Assalamualaikum semua.
Dah makan pagi ke? Hari ni kakchik makan lempeng kelapa. Bukan kakchik yang buat ya tapi Ummi. Penyakit malas datang lagi. Berangan nak buat pizza tapi bahu kakchik masih sakit kat tulang belikat tu jadi tak mahu la stress masa menguli. Kesian Ikhwan, dah banyak kali benar dok tanya kakchik bila nak buat pizza. Semalam siap dia merepek lagi, "Chikja ni... baghe ado ssumo doh, bakpo tok buat pizzanyo?" Sorrylah Wan, Chikja sakit bahu.
Kejap lagi kakchik nak ke OUM. Hari ni hari mendaftarkan diri dan mengambil modul-modul untuk semester pengajian Mei. Semester ni pendek sikit, hanya 3 bulan. Selalunya kakchik hanya ambil 2 kertas tapi kali ni OUM benarkan ambil 3, Pengajian Malaysia, Keusahawanan dan Etika Profesional. Insya-Allah kakchik akan usahakan yang terbaik. Bimbang juga takut jadi macam semester Januari, ada sikit turun keputusan untuk satu kertas kerana markah 'online forum' yang kontroversi. Tapi CGPA kakchik insya-Allah masih maintain.
Mungkin 2 minggu lagi kelas akan mula. Jadi rehat kakchik dari menghadap buku akademik tak lama lagi akan berakhir. Beginilah lumrah pelajar OUM.
Petang nanti kakchik ada usrah dengan kawan-kawan MOTHERS jadi kakchik mungkin tak sempat jumpa kak e sebelum dia balik ke KL. Malam tadi tentu kak e bosan dok sorang-sorang kat hotel atau mungkin adiknya ada datang menemankan. Harap-harapnya kak e tak kebosanan la malam tadi.
Nampaknya sampai situlah dulu, kakchik nak bersiap dulu. Wassalam.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
Seronoknya dapat sambung belajar ye Kak Chik..
ReplyDeleteZureen harap bila anak2 dah besar sikit,dptlah sambung study balik..
semoga berjaya kak chik....beshnye makan lempeng kelapa..hehehe
ReplyDeletezureen, alhamdulillah seronok dapat belajar lagi. lama juga kakchik tangguh hinggalah betul2 nekad nak sambung itupun dlm bidang yg jauh sekali dari degree kakchik dulu. ramai kawan2 di oum tu yang above 40 mgkn sb nak tunggu anak2 besar la kot.
ReplyDeleteterima kasih iu @ wid. lempeng ada lagi separuh pinggan, mai la ke rumah.
ReplyDeleteall the best kak chik, moga Allah permudahkan.
ReplyDeleteanak saya yg sulung cukup suka lempeng kelapa...
terima kasih suzi, amin.
ReplyDeletesedapkan lempeng kelapa tu. kakchik lupa semalam nak amik gambar.