Assalamualaikum semua.
Mata kakchik dah agak mengantuk ni dan badan pun agak letih tapi nak juga kongsikan kenangan hari ni bersama kak e (Under One Roof) yang datang ke KB.
Dalam pukul 12 siang tadi kakchik gi ambik kak e di Hotel Renaissance. Kiranya kami jumpa kakchik terus rasa mesra. Walhal inilah kali pertama kami jumpa. Dah la tu, agaknya kak e pun terkejut sebab hari ni kakchik pakai segalanya hitam dan ... rupanya kak e pun SUKA HITAM jugak.
Mata kakchik dah agak mengantuk ni dan badan pun agak letih tapi nak juga kongsikan kenangan hari ni bersama kak e (Under One Roof) yang datang ke KB.
Dalam pukul 12 siang tadi kakchik gi ambik kak e di Hotel Renaissance. Kiranya kami jumpa kakchik terus rasa mesra. Walhal inilah kali pertama kami jumpa. Dah la tu, agaknya kak e pun terkejut sebab hari ni kakchik pakai segalanya hitam dan ... rupanya kak e pun SUKA HITAM jugak.
Dari Renaissance, kami ke Pasar Siti Khadijah sebab kak e nak borong keropok. Katanya nak diHADIAHkan kepada teman-teman di Medan nanti. Kak e nak gi bercuti ke sana tak lama lagi. Bagus sungguh kak e ni, dia membeli semua tu untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan, bukan sikit... 2 KOTAK semuanya, 1 besar 1 kecik.
Sampai di pasar besar, ini dulu yang kami jumpa. Hehehe, dekat sangat dengan tangga, sapa yang tak mahu tengok kan? Kami pun samalah melilau sambil mencuba aksesori mas celup ni.
TENGOK!! Lawa kan kak e pakai rantai dengan loket tu. Agaknya berapa RATUS harganya tu? Sapa nak teka?
MURAH... gerai sorang pakcik tu menjadi pilihan kak e. Kat atas pasar tu memang banyak gerai jual keropok tapi yang tu ada jodoh dengan kak e, rezeki pakcik tuan kedai. Dalam kotak tu baru diisi separuh, masih banyak lagi yang kak e beli lepas tu.
Macam-macam makanan segera ala Kelantan/tradisional ada kat tempat kak e memborong keropok. Kakchik pun memang dah lama sangat tak naik ke atas tu, banyak perubahannya. Nasib baik kak e datang, kalau tak... entah bila kakchik akan ke pasar besar tu.
Habis membeli-belah, kakchik bawa kak ebalik ke rumah. MALU... sebab kakchik dok rumah Ummi dan kat rumah ni punyalah ramai orang terutama, budak-budak. Maaf ya kak e, kalau layanan kami tak sebaik yang sepatutnya. Makan pun lauk biasa aje. Ummi kata, lain kali ajak la kak e datang lagi.
Lepas solat zohor kakchik ajak kak e ke rumah Tok Guru MB sebab dekat saja rumahnya. Dapatlah posing-posing depan rumahnya. Gambar yang ada kak e dalam kamera kak e, so... kena tunggu kak e update blog dia baru boleh tengok gambarnya.
Ada beberapa tempat yang kami singgah tapi malas la pulak nak cerita sebab biasa-biasa saja. Hakikatnya kak e lah teman blogger pertama yang sampai ke rumah hingga ke dalam bilik (singgah solat).
Kakchik hantar kak e ke hotel. Lepas hantar kotak-kotak ke bilik, kami terus ke Billion Shopping Centre yang di sebelah hotel tu sebab kakchik nak ke KF Collection untuk bertanya khabar tentang sepasang baju yang telah ditempah. Gambar atas tu kakchik cuba pakai baju tu.
YANG PASTInya, kakchik amat seronok dapat jumpa dengan kak e.
wah3..seronoknye..kak e dtg sorg aje ke KB? hehe..bile nak jumpe zara plak ni kak chik?
ReplyDeleteha'ah zara, kak e dtg sorang je. kalau zara dtg pun kakchik insya-Allah blh temankan
ReplyDeletesalam kakchik... Kak e patutnya ucapkan berbanyak terima kasih kerana kesudian kakchik berjumpa dengan kak e dan temankan kak e ke pasar besar :)
ReplyDelete* bila2 kak e turun KB, jangan serik nak jumpa kak e lagi ya ;)
wkslm kak e. eh, kakchik mmg patut ucap terima kasih kat kak e sb sudi jumpa kakchik dan singgah ke rumah. insya-Allah kalau kak e turun lagi, kalau kakchik free, kakchik boleh je jumpa kak e & temankan ke mana2.
ReplyDelete