Followers

16.8.11

Tunang Bukan Lesen Untuk Berdua-duaan

Assalamualaikum dan salam Nuzul Qur'an.

Sebelum menutup tirai Internet pada malam ini dan kemudiannya merehatkan diri untuk bangun sahur esok pagi, kakchik ingin meluahkan sedikit rasa kelat dari dalam hati. Terlebih dahulu maafkan kakchik jika luahan ini terkena batang hidung sesiapa. Kakchik menulis ni selepas membaca beberapa perbincangan tentang topik di atas di dalam FB dan mailing list. Kebetulan pula kakchik pernah melihat ada di kalangan teman-teman yang berbuat demikian. Akibat lemahnya iman, kakchik tidak mampu menegur secara terus kepada teman-teman tersebut. Maafkan kakchik.

Baiklah. Kenapa kakchik kata tunang bukan lesen untuk berdua-duaan?

Jawapannya: Belum SAH hubungan di antara kalian berdua. Bila dan IJAB dan KABUL barulah boleh berdua-duaan. Tunang masih lagi bukan mahram.

OK, keadaan macamana yang dikatakan berdua-duaan tu?

Jawapannya:

1. Berada di tempat sunyi hanya anda berdua sahaja, anda dan tunang anda. INGATLAH, sebenarnya ada makhluk ketiga, SYAITAN. Tempat sunyi tu faham-faham sajalah. Di mana sahaja hatta dalam masjid sekalipun. Tak boleh jika duduk dekat-dekat dan berdua sahaja. BAHAYA BESAR.

2. Keluar makan berdua menaiki kereta atau motor. Naik motor lagi tak boleh, HARAM. Naik kereta pun salah juga KECUALI ada mahram yang temankan. MAHRAM tu bukan kanak-kanak yang tak reti apa tu ya.

3. BERGAMBAR berdua dengan tunang, duduk dekat dan rapat. Isyk, yang ni juga salah. Dalam FB tu bising pasal ada niqabi meletakkan gambar profil dia dengan tunang. Allahu Allah. Insaflah. Tindakan itu bukan contoh yang baik, bukan bi'ah solehah. Orang tengok boleh jadi fitnah dan bahan umpatan. Bab bergambar ni kalau seorang sama seorang lelaki dan perempuan yang sah nikah tak kiralah kita dengan ustaz ke, kita dengan artis ke... tetap tak boleh.

Hmm... apa lagi ya? Dah makin letih dan mengantuk, idea dah mula lambat datang. Mungkin itu saja kot yang sesuai diluahkan malam ini. 

Kakchik ni bukanlah insan sempurna, tapi akhlak dan ilmu pada diri pun masih banyak kelemahannya tapi bila teringat pesanan nabi tentang berpesan-pesan tentang kebenaran ni, kakchik cuba juga buat melalui medium yang ada. Semoga kakchik dapat peringatan dan kalian mendapat kesedaran dan bertaubat.

Allahua'lam.

Mohon maaf zahir dan batin atas kelemahan penyampaian kakchik.

Selamat berpuasa!

6 comments:

  1. setuju dengan kak chik, harap x buat salah.harap Tuhan selalu pimpin

    ReplyDelete
  2. Terima kasih syifa. Semoga sentiasa dilindungi Allah dari maksiat. Amin.

    ReplyDelete
  3. Betul tu Kak chik,Makbonda selalu pesan kat anak-anak...di depan kita dia tak buatlah tapi tak tahu bila jauh.....hanya mampu berdoa dan berpesan-pesan selalu.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt..
    saya baru kali pertama ziarah blog kakchik ni..sgt menarik penulisan ni,saya baru b'jinak2 nak berblog walaupun sy tau yg sy ni kurang ckit dlm bab penulisan ni..saya masih bujang lg dan insyaAllah dlm perancangan ingin mengikat tali pertunangan..syukur Alhamdulillah bile bace entri ni semakin kuat perasaan sy utk menjauhi perkara2 yg x sepatutnya dilakukan sama ada sebelum atau semasa bertunang..saya byk buat silap sblm ni sbb kurang pendedahan dgn perkara2 spt ni..sy igtkan boleh 'b'couple' asalkan jage batas pergaulan tetapi dlm Islam telah jelas haram dan tiada istilah 'couple'..saya akui kesilapan sy dan berubah utk kebaikan diri sy jgk..sy amik keputusan utk tidak berjumpe atau keluar b'dua-duaan,pd mulenye mmg susah tp niat kerana Allah dlm hati dan kene kuat dan tahan dr nafsu..saya boleh lakukan,nak berjumpa pun saya akan pelawa dia dtg ke rumah berjumpe dgn family sy..perbualan kami pun tidak 'secret'..bile bermesej pun biarlah perkara2 yg baik dan tidak kotor,elak drpd ucapan2 yg lagha,kata2 yg tidak b'faedah,selalulah berpesan2 ingat pdNya..doakan saya ye..:)

    sedikit perkongsian dr kisah saya..wassalam..:))

    ReplyDelete
  5. Makbonda, insyaAllah anak-anak Makbonda sentiasa ingat pesanan ibu mereka. Semoga pesanan itu telah terpahat dalam di dalam ingatan anak-anak.

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam kaklong.
    Selamat datang dan terima kasih sudi singgah di sini. Dan tak lupa, selamat menjadi blogger. Minat nak menulis ni bergantung pada minat, masa dan idea juga kaklong. Kadang-kadang buntu juga nak menulis setiap hari.
    Syukur alhamdulillah kaklong akhirnya tahu dan faham bahawa takde istilah couple dlm Islam kecuali selepas kahwin. Jagalah baik-baik muamalah/hubungan antara kita dengan lelaki ajnabi termasuklah tunang. Betullah tu, jika nak jumpa, di rumah kita dengan pantuan ibu bapa adalah tempat paling baik. Semoga perhubungan yang baik dan mengikut syarak sebelum kahwin akan menjadikan ikatan perkahwinan yang dibina nanti lebih berkat dan bahagia. Terima kasih atas perkongsian ya kaklong.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs