Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam Ramadhan yang ceria.
Pernahkah kalian terfikir untuk membuat perubahan pada diri dari segi agama? Kita semua insyaAllah Islam tapi sayangnya kita masih belum mampu untuk membuat perubahan yang betul-betul Islamik pada diri kita. Akhlak kita masih perlukan gilapan akhlak Islam yang lebih baik. Tengoklah bagaimana penggunaan bahasa kita di blog dan facebook yang kadang-kadang tu sangat tidak beradab. Mengata orang, mengumpat orang, memfitnah orang dengan bahasa yang kasar dan kadang berbau lucah adalah bukan akhlak Islam. Tidakkah kita mahu berubah?
Begitu juga dalam berpakaian. Bilakah lagi mahu mengenakan busana yang menutup dan menjaga aurat kita dengan sempurna? Sampai bila mahu dibiarkan rambut kita itu menjadi tontonan umum dan mungkin akan dibakar helai demi helai dengan api Neraka? Tidak sayangkah pada lengan kita yang tidak bertutup dengan lengan baju yang panjang? Bukankah itu juga aurat kita? Sampai bila nak membaluti tubuh dengan pakaian yang melekat di badan? Sesiapa saja boleh lihat lekuk-lekik, cembung-cekung yang ada di badan kita. Tiada malukah kita?
Kakchik sendiri masih ada aspek tertentu yang memerlukan perubahan yang lebih positif. Misalnya aspek amal-ibadat kakchik yang masih sangat lemah. Jomlah buat perubahan pada diri kita agar hidup kita lebih tenang dan insyaAllah dengan perubahan yang baik itu kita akan mendapat lebih kasih-sayang dari Allah. Berubahlah kerana Allah seperti yang berlaku kepada Waheeda.
Keratan sisipan HIP dalam BH hari ni. |
"..Bulan Ramadhan ini disebut sebagai bulan hidayah, sekalipun hidayah datang mencurah-curah, jika tidak ditadah dengan hati yang bersih, ia tidak akan memberikan apa-apa manfaat. Umpama hujan yang turun dengan lebat dari langit, tetapi jika tidak ditadah dengan bekas atau tempayan, ia hanya akan berlalu begitu sahaja. Justeru, BERSIHkanlah kan hati untuk menadah hidayah di bulan Ramadhan..." [TGNA]
Salam kakchik! takut bila dgr api neraka, moga2 kita jugak salah sorang yg terpilih utk pergi jauh dgn perubahan betul2 islamik insyaAllah..
ReplyDeleteAssalamualaikum kak chik.
ReplyDeleteYa kita semua perlu berubah ke arah yg lebih baik. kita tak tahu bila masanya akn dipanggil Illahi. Alhamdulillah pun sdg cuba mengubah diri menjdi lebih baik. Rasa banyak sgt yg perlu dipelajari setiap hari utk menjdikan diri lebih baik. Syukur di atas hidayah yg ALLAH berikan. Semoga kak chik akn terus menerus berjuang di atas jln dakwah ini. Sama2 kita merebut ganjaran Ramadhan dan sbgi permulaan utk mjdikn diri yg lebih baik sblm meninggalkan dunia. Ramadhan Kareem.
:)...saya tenang melihat mereka yang menutup aurat...specificnya pada yang berjilbab...:)
ReplyDeleteAssalamualaikum kakchik.mohon ain share di FB ye...Syukran...:D
ReplyDeletesalam, kak chik mcm mane sekiranya berubah disebabkan oleh dorongan seorang lelaki?tapi akhirnya ikhlas kerana tuntutan agama
ReplyDeletekakchik
ReplyDeletedaku kepingin nak berjilbab (hijab) akan tetapi kengkangan kejeku,dan polisi...
dan jugak kengkangan diri.
serba salah akkan tetapi kucuba perhalusi sedikit demi sedikit.
Wkslm Ika. Bila rasut takut insyaAllah kita tak buat kan Ika? Pasal api neraka ni kena selalu disebut-sebut agar hati kita takut nak buat dosa. InsyaAllah nak berubah itu pilihan kita Ika, cuma nak mula bila je.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Nadiah.
ReplyDeleteMemang betul tu, kita tak tahu ajal kita sebab itu setiap masa kita hendaklah cuba menjadi hamba Allah yang terbaik. Moga-moga Allah sentiasa lindungi kita dari godaan nafsu dan syaitan. Terima kasih Nadiah. InsyaAllah kakchik cuba sebaik-baiknya. Ramadhan Kareem.
linda, linda pun berjilbab tu. kakchik nampak dalam ikon. yang belum lagi ialah berniqab/berpurdah. tapi yang penting ialah hati dan amalan kita dipandang oleh Allah SWT.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Ain. Silakan. Semoga yang baik diambil orang sebagai teladan, yang buruk minta ditegur-nasihatkan.
ReplyDeleteWkslm Dahlia.
ReplyDeleteJika lelaki yang mendorong itu suami, ayah atau abang, baguslah. Lebih-lebih lagi bila akhirnya niat berubah telah berubah kerana agama. Tapi kalau yang mendorong itu lelaki ajnabi, pada kakchik masih ok kerana dia mendorong kepada kebaikan.
Ayu,
ReplyDeleteBerjilbab kan sudah biasa? Kakchik rasa yang Ayu maksudkan ni tentu berpurdah kan? Berpurdah itu adalah sunat, jika buat dapat pahala, tak buat takde salah apa-apa. Hukum yang wajib ialah pakaian menutup aurat dengan sempurna. InsyaAllah yang itu lebih mudah nak dibuat. Moga-moga niat Ayu tu mendapat restu Allah.
sorry guna term salah
ReplyDeletebukan ape kak..
umur dah masuk byk..
paling tidak pun,aku tak mahu wajahku ini disalah ertikan lagi oleh sesetgh org.(klu tak dimulut,hati mereka jugak mungkin berkata2)
apetahlagi nak menutup maruah sendiri jugak.
klu aku susah ati or stress,mudah sgt wajah tu berubah...
sampai kdg2 ade student takut dgn aku sbb wjah aku.
huhuuhuhu..
sudah kutahan dgn senyuman pun masih ade yg tkut.
apetahlagi ade org yg mengutuk2 daku klu melihat aku berjln dgn suami..*tanpa anak2(ade yg pernh kata aku guna minyak guna2 kerana suamiku itu ,bak kate mereka aderlah hensem.tak padan lansung dgn muka jawaku ini.huhuhuuh.)sadis tak mendengarnya akan tetapi mudah - mudahan Allah permudahkan niatku yg satu ini.
Tak mengapa Ayu. Silap istilah takpe sebab masih boleh dibetulkan. Jika niat Ayu begitu, kakchik doakan apa juga tindakan yang Ayu buat untuk mencapainya akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Apa jua pandangan orang pada wajah kita, itu adalah subjektif dan tidaklah begitu penting. Yang penting bila kita selalu utamakan agama, nur/cahayanya akan terpancar pada penampilan dan amal perbuatan kita. Itu yang selalu kakchik baca dalam kitab. Biarkanlah orang mengutuk itu, asalkan kita tidak bersikap spt mereka. Lama-lama mereka berhenti dengan sendiri. Tabahkan hati Ayu ya.
ReplyDelete