Followers

2.5.09

Buku-buku yang dibeli di MPH Warehouse Sale

Assalamualaikum sekali lagi. Hai... panasnya cuaca hari ni tambah-tambah letrik baru je padam. Berpanas sakan kat dalam bilik ni. Nasib baik ada broadband dapatlah update entri yang terbaru ni. Kakchik cuma nak kongsikan buku-buku yang kakchik beli di MPH tu.

Inilah 4 beg plastik yang berat yang kami angkut tu. Satu tu Goodies Bag yang dia bagi untuk pembelian melebihi RM200.


Inilah dia semua buku yang telah dibeli. Buku untuk bayi memang sikit kan.


Ini buku koleksi peribadi. Yang paling atas tu kakchik dah mula baca pagi tadi masa dok menunggu cik abe ambil di stesen bas. Setakat dibaca ni memang BEST...


Ini pula buku bayi sampel untuk dibuat order seterusnya dengan MPH. Selalunya kakchik beli sampel dulu lepas tu baru order banyak-banyak untuk jualan di MariBaca.


Novel-novel untuk koleksi buku sewa. Ada baru ada lama dan macam-macam genre. Please excuse gambar kulit novel-novel romance tu. Main borong je tu, malas nak tengok siapa penulisnya harapkan dapat harga murah je. Lepas ni baru sesi penapisan.


Dan inilah dia kandungan Goodies Bag. Ada selipar jepun yang warna biru paling atas kiri, majalah hiasan dalaman, buku nota, aksesori kanak-kanak (cukup untuk Ameerah, Amreena dan Iffah), 2 shades (tak payah la beli spek hitam hehehe) dan beberapa penanda buku. Boleh la...


Itulah dia hasil perjalanan jauh kakchik.

12 comments:

  1. salam kak chik...wah sonok yan tgk..borrong sakan tu..bak sini satu novel tu kak chik..ehehee

    ReplyDelete
  2. azizi, best bila sampai ke tempat je tp ms dlm perjalanan tu takde la best pun, letih je lebih. tak sempat nak beli ole2 pun, hehehe.

    tima kasih byk sb azizi ada keyakinan yg kakchik akan makin maju. Insya-Allah kakchik akan sentiasa berusaha mencapai impian sebenar.

    Azizi pun boleh.

    ReplyDelete
  3. wkslm yan. bab borong buku ni kakchik belum puas hati lagi tu. mgkn nanti akan ke KL lagi sb matlamat kali ni tak tercapai sepenuhnya. yan nak novel yg mana satu? pinjam blh la.

    ReplyDelete
  4. salam kakcik
    kaknik tang novel2 tu terliurnya tengok.. lama dah tak berkunjung book centre di central market..sbb asyik duk layan novel melayu je..
    ingat lepas ni kena wat tour lar situ.

    ReplyDelete
  5. wkslm kaknik.
    dah tau dah kaknik mmg minat novel. org keje mcm kaknik mmg byk membaca kan. kakchik pun tak gi ke central market tu tapi pegi ke gudang mph di pj. hr hntr mesej kat kaknik tu nak ke sana la tu.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...

    Wah, borong sakan kak chik...

    Buku2 peribadi tu memang nampak menarik especially the secrets...

    Rupanya slumdog millionaire tu adalah dari novel ker, baru saya tahu, huhu...

    Alhamdulillah, dapat juga kak chik ke KL membeli buku... (^_^)

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikumsalam Balqis.

    Takdelah borong banyak sangat. Selalunya lebih dari tu hehehe. Buku sendiri tu mestilah kena pilih yg best2 kan barulah berbaloi. Yg SM tu kakchik pun tak tau. Nampak buku tu kat rak terus je ambik. Happy la jg smpi hjt nak gi beli buku, jauh pun takpe.

    ReplyDelete
  8. Banyaknye!
    Geram lak nengok buku yang bertimbun tu
    RM622?
    huhu tak penah berahabis sebanyak tu utk buku

    ReplyDelete
  9. zamani84, kakchik org berniaga ... beli buku pun lain la sikit jumlahnya. tapi kakchik ni memang boros sikit kalau beli buku utk diri sendiri pun.

    ReplyDelete
  10. Tak ape kalau boros utk sendiri
    Self reward kata org
    Lagipun untuk buku2,bkn benda lain :)

    ReplyDelete
  11. yang masalahnya zamani, selalu sangat nak self reward, bahaya tu... cik abe akan jeling panjang nanti.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs