Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah di petang hari Rabu ni sementara menanti masuknya waktu berbuka puasa, kakchik suka untuk kongsikan tulisan Ust. Ahmad Baei Jaafar yang agak menarik khusus untuk kita semua yang telah mendirikan rumahtangga. Tulisan beliau bagi kakchik ada kebenarannya kerana kita pernah melaluinya dan merasainya. Semoga perkongsian ini akan memberikan petunjuk-petunjuk yang baik untuk kita melayari bahtera perkahwinan kita yang ada masanya dipikul ombak.
Silakan.
-------------------------------------------------------
Kebahagian rumah tangga menjadi idaman semua pasangan yang berkahwin. Bukan sahaja mereka idamkan semua itu pada awal perkahwinan tetapi sampai ke akhir hayat malah sampai ke dalam syurga.
Alhamdulillah di petang hari Rabu ni sementara menanti masuknya waktu berbuka puasa, kakchik suka untuk kongsikan tulisan Ust. Ahmad Baei Jaafar yang agak menarik khusus untuk kita semua yang telah mendirikan rumahtangga. Tulisan beliau bagi kakchik ada kebenarannya kerana kita pernah melaluinya dan merasainya. Semoga perkongsian ini akan memberikan petunjuk-petunjuk yang baik untuk kita melayari bahtera perkahwinan kita yang ada masanya dipikul ombak.
Silakan.
-------------------------------------------------------
Kebahagian rumah tangga menjadi idaman semua pasangan yang berkahwin. Bukan sahaja mereka idamkan semua itu pada awal perkahwinan tetapi sampai ke akhir hayat malah sampai ke dalam syurga.
Tetapi kadang-kadang
idaman itu tidak tercapai kerana hanya beberapa punca yang kecil. Mungkin
kerana suami mengharapkan sesuatu yang tidak difahami oleh isteri dan isteri
pula mengharapkan sesuatu yang tidak difahami oleh suami.
Suka dijelaskan di sini, suami dan isteri masing-masing mempunyai
rahsia yang mereka terpaksa simpan kerana tidak mampu untuk menjelaskannya
secara lisan. Di sinilah titik mula masalah sebenar. (Berahsia boleh tapi jangan sampai berahsia itu kerana tiada percaya-mempercayai di antara pasangan.)
Dalam hal ini pasangan itu perlu memahami rahsia diri pasangannya
secara pandangan mata hati dan merasainya melalui gerak hati. Dengan cara itu
sahaja mereka dalam lakukan yang terbaik untuk keluarga mereka.
Tetapi kalau sesama mereka ada hijab yang menutup hati kecil mereka,
pasti mereka tidak nampak apa yang dihajati pasangannya. Perlu diingat, untuk
membuka hijab itu mereka perlulah bertolak ansur dan cuba menurunkan ego
masing-masing terutamanya isteri. (Pada kakchik, ego suami pun sama juga.)
Sebenarnya seseorang suami ada menyimpan beberapa rahsia yang malu
untuk dijelaskan kepada isterinya kerana takut ditertawakan isterinya. Antara
rahsia itu ialah suami mahu “bermanja” dengan isteri apatah lagi pada usia
tuanya. Selain itu suami mahu dia dibelai dan dihormati isteri sepanjang masa.
Supaya lebih jelas suka dipaparkan contoh terbaik dan yang pasti
rujukannya ialah Rasulullah SAW. Baginda adalah panduan kita ke arah memacu
bahtera keluarga bahagia. Perhatikan dua perkara yang sering dilakukan
baginda.
1. Berbaring dipangkuan isteri
Daripada Aisyah r.a, beliau berkata: "Nabi s.a.w. biasa
meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau
membaca Al-Quran" (Hadis Riwayat Abdurrazaq).
Kalau para isteri sedar, suami anda sesekali menyandar dan menyentuh
bahu anda. Malah kadang-kadang dia berbaring di atas paha anda. Itulah tandanya
dia hendak bermanja. Tetapi kadang-kadang isteri cuba mengelak dan bangun.
Sebenarnya suami pada ketika itu akan berasa kecewa, tetapi dia tidak berani
untuk melahirkan rasa kecewa itu.
Suami memang hendak bermanja dengan isteri, bukan sahaja pada waktu
malam tetapi juga pada waktu berehat di siang hari. Bayangkan kalau Rasulullah
mahu bermanja dengan isterinya, dan isterinya pula redha dengan sikap baginda,
mengapakah isteri-isteri pada hari ini tidak boleh melakukan begitu juga?
Percayalah kalau suami boleh bermanja dengan isteri, dan isteri
sanggup melayan kehendak suami itu, pasti akan tercantum rasa sayang yang
berkekalan. Pastinya, isteri yang memahami sikap manja suami itu akan diberi
pahala oleh Allah.
2. Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan
yang disukainya seperti Aisy dan Umairah yang memberi maksud pipi merah bak
delima.
Dalam budaya masyarakat kita, suami memanggil isterinya dengan namanya
yang manja atau “yang” bagi maksud sayang. Ada juga yang menyebut “bib” yang
bermaksud habibi, kekasihku dan banyak lagi. Sebaliknya isteri akan memanggil
suami dengan panggilan “abang” atau “bang” yang juga dengan nada manja.
Panggilan sebeginilah yang akan membuahkan rasa sayang sentiasa
berputik di hati suami. Namun begitu terdapat juga panggilan manja kerana sudah
biasa dengan panggilan itu. Lahirnya panggilan itu bukan kerana ikhlas dari
hati lagi. Dalam masyarakat Melayu, panggilan manja itu lazimnya hanya berlaku
pada awal perkahwinan, tetapi semakin pudar apabila sudah beransur tua.
Malah mereka malu untuk memanggil dengan panggilan manja, kononnya malu kepada anak dan cucu. Inilah keadaan yang tidak kena kepada masyarakat kita, malah sikap mereka jauh daripada kehendak Rasulullah.
Malah mereka malu untuk memanggil dengan panggilan manja, kononnya malu kepada anak dan cucu. Inilah keadaan yang tidak kena kepada masyarakat kita, malah sikap mereka jauh daripada kehendak Rasulullah.
Seharusnya sebagaimana suami memanggil isteri dengan kasih sayang
itulah yang sepatutnya disambut oleh isteri. Panggilan mesra pada setiap kali
memulakan ucapan dan kata-kata merupakan sentuhan yang boleh membangkitkan rasa
sayang antara mereka. Jadi, binalah kemesraan dengan saling manja bermanja dan
sebagainya.
Semoga kita beroleh bahagia. Wallahu aklam.
Semoga kita beroleh bahagia. Wallahu aklam.
Assalamualaikum Kakchik.
ReplyDeleteSuka baca artikel ni.Dan paling ain suka gambar comel akak dan suami.Romatis gitu...hehe..
salam kak chik
ReplyDeletesyukran ats artikel ni. rose pun nak salin terus lah dariblog kak chik nih..
p/s:syawal nt sy & family nk mkn angin ke kelate. sy berdarah kedah, tp sy syg kelantan!
Wa'alaikummussalam Ain. Alhamdulillah. Kakchik dah pilih artikel Ust Ahmad Baei yang sesuai dengan kehidupan kita. Syukur Ain pun suka. Hehe, gambar raya tahun lepas tu.
ReplyDeleteWkslm Rose. Afwan. Silakan Rose. Kita sama-sama kongsikan tulisan Ust Ahmad Baei ni.
ReplyDeleteKalau dah sampai ke sini, silalah ke rumah ya.