Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kakchik ucapkan kepada semua yang sudi singgah di blog Keluargaku Sayang ni walaupun Puan Rumahnya tidak sihat sejak kebelakangan ini. Sebab itu masih banyak komen-komen yang belum dibalas. Mohon maaf zahir dan batin ya teman-teman. InsyaAllah kakchik akan cuba membalasnya secepat mungkin.
Hari ni alhamdulillah adalah hari pertama kita semua menjalani ibadah puasa Ramadhan 1432H. Dalam beberapa jam lagi kita pun akan bergembira dengan berbuka puasa. Alangkah nikmatnya. Eh, pagi tadi sahur tak? Sahur? Alhamdulillah... dapat pahala sahur dan dapat juga mengalas perut. InsyaAllah pahala tu bukan kakchik yang kata kita akan dapat tapi apa yang kakchik faham sahur itu adalah sunnah maka jika kita buat akan dapat pahala.
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Selepas banyak hari tidak sihat, dengan gabungan 4 dalam 1 (batuk + selsema + sakit kepala + demam) kakchik tidak larat untuk ke mana-mana. Hari Khamis tu dah mula demam tapi sebab telah berjanji dengan pihak HUSM, kakchik gagahkan diri untuk membuka gerai jualan buku. Sepatutnya 2 hari tapi kakchik hanya buka sehari sahaja sebagai memenuhi janji. Alhamdulillah dapat menahan diri dengan panadol dan melakukan pelbagai perkara yang patut sehinggalah pulang ke rumah.
Malam tadi demam sudah kurang begitu juga sakit kepala. Hanya batuk dan juga selsema yang masih belum sembuh sepenuhnya. Cik Abe seperti tahun-tahun sebelum ini masih dijemput mengimamkan solat terawikh di sebuah masjid di KB. Kakchik sungguh gembira melihat suami kakchik yang makin segak dengan rambut bergunting kemas, pakai baju baru meninggalkan rumah menuju ke masjid yang berkenaan. Hati mahu ikut tapi belum masanya. InsyaAllah malam nanti.
Tanak nasi sebelum tidur bimbang takut terlewat bangun. Alhamdulillah bangun awal dapatlah sediakan makan sahur yang serba sederhana, nasi, sup daging yang cikabe beli semasa balik dari terawikh dan ikan kering goreng. Syukur alhamdulillah, itulah rezeki untuk bekalan tenaga kami hari ini. Hidup berdua, makan pun tidak perlu berlebihan. Semoga Ummi dan Ayah di Mekah dapat bersahur dengan makanan yang enak-enak juga. Rindu kat mereka.
Datang kerja semula selepas MC dua hari. Kalau MC lebih lama, tentu makin lemah dan tak bersemangat jadinya. Entah-entah boleh jadi lemau hahaha. Bosan sebenarnya sendirian di rumah tu. Asyik tidur, mana boleh jadi kan macam tu? Kalau ada teman nak bersembang atau main-main mata tu oklah juga hehe. Ini tidak, asyik tengok buku, komputer, dinding, pokok, abaya dan kotak je. Sejam dua masih ok tapi kalau dah 2 hari boleh bikin lagi pening kepala.
Apapun, alhamdulillah, tadi kami berbuka puasa hanya dengan hidangan ringkas, Makaroni Goreng, Kuih Akok pemberian CikMat di pejabat, Kurma dan Teh O Panas. Cukuplah hingga sahur pagi nanti. Sekarang ni bersiap untuk solat Isyak dan terawikh pula. Ok lah teman-teman, itulah lebih kurang serba sedikit cerita kakchik pasal hari pertama Ramadhan bercampur aduk dengan cerita beberapa hari yang lepas.
Jom kita terawikh!
Makaroni Goreng |
Apapun, alhamdulillah, tadi kami berbuka puasa hanya dengan hidangan ringkas, Makaroni Goreng, Kuih Akok pemberian CikMat di pejabat, Kurma dan Teh O Panas. Cukuplah hingga sahur pagi nanti. Sekarang ni bersiap untuk solat Isyak dan terawikh pula. Ok lah teman-teman, itulah lebih kurang serba sedikit cerita kakchik pasal hari pertama Ramadhan bercampur aduk dengan cerita beberapa hari yang lepas.
Jom kita terawikh!
Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik buat Kak Chik dalam menjalani ibadah puasa..
ReplyDeleteDalam pada sakit2 pun sempat juga buat juadah istimewa.. Hu.. Terbaek la.
Alhamdulillah... besederhana adalah yg terbaik
ReplyDeletemaaf kak chik sayang.. lama tak dtg sini.. sebuk sangat2 .. ni baru ada kelapangan.. rindu sangat kat kak chik n sahabt2 usrah :) .. kak chik tk sehat lg yer... "Syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman" kak chik... <3
ReplyDeletesyikin abc... insyaAllah.. esok/lusa boleh dah puasa :)..alhamdulillah masak simple jer.. smlam pun rebus sawi pendek.. curah kuah seafood sikit.. dengan telur dadar.. encik mamat suruh simple2 jer :) ..
Durratul Mujahid, terima kasih banyak. Alhamdulillah sejak 1 Ramadhan, kesihatan kakchik semakin baik. Takdelah istimewa sangat, itu saja yang mampu. Apapun, terima kasih sebab telah berjaya buat kakchik semangat nak memasak.
ReplyDeleteBetul kata shida tu. Sederhana adalah lebih baik.
ReplyDeletesyikin, maaf diterima dik. takpe, kakchik pun boleh faham sebab kadang-kadang pun macam syikin juga. kesihatan kakchik makin baik, insyaAllah. shukran syikin sayang. moga Allah berkati. hehehe, selamat bercutiiii. makan yg simple tapi berkat itulah yang nikmatnya syikin. baguslah gitu.
ReplyDelete