Assalamualaikum semua.
Kakchik keletihan sikit hari ni dan ambik cuti atas beberapa sebab. Ni kira tulis entri yang nak cepat siap, buat dalam bentuk diari. Kalau rajin nak baca silakan.
11 Mei - melayan kerenah mereka. Berduyun di depan pintu bilik untuk masuk bermain. Masing-masing sibuk nak tayang beg sekolah. Nan dengan beg barunya, yang lelaki 3 orang tu entah apa yang diorang sembangkan.

11 Mei - Kakchik ambik cuti sebab kepala sakit dan kesian melihat ummi yang terpaksa melayan kerenah anak-anak sedara kakchik yang macam-macam. Ada yang tak sihat, ada yang asyik nak bermanja dengan TokMek je dan ada juga yang ibunya di hospital. 6 orang semuanya. Nasib baik Ameerah ke tadika kalau tidak, TokMek tu hak dia seorang.
Aqim dan Aqif anak kakak yang baru keguguran. Ini bawah tanggungjawab kakchik sebab diorang takde bibik. Dua beradik yang tak boleh duduk dekat mesti ada yang menangis nanti.
Dan hari ni si comel Amni pula tidak sihat. Kakchik tidurkan dia sambil dengar nasyid Opick. Kesian dia, tak bermaya saja dan lebih banyak tidur. Tapi bila dia jaga dia pun aktif bergerak juga. Susah nak lekat atas riba.
10 Mei - pagi2 sebelum ke pejabat kakchik peluk ummi dan cium pipi dia, ucapkan selamat hari ibu dan tergesa-gesa ke pejabat dengan wajah ummi yang tersenyum terkejut. hehehe. Lambat kakchik ke pejabat sebab masih keletihan melayan kerenah anak-anak sedara yang berjauhan dengan ibu mereka yang dimasukkan ke wad kerana keguguran.
Pukul 4 lebih kakchik ke wad mawar untuk mengambil kakak kakchik, chenah tapi terpaksa ditangguhkan sebab doktor masih belum mencuci rahim beliau. Sejam duduk di wad menemankan dia sebab dalam wad tu hanya dia berdua dengan seorang makcik yang baru lepas pembedahan mengeluarkan fibroid dalam rahim beliau. Chenah ni dalam sakit pun masih lagi boleh ketawa bila dengar celoteh kakchik.

9 Mei - MariBaca ditutup kerana kami membuka gerai di tempat muktamar. Kecil saja ruangnya dan sambutan pula tidaklah begitu menggalakkan. Apapun alhamdulillah dengan hasil yang berjaya diperolehi.
9 Mei - bertugas untuk kerja-kerja ICT bagi muktamar muslimat negeri, letih tapi menyeronokkan. Dari 8 pagi hingga 5 petang. Sakit dan lenguh satu badan turun- naik dewan yang begitu besar dan luas.
baju yg kak chik pakai tu baju seragam muktamar kat putik dulu tu kan? Kami baru sempat pakai semula masa hi-tea wanita pakatan rakyat tempohari. :)
ReplyDeleteha'ah suri, mmg baju tu lah tu...nanti gi s.alam kakchik bawa baju tu sekali.
ReplyDeletetelatah budak kecil..semua benda baru yg dpr nak cerita kat smeua org hihihi...mcm anak2 saya keluar je dr kelas tak sabar bercerita itu ini...bagi surat dr cikgu kalau ada...tak semapat nak sampai ke rumah...semua lak mcm tu...hihihi.
ReplyDeletesaya pernah gak gugur kandungan pertama dulu...sedih teramat...lama nak cari balik kekuatan...
Aish, comel-comel adik-adik kecil itu semua. tengoklah tu, bawa easy bag semua masing2. Lucu-lucu...
ReplyDeleteSeronok tgk budak kecil, penceria suasana.
kesiannya Adik Amni, demam ke kak chik? lena tidurnya tu...
Semoga kakak kak chik cepat sembuhnya dan cepat pulang, InsyaAllah...
Banyk buku2 tu, aish terliur saya...
Wah, kak chik memang ada gaya wartawan yang sedang mendapatkan berita2 dari timur tengah, eheh...
Tumpang simpati atas apa yg berlaku pd Adik Kak Chik..
ReplyDeletesemoga cepat sembuh..
salam kak chik..alololo..mesti kak chik letihkan..apa pun moga cepat sembuh buat kakak kak chik yea..
ReplyDeleteSuzi, he3 tentu lebih seronok kalau yang lucu2 ni anak2 sendiri. Ujian keguguran ni memang cukup memilukan terutama bila anak pertama. Tapi bagi sesiapa pun yang mengharapkan anak itu membesar dgn selamat tapi sebaliknya, mmg memilukan.
ReplyDeleteBalqis, anak2 sedara kakchik ni memang taraf adik2 Balqis semuanya. Diorang ni memang penyeri hidup kami sekeluarga. Anak adik atau kakak, macam anak kakchik juga.
ReplyDeleteKakak dah pulang semalam dgn wajah ceria, dia tabah.
Buku byk tu taknak ke order? hehehe.
Kadang2 mmg kakchik jadi wartawan juga, wartawan celup.
Terima kasih zureen. Yang keguguran tu kakak sebenarnya, adik dah 7 bulan mengandung.
ReplyDeleteWkslm Yan, memang letih yang amat Yan tapi hati kakchik gembira melayan mereka. Kakak dah nampak ok, dia dah boleh turun naik tangga ke dapur.
ReplyDelete