Followers

10.8.11

Anak-anak adalah cahayamata

Raja Adelia Nisrina, 10 bulan.

Raja Eqbal Murshidi, 2 tahun.

Assalamualaikum dan salam petang yang tenang.

Kakchik ni sebenarnya terasa sedih membaca satu berita di akhbar hari ini tentang seorang ibu yang sanggup mehempaskan anaknya ke dinding kerana bergaduh dengan suaminya. Ya Allah, betapa teruknya sikap ibu tersebut yang hilang kewarasan ketika marah hinggakan anak kecil pun sanggup dibuat begitu. Astaghfirullah.

Dalam bulan Ramadhan, kesabaran kita sentiasa diuji. Di bulan ini kita digalakkan mengawal amal-perbuatan dan sikap buruk yang ada pada diri kita agar tidaklah terjadi perkara-perkara yang tidak diingini. Hilang sabar, marah, yang menjadi mangsa ialah anak kecil yang tidak berdosa.

Islam mengajar kita bagaimana mendidik anak dan sudah semestinya di dalam ilmu pendidikan anak-anak itu adanya bab tentang cara mengasuh dan menguruskan mereka. Jika kena caranya seperti yang Islam ajar, insyaAllah anak-anak kita akan menjadi cahayamata kita. Betul. Anak-anak kecil memang sedap dipandang mata. Semuanya kelihatan comel apatah lagi kalau mereka dididik dengan akhlak yang mulia.

Sayangnya, ibu bapa pula tidak cukup ilmu dalam pendidikan anak-anak malah kurang juga ilmu dalam urusan rumahtangga dan hubungan suami-isteri. Natijahnya anak-anak membesar dalam suasana tidak cukup kasih-sayang, didikan tidak seimbang, interaksi yang terbatas dan biasanya penyelesaian bila ada masalah ialah 'benda'.

Sebagai ibu bapa, rajinkahlah diri menambah ilmu tentang pendidikan anak-anak. Buku rujukan berlambak di pasaran kalau mahu dijadikan bahan bacaan. Tentu ada yang memikat hati kita dan membantu dalam kita mendidik anak. Majalah pun ada banyak untuk dijadikan panduan. Di dalamnya ada pelbagai perkongsian yang bermanfaat dari mereka yang berjaya. Usahakanlah.

Biarlah anak-anak kita sentiasa menjadi cahaya di mata kita.

2 comments:

  1. salam,
    kadang2 sy pening jgk nak didik anak nih w/pn baru umi 2 thn. kdg kite ckp, die taknak dgr ape kite mintak. Kak chik sharela experiennce cara didik anak2

    ReplyDelete
  2. Salam kakchik, kesian kan buadak2 bukannyer tahu apa, ikutkan sgt nafsu mmg mcm tu lahh, kdg geram baca2 berita skrg nii, nak2 kalau kes melibatkan budak2 mmg kesian tak dpt nak bygkan bdn yg kecik mcm tu di buat mcm tu, semoga org2 yg buat tu diberikan hidayah insyaAllah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs