Followers

7.8.11

Idea untuk bergaya dengan skirt labuh.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam ceria Ramadhan.

Alhamdulillah di pagi yang sedang mula bising dengan segala macam bunyi ini, kakchik masuk ke akaun Polyvore kakchik yang semakin berkarat tu. Memang agak lama juga kakchik tidak mereka sebarang idea fesyen di situ. Entah apa yang menghalang tapi mungkin sebab mood kurang dan idea pun semakin susah nak dapat.

Sambil melihat-lihat beratus-ratus set yang telah direka sejak 2 tahun kakchik menyertai Polyvore, kakchik lihat banyak juga set yang kakchik reka dengan menjadikan skirt labuh sebagai item utamanya. Rekaan-rekaan kakchik tu tidaklah semuanya betul-betul memenuhi kehendak syarat pemakaian Islam kerana kakchik pada mulanya sekadar suka-suka saja mereka idea fesyen tanpa betul-betul meletakkan matlamat dakwah di situ.

Apapun, kini kalau kakchik mereka idea fesyen yang baru, kakchik memikirkan beberapa faktor seperti:

1. Sasaran idea fesyen tersebut. Misalnya, remaja, pelajar universiti/kolej, wanita bekerja, surirumah, peminat pakaian kasual, peminat vintaj, peminat abaya dan sebagainya.

2. Pemilihan pakaian. Kalau jenis 1 + 1, bajunya mesti longgar, seluar/skirt juga longgar dan tebal. Kalau 2 + 1 pula, baju boleh saja t-shirt atau singlet tapi mesti di luarnya ada cardigan atau kot dan seluar/skirt jenis besar dan longgar.

3. Jika nak guna model bertudung, seboleh-bolehnya dapatkan yang gambar model yang pakai tudung labuhnya melepasi paras dada. Jika takde, kenalah buat sedikit penjelasan di dalam 'caption'. Agak sukar juga nak cari gambar model yang memuaskan hati di Polyvore.

4. 'Imagine' sama ada kakchik sendiri sanggup pakai atau tidak pakaian seperti dalam idea fesyen yang direka itu di luar yakni di kalangan awam. Kalau kakchik tak sanggup kurang sesuai nak cadangkan kepada orang lain.

5. Jika rekaan itu mungkin boleh menyebabkan peminjam idea kelihatan terlalu menonjol dan menarik dipandang, galakkan pemakaian abaya di atas pakaian tersebut.

Lebih kurang begitulah yang kakchik fikirkan. Rasa macam mudah saja nak dakwah orang melalui pakaian ni TAPI hakikatnya susah. Mendidik secara perlahan tanpa desakan tapi melalui sesuatu yang diminati wanita muslimah iaitu, fesyen.

Pagi ini, kakchik nak kongsikan koleksi rekaan idea fesyen kakchik yang menggunakan skirt labuh bersama kalian. Untuk melihat gambar seterusnya dari yang pertama, klik saja butang arah ke kanan. Di dalam koleksi ini terdapat 108 set idea. Selamat melihat-lihat.



Terima kasih banyak.

12 comments:

  1. Salam kakchik! ini sume idea kakchik ke kak? SEMUAAAAAAA cantek2!!! yg kaler biru muada tuuu petak2 sume lawo2 sedap betul mata kita memandang, abis ni sebagai collection ajer ke kakchik? tak jual? eeee berkenan kita :D

    ReplyDelete
  2. cntik2 idea Kak Chik...bestnye. Semenjak naim badan nieh Sha kurang pakai skirt, segan sbb ada yg tertonjol. Hehe. Tapi Sha suka tengok kawan2 yg pakai...bila kena gayanye.

    Take care kak...lama tak visit sini. Selamat menjalani bulan Ramadhan:)

    ReplyDelete
  3. Wkslm Ika.
    Idea kakchik, ilhamnya dari Allah juga. Tak sangka Ika suka pakai skirt labuh ya. Koleksi ni adalah sebagai idea saja untuk sesiapa yang berminat nak tiru. Ada sebahagian item pakaian tu boleh dibeli tapi kena klik gambar dan masuk dlm Polyvore. Kat situ ada link ke laman bisnes yg berkenaan. Cubalah Ika tengok.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Sha. Hehe, macamana badan boleh naik Sha? Bulan puasa ni kot boleh turun balik. Kakchik pun suka tengok orang pakai skirt labuh ni, nampak manis je.

    InsyaAllah Sha. Sha pun jaga diri juga ya. Semoga Allah sentiasa melindungi Sha. Ramadhan Mubarak.

    ReplyDelete
  5. asalamulaikum kakchik.. slm rindu jugak.. apa kbr.. saya pun dah lama tak singgah blog kakchik .. lately ni sy pun agak buzy.. dpt bw kejap2 jer.. selamat menjalani ibabat puasa buat kakchik skrga..

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam kak zana. Kakchik makin sihat kak, alhamdulillah. Makin sibuk kita semua ni. Kawan-kawan blogger yang otai semuanya makin sibuk skrg ni hehe. Bab bw tu kita serupa kak. Selamat berpuasa kembali kak zana.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah cantek sangattt!kakchik memang kreatif...:)

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Cik Tiniey. Takdelah kreatif sangat. Masih perlukan banyak latihan.

    ReplyDelete
  9. lawa2..sy suka bce blog kakcik:)

    ReplyDelete
  10. cantiknyee:) br je berjinak2 ngan skirt.tq 4 the info! sy nak share gambar2 ni kat blog sy boleh?nnt sy linkkan gambar tu ke blog kak chik:) btw,ada jual tak baju2 tu>?

    ReplyDelete
  11. wahhhh nak cuba jugak lah gaya dengan skirt labuh ni....hehe
    oh ya,jemput lawat blog ummi juga ya dear....
    www.beautyummi.blogspot.com

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs