Followers

20.5.09

Snek

Antara perancangan dalam perjalanan balik petang ni ialah:

1. Nak beli jagung rebus atau jagung stim RM1 satu, RM5 dapat 6.

2. Jagung bakar pun ok jugak.

3. Nak beli sebungkus Snek Ku, yang kat ofis masih banyak lagi sebab kakchik makan tak banyak sangat, masin. Nak beli untuk bekalan di rumah.

4. Nak makan keropok lekor yang kat kedai SEDAP SENGOTI tu.

Apa lagi ya? Mmmm....

Oh, lupa... tadi kakchik ke MPKB ada urusan pasal CF bangunan Zahra' ni. Tak selesai lagi la... CC Jabatan Pembangunan kata, "nanti kita siasat."

Lepas MPKB, ingat nak singgah di MARA tapi dah waktu rehat. Selalunya Bahagian Pembiayaan tutup hingga pukul 2. Tak jadilah.

Singgah pula kat tempat menempah rubber stamp - tempah satu Zahra' punya dan satu MariBaca. Lepas tu tempah 200 kad bisnes MariBaca dan 100 kad Zahra'.

Mmm... bila nak naik kereta, ternampak la satu kedai tudung, DINIE AMUDI ENTERPRISE - tengah ada SALE. Apa lagi, hehehe tengoklah kejap. Memang ada niat nak belikan beberapa helai tudung 60" untuk hadiah kat sorang kenalan di Scotland. Mak ai! Murahnya... Sehelai boleh dapat RM9 je!! Selalunya tudung yang sama kakchik beli dengan harga RM15. Borong 5 helai boleh la diskaun sikit lagi.

Dah selesai, 12 lebih balik semula ke Zahra'. Sampai ofis, makan kuih bika sepotong, minum 3/4 botol air mineral 500ml, makan snek ku sikit dan solat Zohor.

Sekarang dok cari artikel pasal Muhammad Iqbal, penyair Pakistan. Kejap lagi nak solat Asar, keluar ke Lobi tengok-tengok pengunjung dan sedia nak BALIK.



14 comments:

  1. tengok snek ku teringat DQ tu la peneman saya time mengaji.....kat sabah tak de huhuhu....

    ReplyDelete
  2. name kedai pon sedap sengoti, msti kopok die pon sdp kan..hehe..kat tganu skang da ssh nak cari kopok lekor yg sdp, sbb musim ikan x byk..certain tmpt je ade..

    ReplyDelete
  3. normi, tak sangka org menghafaz pun makan snekku, huhu... mmg sedap kan snek ni. macam biskut tapi bukan biskut

    ReplyDelete
  4. zara, actually dia ada sambungan tu KEROPOK LEKOR TEGANU, SEDAP SENGOTI. yang kakchik beli tu ikannya banyaklah juga, sos pun sedap macam yg di losong tu

    ReplyDelete
  5. salam kak chik...aduhai sedapnya keropok lekor..nanti klu gi ke sana bolehlah makan puas-puas..

    ReplyDelete
  6. salam kakchik... kak e pun suka Snek Ku tu ;)

    ReplyDelete
  7. wkslm kak ina. boleh kak... kalau ada kesempatan boleh je kita gi cari lekor kat situ.

    wkslm kak e. hoho, tak sangka kak e pun suka snek ku.

    ReplyDelete
  8. RM9 kak chik? Wahhh!!!! Nak juga.

    ReplyDelete
  9. BETUL Suri.... kalau nak kchik blh tlg belikan, berapa helai?

    ReplyDelete
  10. huih dh lma xmkn kopok lekor.. ni la nk dtg ganu, klate pn ok gak.. hi2..

    ReplyDelete
  11. Kakchik sedap sengoti ko kopok lekor tuh?paling memikat ati lily jagung bakar tuh..fuuhhhh sedapnye..

    ReplyDelete
  12. awra, skrg ni dah byk org jual kepok lekor cuma nak cari yg sedap tu yg kena pilih betul2

    ReplyDelete
  13. Kak Chik,

    Kat mana kedai keropok lekor sedap sengoti tu? Kat Qlate pun tak banyak kedai keropok hok sedap sengoti. Kena cari nih..

    ReplyDelete
  14. Samudera Tinta, kedai Sedap Sengoti ni di Jalan Bayam dekat nak sampai cabang ke SK Sultan Ismail IV.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails