Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ni mood kakchik kurang ceria sikit. Inilah akibatnya bila ada perkara tertentu tidak berjaya dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Betul juga kata orang, bila kita berpuasa ni, ujian datang tak kira masa. Takpelah, inilah kehidupan. Yang menyebabkan diri rasa begini mungkin datangnya dari diri-sendiri juga.
Tapi, kakchik tetap rasa amat bersyukur kerana setiap masalah insyaAllah ada jawapannya. Mood kurang baik sudah pun menjadi baik bila kakchik dengan sengaja melihat-lihat album gambar Heliza Helmi, si selebriti yang cantik molek tu. Muda sangat lagi orangnya tapi kini sudah boleh dianggap berada dalam kategori orang yang berjaya dalam hidup.
Antara album gambar yang paling menarik minat kakchik ialah album Manjadda Wajada dan juga Usrah.
Kakchik pernah membaca tulisan mengenai Heliza pernah mengikuti usrah, kalau tak silap bersama-sama Wardina dan Dr Siti Sara Ibrim. Tapi bila melihatkan gambar-gambar dalam album beliau sendiri, kakchik rasa amat bersyukur bilamana seorang artis muda turut mengikuti usrah dengan Dr Harlina Halizah Siraj, pimpinan Wanita JIM.
Di zaman ini kita sudah makin biasa melihat artis-artis mengenakan busana muslimah yang menutup aurat. Antara artis dan bekas artis yang kakchik suka penampilan mereka ialah Waheeda, Wardina, Aishah, Irma Hashmi dan juga Heliza Helmi. Pada kakchik mereka berubah (kecuali Heliza yang memang sudah lama berhijab) ke arah lebih baik bersekali dengan penampilan dan juga amalan mereka.
Mereka turut menjadikan USRAH satu aktiviti kehidupan mereka. Kalau dulu, agaknya habis orang akan terkejut kalau dengar ada artis yang mengikuti kumpulan usrah. Tapi alhamdulillah, dengan perkembangan kefahaman Islam di kalangan mereka dan juga di negara kita ni, perkataan usrah semakin tidak asing lagi. Oh ya, jika selebriti pun sudah mengikuti usrah, kita bila lagi ya? hehe.
Heliza bersama Dr Harlina Sumber: Facebook Heliza Helmi |
dah lama dah x menyertai usrah kak.. :(
ReplyDeletewaheeda dh lame berhijab, yg barunya berniqob :) heliza dulu hanya berhijab. skrg dah sempurna auratnye :)
ReplyDelete