Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah... lega rasanya bila mesyuarat dah selesai. Dapatlah rehat sekejap sambil baca-baca suratkhabar atau pun blogging. Banyak juga maklumat & berita terkini yang kakchik nak ambil untuk difailkan untuk rujukan di masa-masa depan.
Hari ni boleh dikatakan kali kedua kakchik tak bawa laptop ke pejabat semenjak ianya dibeli 5 tahun yang lepas. Hehehe, tak percaya? Memang setiap hari laptop dengan kakchik takleh berenggang. Selalunya ke mana saja kakchik pergi mesti nak bawa laptop bersama. Tambah-tambah sekrang ni ada broadband lagilah selalu diguna.
Gambar yang takde kena mengena dengan tajuk, hehehe
Ruang tamu rumah kakchik sebelum kami buka kedai dulu, tahun 2005 ni
Tapi hari ni terasa sakit je belakang ni jadi kakchik decide untuk tinggalkan aja laptop tu di rumah. Maknanya nak guna internet kenalah guna desktop pejabat yang masih bersistem operasikan Windows ME. Nak upgrade dah tak boleh sebab komponen hardware dia yang ORI Acer ni tak compatible dengan yang baru. Dah pernah tukar, langsung ada masalah. Jadi... back to square one la. Asalkan boleh guna sudah...
Komputer pejabat ni kakchik guna untuk menaip surat, memo dan kertas kerja je selain buat kerja-kerja grafik untuk Zahra'. Kalau nak access interbet memang kakchik guna laptop sendiri. Kalau waktu kerja ni kakchik guna yang tu lah jugak. Takpe... asalkan kerja library selesai.
Nampaknya jadual kakchik akan semakin padat bermula minggu depan. Akan ada Pesta Buku Kelantan, kemudian nak ke KL lagi selama 4 hari atas beberapa urusan. Kemudian mungkin turun ke Penang pula. Cuti sekolah pun dah dekat, maknanya kenalah kakchik ambil cuti juga untuk menguruskan MariBaca sebab sepupu kakchik yang jadi jurujual akan kahwin semasa cuti sekolah. 2 minggu dia cuti, terpaksalah cari pekerja sementara. Bukan senang nak cari orang kerja kedai buku ni.
Hmm... moga-moga Allah permudahkanlah segala urusan ni.
azizi, busy sikit2 je... ada orang lagi busy dr kakchik
ReplyDeleteHurm, busy nyer lah kak chik...
ReplyDeleteTakper, semoga dipermudahkan segala urusan kak chik, InsyaAllah...
Er, Kak Chik.. kalau xde org nak kerja kedai kak chik... saya nak? hehe... (^_^)
best tengok umah kak chik....harap2 saya pun boleh buat cam tu. saya selalu berangan nak buat library di rumah, biar budak2 area taman saya boleh dtg baca buku....emmm.
ReplyDeletekak chik perlu pekerja sementara ke? adik saya yg di UDM cuti 2 bulan....bole le saya usya2 dia kalau dia nak keje.kalau kakchik serius bg tau ya.
Salam,
ReplyDeleteKak Chik...buzy sangat yer... Ummi suka sangat tengok gambar rumah kak chik tu! Bestnya kalo rumah ummi pun ada banyak buku2 cam tu! Seronok!
Balqis, terima kasih. Setakat ni memang takde orang lagi ni. Adik Balqis tu L @ P? Minta dia call kchik di 019-9403659 ya.
ReplyDeletenormi, ni rumah lama... skrg kchik tinggal dgn ummi sb rumah sendiri blm siap. dlm rmh baru ni dah sedia bilik khas mcm library gitu, bgs jg klu dpt jmpt anak2 jiran pinjam buku & membaca.
ReplyDeletep/s: minta adik tel kchik ya. no ada kat atas jwpn untuk Balqis
Wkslm Ummi. Agak bZ... sebab tu tulis entri pun lambat. Ummi pun blh buat cam tu kat rumah, sikit2 lama2 jd bukit org kata. Ms thn 2005 ni buku ada byk tu je, skrg takleh buat gitu dah, kena ada lbh byk rak lagi.
ReplyDeletesalam kak chik...
ReplyDeletebaca entry kak chik jer dh terasa kepenatannya...
Busy ye kak chik?