Assalamualaikum teman-teman semua. Semoga di waktu petang ni kita semua masih lagi dalam keadaan sihat dan bersemangat untuk meneruskan amanah masing-masing.
Terlebih dulu kakchik ucapkan ribuan terima kasih kepada teman-teman yang begitu mengambil berat akan keadaan diri kakchik yang akhir-akhir ni emo sikit. Insya-Allah nasihat kalian semua kakchik terima dengan baik dan sedang cuba melakukan mana yang patut untuk mengatasi masalah kelesuan tu. Insya-Allah hari ni keadaan kakchik rasanya makin baik. Dalam situasi ramai staf yang tak sihat ni, kakchik leka dengan kerja jadi takde lah nak termenung sangat. Kira ok lah kan dari dok je dalam ofis menghadap report.
Ok, kali ni nak cite pasal Nana sikit. Ini anak buah kakchik yang umur 4 tahun, anak kedua adik kakchik Dr. Azila. Yang ni sorang memang suka betul bertandang ke bilik kakchik. Selalunya ayat yang keluar dari mulut mongel dia tu ialah, "ChikJa... nak main belog." hehehe... belog tu blok la yang kanak-kanak prasekolah buat main untuk kognitif diorang.
Petang, bila kakchik ada kat rumah, dia nampak je kakchik senang sikit dan pintu bilik ternganga, mesti dia datang dan keluarlah ayat tu... dengan muka manjanya. Ala... kesian betul tengok. Kalau dalam letih pun tak jadi nak kata tak boleh. Tengok tu... tersengih je bila dapat main dengan blok.
Malam pun sama juga. Selalunya kalau malam Nana dengan Kakak akan datang nak main sama-sama. Nasib baik ada 2 set blok, kalau tak mesti nak gaduhnya. Kakchik hari tu beli 2 set blok ni untuk melengkapkan bahan bantu pengajaran untuk kursus diploma kakchik. Tapi nampaknya diorang lah yang merasmikannya.
Petang ni mungkin ayat tu akan kedengaran lagi sebab pagi tadi dia nak main tapi kakchik tak sempat nak layan sebab dah nak ke pejabat. Kesian sungguh!
Salam kakchik,
ReplyDeleteBagus main blok tu, Kak tie pun suka main. Dulu beli untuk anak. Cuma tak tahannya berserak yang lebih, hihi...
hehehe...Budak2 memang suka main belok nie kan... Teringat masa ummi budak2..Kalo gi bilik kaunseling berebut2 dengan kawan nak main benda nie...hehehe...
ReplyDeletealalala..~
ReplyDeletecutenya budak2 kecik ni..
:)
penat pun jadi tak penat bila tengok gelagat diaorg ni..
Wkslm Kak Tie,
ReplyDeleteHehehe kak tie pun main blok juga ke?
Budak2 ni kalau kakchik tak pantau memang mudah nak sepahkan tapi selalu kakchik ingatkan selepas main, kemas balik dan alhamdulillah nampaknya menjadi.
Ummi, memang blok ni bagus sangat untuk perkembangan otak, fizikal dan emosi. Ada macam2 saiz ni cuma Nana suka yang warna-warni tu. Kakaknya suka yang satu lagi, jenis plain wooden block. Zaman kakchik budak2 dulu tak ingat pernah main ke tidak benda ni, maklum la sek kg.
ReplyDeleteiza, memang budak2 ni jadi penyejuk mata. walau pun diorang kekadang nakal tapi masih lagi kita suka kan.
ReplyDelete