Followers

13.5.09

Mengantuknya...



Alahai... belum pun pukul 1 petang tapi mata ni dah sangat-sangat la mengantuknya. Asyik menguap dari pukul 10 lagi. Nak kata gara-gara makan nasi lemak tak boleh sebab nasi lemak baru je makan 12.30 tadi. Air Vico pun kakchik minum lepas makan nasi.



Dari tadi dok cek Penyata Akaun Zahra' tak selesai pun sebab terpaksa melayan menguap ni. Kalau ikut hati rasa nak je ambil bantal kecik tu, buka sejadah, kakchik baring je kat atas tu. Tapi risau la pulak ada sesapa datang nak jumpa, ha terkejut nanti nampak Pn. Pengurus dok tergolek kat atas lantai.

Menguap lagi! Nasib baik sempat tutup mulut. Kalau tak, isyk, tak senonoh betul lagaknya. Lagipun takut Syaitan masuk, ah, sudah... makin la liat nak buat amal ibadah nanti.

Ah, lega... dah pukul 1, nak rehat la dulu, tido barang sebentar sebelum solat Zohor. Harap-harap lepas solat nanti badan kembali segar untuk teruskan keje-keje hari ni.

5 comments:

  1. hehehe Chik..kalau dapat tidur sedapnya tu...Semalam tak cukup tidur kot.

    ReplyDelete
  2. salam kak chik...

    memang ler kan klu dh mengantuk sgt nie rasa cam mls nk buat keje..

    adeh..nasi lemak..dapnyer..nyum2..tang sambal tu x tahan nk tgk..ehehe

    hehehe...simptom2 gini pun mmg biasa klu time..tut..tut...ihik..kak chik fhmkan maksud yan??

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Semoga yang dihajat di hati menjadi realiti, insyaAllah. Kakchik perlulah lebih berhati-hati mulai sekarang, jaga kesihatan, pantang makan, k. Kak aliya turut doakan

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Haa..cerita pasal tido..kat mesir lagi sedap tido. tambah2 dekat exam lgilah byk ujian tido.

    ReplyDelete
  5. kak tirana, semalam dpt la lelap dlm 10 min ms rehat, lega sungguh, malam tido cukup, hehehe

    wa'alaikummussalam yan, sampai ke sudah tak siap keje kakchik tu, nasib baik yg akaun tu selesai. betul la tu kot, hehehe.

    wa'alaikummussalam kak aliya, amiin. insya-Allah nak cuba praktikkan semua yg teman2 nasihatkan. nak jaga baik2.

    wa'alaikummussalam ibnurashidi, mmg syaitan suka kacau bila kita nak exam tambah2 kalau yg kita belajar tu hal2 berkaitan agama. kena cari formula tu nak elakkan mengantuk yg amat. semoga exam lulus cemerlang ya.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails