Followers

9.8.11

Diari Ramadhan: Antara yang mampu dilakukan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam Ramadhan yang penuh ceria.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang masih mengizinkan kita semua hidup lagi di hari ini. Kita memang kena syukur sangat-sangat sebab di kala kita masih bernafas, ada orang yang telah dipanggil pulang ke Rahmatullah. Allah... terima kasih kerana masih memberi kita peluang untuk membaiki diri, menambah amalan baik, memohon ampun atas dosa-dosa dan melakukan kebajikan kerana hayat kita masih ada. Alangkah bertuah jika hayat kita putus dengan tenang di kala kita sedang melakukan kebaikan. Allahu Allah.

Sudah masuk hari ke-9 kita berpuasa. Nampaknya masih banyak peluang yang kakchik telah terlepas. Memang terasa amat rugi tapi bersangka baik sajalah dengan apa yang berlaku. Punca peluang-peluang tu terlepas ada yang datang dari diri-sendiri dan ada juga dari orang lain yang berada di sekeliling kakchik yang memerlukan bantuan kakchik. Semoga masih ada peluang untuk kakchik di hari ini dan seterusnya.

Bertadarrus al-Qur'an

Membaca sambil melihat makna-maknanya.

Biasanya selepas Maghrib ialah waktu kakchik bertadarrus tak kira di bulan Ramadhan atau tidak. Cuma di bulan Ramadhan ni lebih konsisten berbanding di bulan-bulan yang lain. Alhamdulillah. Itulah hikmahnya bulan ini, tidak mudah merasa malas atau letih. Lagi dibaca al-Qur'an itu lagi susah mahu berhenti. Jika tidak membaca, kita boleh mendengar sambil melakukan kerja-kerja seharian.

Selain itu waktu rehat di pejabat pun kakchik cuba manfaatkan dengan membaca al-Qur'an. Sendirian melakukannya menyebabkan semangat nak baca panjang-panjang tu kurang sebab itulah lebih menaikkan semangat jika bertadarrus beramai-ramai. Bila beramai-ramai seolah-olah semangat membaca al-Qur'an tu berosmosis masuk ke dalam diri tanpa sedar. Apa taknya, sekeliling kita orang melakukannya.

Selepas Subuh juga boleh dimanfaatkan untuk mengaji.

Berbuka secara sederhana

Ramadhan kali ni kami benar-benar bersederhana dalam bab makanan. Kena berterima aksih banyak kepada cik abe sebab dialah yang banyak mengajar kakchik erti berjimat dan makan secara sederhana saja. Kami berbuka biasanya hanya dengan 3 perkara iaitu kurma, sejenis kuih atau masakan ringan dan air teh o panas. Sebagaimana yang kita tahu buah kurma itu mengandungi gula ringkas yang boleh membekalkan tenaga dengan segera. Makan 3 biji pun sudah terasa segar dan kenyang.

Alhamdulillah itu saja yang dimakan bagi mengalas perut dan memberikan tenaga yang cukup untuk melakukan solat Maghrib, Isyak dan Terawikh. Bila bersahur barulah kami makan nasi dengan lauk, sayur, minum teh o panas dan air suam. Rasanya diet dalam menu tahun ni jauh lebih baik dari tahun-tahun lepas. Kalau nak jadi terlebih makan sikit ialah bila berbuka di rumah ummi. Dulu biasanya kami berbuka dengan kurma dan kuih-muih kemudian solat Maghrib. Selepas Maghrib kami makan nasi tapi sekarang ni kami tak lagi perlukan nasi itu.

Kurangkan keluar tanpa tujuan

Allah jadikan bulan Ramadhan ini cuacanya panas. Kadang-kadang itu panasnya sehinggakan kita tidak mampu nak membuka mata seperti biasa. Kepanasan ini sangat terasa di waktu nak balik dari kerja. Antara jam 3 petang hingga 5 petang tu bila memandu tu mata terpaksa dikecilkan dan pandangan di luar kelihatan sangat cerah dan terang yang menusuk ke dalam mata. Itu di tempat kita. Dengar khabar, saudara kita yang berada di Arab Saudi terutamanya di Mekah terpaksa bersabar dengan cuaca sepanas 50 C hinggakan ada jemaah umrah yang minta balik awal sebab tidak tahan panas.

Itu bab cuaca. Tapi hakikatnya bila-bila masa pun keluar rumah tanpa tujuan ini tidak digalakkan terutama pada kita kaum Hawa ni. Di bulan Ramadhan ni lagilah elok kita berada di rumah saja. Boleh selesaikan kerjarumah dengan cepat dan boleh pula mengisi masa dengan melakukan amal ibadat. Bukankah bagus tu. Kalau terpaksa keluar tu sebaik-baiknya ia untuk tujuan yang ada hubung-kait dengan agama. Ye lah, kalau kita buat sesuatu bukan yang Allah suka, bukankah sia-sia? Ni kakchik nak ingatkan diri-sendiri juga ni.

Program agama

Kalau di bulan lain pun ada banyak program agama cuma tidak semuanya sempat dihadiri, di bulan Ramadhan ini apatah lagi. Di Kelantan ni terlalu banyak program berbentuk keagamaan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri dan pelbagai pihak lain. Semuanya kakchik rasa nak pergi tapi sayangnya tidak semua dapat dihadiri. Sakit deman, kerja, urusan ibu bapa dan sebagainya kadang-kadang menjadi penghalang. Tapi bila sesuatu program tu kakchik dapat tahu awal maka awal-awal boleh dirancang agar dapat ke program tersebut.

InsyaAllah hari Khamis ini akan ada Majlis Solat Hajat dan Tadarrus Perdana di Dewan Balai Islam, Lundang dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari. InsyaAllah yang ini kakchik sangat mahu hadir dan syukur ke hadrat Allah SWT yang mengaturkan agar Kerajaan Negeri menganjurkan program itu pada hari Khamis, hari kakchik tidak bekerja. Selalunya banyak program dianjurkan pada hari Sabtu, hari kakchik bekerja jadi banyak yang terlepas. Semoga Allah permudahkan untuk kakchik hadir ke program itu.

Cukuplah catatan diari kali ini. Semoga Allah memberkati hidup kakchik, cik abe dan keluarga begitu juga hidup kalian semua. Amin.

8 comments:

  1. Salam kakchik, selamat menjalani ibadah puasa. moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya.

    ReplyDelete
  2. salam kakchik..

    terasa semangat bila baca cara makan kak di bulan puasa..

    bulan puasa ni adalah kali pertama Aza berpuasa dan full BF. Rasanya seperti budak baru belajar puasa. Letih + laparnya berganda. Hampir berbuka, tapi alhamdulillah Allah ilhamkan dulu google. Bila sourcing2 banyak yang kata bersabar itu lebih baik, mungkin susu ummi yang sabar ni, lebih sedap?

    alhamdulillah masih dikurnikan kesabaran berpuasa hingga hari ini. Cuma ibadat agak berkurangan berbanding sebelum ni kerna anak yang suka melekat nak menyusu.

    Sekadar berkongsi sikit diari ramadhan dengan kakchik...Harap2 dapat input berfaedah..

    -Aza-

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah kakchik
    thun ni ayu dpt buat tadarus dgn kwn2 kat opis..
    pastu dpt buat terawih kat rumah even anak2 kaco time solat tu...
    siap ade isap susu lagi time rukuk..
    alhamdulillah..
    sepnjng ramadhan ni masih lagi memasak dirumah dan tak membazir beli kuih muih or makanan kat param.
    ade membeli tpi buat cukup2 buka saje.
    murtabak misalannya..
    mmg kali ni ramadhan yg sederhana tapi hampir2 sempurna.
    insyaa Allah..

    ReplyDelete
  4. Salam ramadhan kak chik,
    Ya kak chik, dlm kesibukan kita kena peruntukkan masa jg dgn ibadah. dlm keadaan brpuasa lagi.
    Cuaca skrg panas kan? Kena minum banyak air. kalu tidak terasa sangat dahaganya..
    Beruntung kak chik dok dekat ngan parent. selagi dok dekat, tak rugi kita berbakti. mcm saya ni dok jauh, rasa tak puas berbakti ngan parent. cuma dpt tumpahkan kasih pd mertua jer sbb lebih dkat. :)

    ReplyDelete
  5. wkslm umi. selamat berpuasa dengan penuh khusyuk. insyaAllah kak. amin.

    ReplyDelete
  6. wkslm aza.

    baru nak betul-betu bersederhana aza. malu kalau ingat tahun-tahun sebelum ni.

    orang yang menyusu memang ada kelonggaran untuk tak puasa tapi kakchik suka sebab aza sanggup bersabar dan meneruskan puasa. insyaAllah besar ganjarannya.

    semoga Allah kurniakan aza tenaga yang normal untuk meneruskan ibadah puasa ni.

    ReplyDelete
  7. ayu,
    tahniah ayu sebab banyak juga tu aktiviti yang bagus dapat ayu lalukan. hahaha kelakarnya bila ayu kaat ada yang hisap susu semasa rukuk. ni mesti botol susu melekat kat mulut.
    kita ni memang elok memasak sendiri je kan? makanan lebih terjamin kebersihannya dan berkat.
    semoga kita sama-sama dapat terus bersederhana di bulan ini dan bulan-bulan seterusnya.

    ReplyDelete
  8. wkslm nur.
    orang kata dalam Ramadhan inilah kita perlu perbanyakkan lagi ibadat kita sebab pahalanya berganda. sibuk dgn kehidupan ni tak pernah habis hehe.
    entahlah nur, kakchik pun memang kurang minum air tapi setakat ni alhamdulillah takde masalah sangat. mungkin sebab kakchik dok dlm pejabat je siang hari, tak banyak ke sana-sini jadi tenaga kurang digunakan.
    alhamdulillah, syukur Allah takdirkan rumah kami belakang rumah parent je. rumah kecik tapi hati gembira. sayangnya jauh pula dgn mertua. rindu juga nak berbakti kat mereka.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs