Assalamualaikum & selamat rehat tengahari semua.
Sedang makan atau baru selesai solat Zohor? Moga-moga teman-teman semua sedang seronok menikmati makan tengahari atau pun berehat barang beberapa minit sebelum menyambung kerja. Sekarang ni waktu rehat kakchik jadi dok blogwalking la ni. Tengok macam-macam terutamanya masakan di rumah teman-teman yang memang semuanya nampak sedap dan menggoda nafsu lapar kakchik.
Kakchik makan juga tapi makan kuih je. Cukup la tu untuk tengahari ni.
Oh, sebenarnya hati kakchik ni tak sedap rasa sangat sebab hari ni tinggalkan Ummi dengan 3 orang anak sedara kat rumah tu. Pagi tadi kakchik hantarkan Bibik Aisyah ke airport sebab dia nak balik ke Medan melawat ibunya yang sedang sakit. 10 hari dia akan di sana bermakna dalam tempoh tu Ummi lah orang yang paling susah.
Tengoklah keadaan anak-anak sedara kakchik di rumah. Ummi dah la makin tua dan selalu sakit-sakit tapi terpaksa pulak menolong adik dan kakak kakchik menjaga anak-anak mereka. Bukan tak boleh hantar ke nurseri tapi budak-budak ni memang tak mahu kecuali yang dah tadika tu.
Ketiadaan Bibik Aisyah yang agak cekap memang akan menambah bebanan Ummi. Hari ni adik kakchik yang doktor tu ada kes ceasarean dan oncall, tak dapat nak tinggalkan kes sebab tu kakchik yang tolong hantarkan bibik. Adik ipar pulak orang penting tentera yang terpaksa berulang-alik dari rumah, kem dan hospital. Dia sibuk dengan urusan rasmi yang melibatkan Sultan Kelantan yang sedang gering. al-Sultan tu Ketua Turus Artileri ke apa. Bahagian adik ipar la tu.
Bibik Seri ada... tapi dia tak cekap dan selalu menambahkan lagi beban Ummi walaupun dia suka nak menolong. Lagipun dia kena jaga Amni yang sekarang ni semakin lasak.
salam kak chik,
ReplyDeletebudak2 besar tu memang tengah lasak...lagi2 bila dah ramai...harap2 ummi kak chik okay je...
wkslm suzi, betul la suzi, tak terlayan kerenah mereka ni. semuanya umur 3 - 5 tahun, dah blh apply bukak tadika dah kot.
ReplyDeleterasanya tghri ni kakak ada balik kot tgk2 kan anak2nya (3 dari 7)
;D
ReplyDeletesalam kak chik... kesiannya ummi kakchik tu... tapi kak e yakin anak2 sedara kakchik semuanya baik2 dan dengar cakap :)
ReplyDeletewkslm kak e, harap2 pun gitulah kak e. budak2 ni lasak2 semuanya kecuali Ameerah yang sedang demam.
ReplyDeleteErm...
ReplyDeleteseronoknya lah jadi budak-budak.
tak fikir apa..
(er, maaf kak chik... komentar tiada kena mengena dengan entri)