Followers

25.5.09

Bila Tak Sihat, Kita Terlalu Sensitif

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam pagi ceria untuk semua.

Apa khabar teman-teman hari ni?

Moga semuanya lebih baik dan sihat berbanding kakchik sekarang ni. Alhamdulillah... kakchik dah tak demam sejak petang semalam mungkin dengan pengambilan madu, jagaan dan kasih-sayang cik abe... dan doa kalian menjadikan kakchik cepat sembuh dari demam. Cuma saki-baki demam je yang masih ada - selsema dan sakit-sakit badan. Terpaksa MC 2 hari.

Sebelum lupa, kakchik nak ucapkan TERIMA KASIH BANYAK kepada teman-teman yang sudi menziarahi kakchik yang sedang demam. Dalam keadaan demam selsema yang boleh berjangkit ni kawan-kawan masih juga datang. Hehehe terima kasih ya, semoga Allah beri ganjaran yang setimpal kepada kalian.

Bila badan tidak sihat ni yang mula-mula kakchik ingat ialah DOA kat Allah agar segerakan kakchik sembuh. Sakit memang membuatkan kita teringat banyaknya dosa-dosa sendiri dan sikitnya amalan-amalan soleh yang dibuat. Bimbang la jugak sekiranya sakit ni melarat dan membawa kepada kematian. TAKUTnya... sebab entah beribu bakul dosa yang kakchik pikul. Semua ni bermain di minda kakchik. Nak cerita kat cik abe pun dia TERAMAT la sibuk. Kakchik tak mahu tambah beban dia tambah-tambah kalau dia balik lambat. Tapi isteri ni kat suami juga yang diharapkan memahami perasaannya. Bercakap dengan orang lain tetap tak akan sama dengan bersembang kosong dengan suami.

Sehari dua duduk di rumah kerana MC kakchik rasa TERAMAT LA BOSANnya. Melayan kerenah anak-anak sedara boleh hilangkan sekejap tapi selebihnya terasa macam tak tahu nak buat apa. Sekali fikir, baik pergi ke pejabat je tapi tak larat la pulak nak pandu kereta. Ambil buku baca, tak dapat tumpu. Rasa tak selesa di sana-sini. Jangan la ada sesapa sentuh hal-hal peribadi, terasa nak menangis je. Walhal takde apa-apa pun yang perlu diterasa-hatikan (ada ke frasa macam ni?). Sekarang ni emosi kakchik amat-amat sensitif tapi kakchik cuba sembunyikan dari Ummi dan adik-beradik. Tak suka biarkan mereka pulak turut bersusah hati dengan keadaan kita.

24 jam sehari, terasa terlalu panjang bila tiada kerja yang nak dibuat. Sepanjang MC, kakchik basuh kain-baju dan cadar. Malam tadi kakchik gosok sebakul kain-baju sampai lenguh-lenguh lutut dan melipat banyak kain yang dibasuh siangnya. Semuanya nak hilangkan rasa bosan. Sambil tu kakchik dengar bacaan ayat-ayat suci al-Qur'an sebab air wudhu' kakchik sekarang ni mudah sangat terbatal. Angin banyak kot dalam perut.

Kakchik cuba banyakkan zikir dan berfikir positif. Kakchik buat kertas kerja, konon-konon rancangan untuk buka cawangan baru MariBaca khusus untuk sewa buku sahaja. Tapi masa yang ada terasa terlalu banyak. Nak duduk lama-lama depan laptop macam biasa pun tak dapat sebab mudah sakit pinggang, jadi kakchik bersandar kat atas kerusi atau katil sambil baca buku atau majalah. Boringkan...

Sebenarnya di saat ini kakchik tak perlu sangat orang lain tapi orang yang tersayang tapi mana mungkin kakchik begitu manja sedangkan dia juga memegang amanah dan mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Setiap kali teringatkan dia, kakchik akan doakan yang baik-baik kerana kakchik mahu dia diterima Allah sebagai seorang PEMIMPIN yang benar-benar bertanggungjawab, adil, jujur dan amanah.

Semoga Allah ampunkan dosa-dosanya dan semoga Allah ampunkan dosa-dosa kakchik. Siapalah kita di atas dunia ini melainkan hamba yang memikul AMANAH dari Allah SWT.

13 comments:

  1. Salam... kak doakan semoga kakchik akan cepat sembuh... banyakan berehat ya...

    * kak e faham apa yang kakchik rasakan sebab kak e kalau tak sihatpun rasa sepeti itu (serba serbi tak kena)

    ReplyDelete
  2. Sy dah berjangkit dgn kakchik huhuhu...

    ReplyDelete
  3. ha..sensitif ya...aja tahu kak chik
    sensitif sebab len tu...hik hik hik

    jangan marah ek kak chik, bawa2 minum air putih bebanyak..em jangan lupa air kelapa skali sebab aja dah dekat 2 minggu demam, batuk & selsema serta sakit sendi..dtg secara pakej! ni pun baru balek klinik...

    semoga kita cepat sembuh...

    ReplyDelete
  4. salam kakchik..moga kakchik cepat sembuh..banyakkan berehat ye kakchik..mmg mase gnila kte nk sgt dimanjai kan kakchik espcially dr org yg trsyg..lilypn pahm keaddan kakchik,,jgn lupe mkn ybat tau..take k ye kakchik

    ReplyDelete
  5. salam kak chik..

    semoga cepat sembuh yea..mmg macam tu keadaan klu dlm 1st stage nie. semuanya serba tak kena, benda kecik pun kita leh nangis2, bila fikir blk perangai kita yg sebenar bknnya cam tu..so jgn risau ok, semua itu pembawaan..

    apa pun jaga diri, makan, minum secukupnya dan rehat kena lebih. sayang kak chik!!

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam kak e. Terima kasih ya kerana memahami. Setakat hari ni je dapat rehat, esok pesta buku akan bermula.

    ReplyDelete
  7. intan, berjangkit yang mana satu tuuu?

    ReplyDelete
  8. terima kasih aJa. eheh mungkin la kot... insya-Allah banyak juga minum air putih ni. semalam adik ipar belikan air kelapa, dapatlah minum sepuas hati. aJa pun jaga diri ya, segala ubat & antibiotik tu makan dgn tertib tau.

    ReplyDelete
  9. Wa'alaikummussalam Lily. Orang yang pernah melalui memang mudah memahami. Kadang terasa malu pulak dok cerita kat sini macam nak simpati orang je tapi kakchik terasa lega bila dapat luahkan kepada kawan-kawan.

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikummussalam Yan.
    Yan lagi banyak pengalaman berbanding kakchik dlm hal2 ni kan. Kakchik sedang belajar menyesuaikan diri. Bab nak berehat tu kakchik cuba sedaya mungkin w/pun esok pesta buku akan bermula dan rehat pun akan jadi teramat la sedikit. Moga-moga badan akan terus sihat.

    ReplyDelete
  11. salam kak chik...semuga cepat sembuh..tak kisahlan nak luahkan pada blog kita..apa kita kisah dgn org lain..ni kan rumah kita..org nak baca atau tidak..terpulanglah..

    ReplyDelete
  12. Kak chik,

    Mudah2an cpat sihat :)

    ReplyDelete
  13. salam kakchik... biasa la tu bila bdn tak sihat... memang normal awal2 ni... Sha dulu lagi teruk... insya Allah, nanti beransur ok la... waktu ni memang kita akan jadi extra extra sensitif... jaga hati selalu... take care...

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs