lagi nak ke tapak pesta buku pulak. Chow!

6 comments:

  1. Bagus betul Kak Chik ni..saya kdg2 wat tak tahu je kat shout mix tu. kecuali ada soalan khas barulah saya rajin menjwb.itupun pergi jwb ke rumah mereka sndiri. (^_^)

    Salam hari Jumaat Kak Chik.

    ReplyDelete
  2. Memang kekadang Shoutmix ada problem..sbb tu kak tirana suka tinggal msg kat komen aje..

    ReplyDelete
  3. hahaaa...
    kelakar lah kak chik ni...
    bleh yer wat n3 cenggini?
    :)

    ReplyDelete
  4. Emy, kakchik ni kalau yg mmg kawan2 yg tulis atau org baru yg tinggalkan dgn url/emailnya, insya-Allah kakchik balas. Yg jenis suka spam org tu mcm psd-tutorial atau apa2 mesej yg tiada salam & asyik tinggal ayat2 menggoda tu, kadang kakchik ban, kadang delete & mmg tak layan.

    ReplyDelete
  5. Kak Tirana, Chik pun lebih kurang gitu juga kecuali bila tak sempat nak baca habis entri terkini & just nak tanya khabar, barulah tinggal di shoutbox.

    ReplyDelete
  6. TC, kelakar ek macam tu? Buat entri senang, sekali harung jawab. Kalau dlm shoutmix tu kena tkn SHOUT one by one.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs