Kami belum ada rezeki sendiri tapi masih ada nikmatnya menyayangi dan mengasihi anak-anak saudara yang kian membesar. Di kala sunyi mereka menghiburkan. Gelagat mereka mencuit perasaan. Kadang mereka sungguh comel, terasa ingin sekali dipeluk-cium setiap masa. Ada ketikanya mereka nakal, tapi mata bulat, wajah 'innocent' menjadikan kakchik tidak jadi geram. Terima kasih Allah kerana izinkan kakchik menumpang kasih mereka.
Semalam, adik kakchik 'on-call' maka anak-anaknya yang berlima tu ditinggalkan di rumah bersama ummi, ayah, adik kakchik yang seorang lagi dan bibik wati. Seperti biasa rumah kakchik menjadi tumpuan yang besar-besar tu untuk membaca buku dan makan 'buah rotan', kudapan cikabe yang ada di dalam balang. Karpet biru di ruang tamu itu menjadi tempat mereka membaca.
Yang lain-lain bila dah puas membaca dan makan, balik semula ke rumah ummi tapi eqbal masih mahu bersama kakchik. Waktu tu sudah dekat nak masuk Zohor, cuaca agak panas tapi syukur alhamdulillah rumah kakchik agak sejuk. Diambilnya buku dan baca ikut gambar-gambar yang dia tahu. Mana yang tak tahu pasti ditanya. "Chikja, ni apa ni?" dengan suara nyaringnya. Seronok sekali mendengarnya walau sepuluh kali eqbal bertanya.
Sambil kakchik mengemaskini blog abaya, kakchik biarkan dia bermain di belakang, di atas karpet itu. Lama lepas tu baru perasan, dah terlena rupanya hehe. Melihat eqbal yang cerdik ni mengundang senyuman di bibir kakchik. Anak ini sangat cerdik. Baru cukup 2 tahun tapi sudah petah berkata-kata. Bila kakchik kata, "Raja Eqbal Murshidi...." pasti disambungnya dengan "al-Hafiz". Semoga Allah benar-benarkan makbulkan doa kakchik agar anak saudara kakchik ini menjadi seorang Hafiz.
Salam ramadhan kakchik...syahdu je bila tgk anak2 tido...
ReplyDeleteSalam Ramadhan kembali LK. Betul kata LK tu. Bagai ada satu perasaan yang boleh buat kita sebak dalam gembira hehe.
ReplyDelete