Assalamualaikum semua.
Rasa semacam je selepas tak update blog sehari. Macam kehilangan sesuatu je... Semalam, seharian dok terfikir kenapa tak boleh nak menulis apa pun. Asyik buka blog masuk dashboard tapi tak boleh nak tulis apa-apa. Kematian idea jadinya.
Masuk kerja, suasana muram je... beberapa staf tak sihat dan ada yang MC. Kesian pula... ingatkan diorang cuti panjang dapat berseronok bersama keluarga rupanya diserang deman dan macam-macam. Kakchik pun masih lagi tak hilang letih balik dari perjalanan jauh. Sebu rasa satu badan, mood pun jadi mendatar.
Hari ni pun lebih kurang jugak.
Ada kerja yang perlu diselesaikan hari ni tapi dibuat dalam keadaan macam separa sedar je. Tengok kat luar, nampak awan pun bercampur-campur putih dengan kelabu, macam tau-tau je perasaan kakchik waktu ni.
Tak semena-mena rasa emo pulak. Isyk hati pompuan ni... takde sebab nak emo tapi boleh jadi emo dengan hanya tengok cuaca di luar. Astaghfirullahal aziim. Ni semua mainan syaitan yang tak mahu kakchik concentrate dengan kerja.
Jadi... cuba hilangkan rasa tak sedap ni dengan hadiah dari teman ni. Cantik kan hadiah dari iza ni. Menceriakan sedikit hari kakchik. Terima kasih iza. Baru hari ni kakchik letak dalam blog.
Mmmm... nak sambung keje.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
salam kakchik :)
ReplyDeletemacam2 kan hati perempuan ni..
kdg2 boleh jd emo tanpa sebab..dan kdg2, bnda kecil pun boleh dibawa bersarang sedih dlm hati..
moga suasana ni tak berlanjutan pada kakchik..
terima kasih ye kakchik..sudi gantung award iza yang tak seberapa ni..
chantekknyerr hadiah teww..
ReplyDeletewkslm iza, begitulah dik. emosi kita ni memang mudah juga terumbang-ambing. tambah2 kalau tak dapat solat, mulalah rasa tak selesa. insya-Allah kakchik sdg mencari formula untuk ceria semula ni.
ReplyDeleteyginsaf, pemberian orang mmg cantik.
ReplyDelete