Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hati sedang berbunga riang. Di saat ini mungkin mereka masih di awangan, berehat sambil mengenang kembali pengalaman sepanjang hampir 12 hari berada di sana. Barangkali hati mereka masih berat mahu meninggalkan tanah kelahiran Nabi Muhammad SAW. Kalau kakchik pun pastinya sukar mahu meninggalkannya sedangkan begitu susah untuk sampai ke sana.
Semasa hari bertolak ke Mekah. |
Ya, kakchik sedang menanti dengan sabar kepulangan ummi dan ayah dari menunaikan umrah di tanah suci Mekah. Khabarnya mereka bertolak pulang dari Jeddah malam tadi dan dijangka sampai di KLIA sekitar jam 1 petang nanti. Jika tidak ada masalah, mereka bersama jemaah yang lain akan kembali ke Kelantan dalam jam 7 malam. Alangkah rindunya... tak boleh nak ikut sangat perasaan rindu ni sebab akan mengundang air mata dan hidung akan makin tersumbat.
Sepanjang ummi dan ayah di sana, kakchik hanya mendoakan kesihatan dan kesejahteraan mereka setiap hari agar mereka berdua mampu melakukan ibadah umrah dengan penuh kekhusyukan. Panggilan telefon sekali dari ummi dari Tanah Haram semasa mereka masih di Madinah, cukup menggambarkan kegembiraan mereka dapat ke Rumah Allah sekali lagi. Walaupun di zaman ini kakchik pun boleh melihat pelbagai gambar dan video mengenai Mekah namun kakchik pasti melihat dengan mata kepala sendiri adalah lebih bermakna.
Menanti dengan doa agar perjalanan mereka selamat. Menanti dengan doa agar mereka pulang dengan umrah yang mabrur. Menanti dengan doa agar kepulangan mereka membawa banyak rahmat dan barakah Allah ke atas keluarga kami. Menanti dengan doa agar, keluarga kami akan sentiasa bahagia dunia akhirat dan makin utuh selepas ini. Menanti dengan doa agar ummi dan ayah pulang dalam keadaan sihat dan ceria. Menanti kepulangan mereka dengan penuh doa.
Salam Ramadhan kak chik,
ReplyDeleteMoga ayahbonda tiba dgn selamat dan sihat sejahtera. Moga dilimpah rahmat dan berkat bulan ramadhan buat kak chik sekeluarga..
salam kak chik
ReplyDeleteMoga mereka pulang dengan keberkatan, amin!
teringat saat saya bersama keluarga mengerjakan umrah Ramadhan lalu, sungguh rinduuu...
Ramadhan kareem buat kak chik ku
K.chik sahabat yang bie kasihi...tetiba bergenang air mata membaca tulisan k.cik..memandang mekah dengan mata sendiri lebih bermakna...
ReplyDeleteYa Allah rindunya pada masjidilharam dan masjidinnabawi...
Salam Ramadhan kembali Nur. Alhamdulillah mereka berdua telah selamat kembali ke pangkuan kami Nur. Terima kasih ya Nur.
ReplyDeleteWkslm rose. Alhamdulillah. Mereka sudah pun selamat sampai semasa Maghrib Khamis lepas. Tentu pengalaman rose sangat menarik bilamana boleh berumrah di bulan Ramadhan. Kakchik pun nak ke sana juga nanti. Ramadhan Mubarak rose.
ReplyDeleteBie yang dikasihi fillah, pastinya Bie pernah sampai di sana. Kakchik juga rindu nak ke sana Bie. Nak alami sendiri segala kenikmatan mengerjakan haji dan umrah.
ReplyDelete