Followers

19.8.11

Niqab di hari kahwin: Jawapan balas untuk Nurul

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


(Entri ni kakchik taip semalam lagi tapi hari ni baru siap)

Kurang lebih sejam lagi kita semua akan berbuka puasa untuk hari yang ke-18 bagi mereka yang tiada keuzuran syar'ie. Di saat menanti waktu berbuka ni, kadang-kadang kakchik isi dengan membaca Al-Qur'an tapi hari ni ada urusan lain pula jadi kakchik nak luangkan sedikit masa untuk menjawab satu email yang telah agak lama berada di dalam senarai email kakchik cuma kakchik je yang terlepas pandang dan pagi tadi semasa mengemaskini folder yang ada dalam yahoomail kakchik, barulah terjumpa. Moga-moga adik yang menghantar email ini masih sudi untuk membaca balasan dari kakchik.

Sebenarnya kakchik dah taip agak panjang balasannya melalui yahoomail yang baru tapi belum sempat nak save draft, jejari kiri terlanggar butang keypad maka habis hilang segala yang telah ditaip. Sabar sajalah sebab yang itu Allah tak izinkan agaknya. Untuk langkah lebih selamat dan mungkin balasan kakchik ini boleh dibaca oleh orang lain yang turut mempunyai dilema seperti adik Nurul yang menghantarkan email di bawah ini. Kakchik akan cuba balas sekadar imu dan pengalaman yang sedikit ini.

Assalamualaikum Kak Chik,

Sy Nurul, sebelum nih ada pernah kemukakan beberapa soalan kepada Kak Chik dlm blog...pasal pemakaian niqab...

Baru 2 bulan lebih sy pakai niqab nih...masih baru...masih sesuaikan diri...ramai saudara mara n kawan2 yg taktahu pun sy dh pakai niqab..

So far, alhamdulillah..sy selesa sgt pakai niqab nih...bersyukur akhirnya sy dh buat apa yg sebenarnya sy nk buat sejak sy sekolah rendah lagi..

Cuma sekarang sy ada sedikit kekusutan Kak..insyaAllah sy akan berkahwin bulan November nanti...baru2 nih sy ada pergi rumah makcik...so bila dia tgk perubahan sy, mmg mereka agak terkejut...so bising2 ckp macam mana kahwin nnti...org datang nk tgk muka pengantin...especially family sebelah lelaki yg tak kenal sy...

Sy serba salah...tentang baju, alhamdulillah...sy masih akan memakai jubah...cuma tentang niqab tuh...kawan2 ada mencadangkan pakai yg sedikit jarang...yg masih boleh nmpk muka...tp masih bertutup....sy tak berapa sedap hati...rasa mcm tak btul.....tp sy ada juga pertimbangkan...mungkin Kak Chik ada sedikit nasihat & panduan tentang ini...n boleh berkongsi dengan sy...

Maaf kalau sy menggangu masa Kak Chik...sy tau akak pun ada masalah sdri....seperti yg dicerita dlm blog...no matter what it is, sy doa Kak Chik akan jumpa jalan penyelesaian terbaik...

really appreciate your reply...sy suka bca blog Kak Chik...banyak informasi...
terima kasih kak..

-Nurul-

Balasan kakchik:

Bismillahirrahmanirrahim.

Wa'alaikummussalam Nurul. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kakchik untuk membantu Nurul dalam perkara ini. Kakchik ucapakan syabas kerana Nurul telah pun memulakan fasa baru dalam hidup Nurul iaitu dengan memakai niqab. Rasanya selepas 3 bulan ini, Nurul sudah agak serasi dengannya kan? InsyaAllah perlahan-lahan saudara-mara dan kawan-kawan akan tahu juga akan perubahan ini. Semoga mereka menerimanya dengan hati yang positif.


Menyentuh tentang isu hari kahwin nanti, pokok perkara yang pertama ialah kena faham apa pegangan Nurul sendiri terhadap hukum pemakaian purdah ini. Adakah Nurul berpegang pada ianya wajib atau sunat sahaja? Kalau Nurul yakin bahawa memakai purdah itu wajib seperti mana pandangan sesetengah ulamak fekah maka wajiblah memakainya di hari perkahwinan nanti. Tapi jika Nurul berpandangan bahawa pemakaian niqab atau purdah ini sunat maka jika dibuka pada keadaan tertentu seperti ahli keluarga mahu kenal maka ia tidak menjadi kesalahan. 

Kakchik dulu masa hari walimah tu untuk elakkan orang lelaki asing iaitu tetamu yang datang yang bukan ahli keluarga kedua belah pihak, kakchik meminta keluarga mengasingkan terus kedudukan para tetamu dan siapakah yang boleh masuk ke bilik pengantin. Bahagian atas rumah hanya untuk wanita manakala lelaki makan di khemah di luar rumah. Hanya tetamu wanita dan lelaki ahli keluarga saja dibenarkan masuk ke bilik pengantin untuk bertemu mata dengan kakchik (sebagai pengantin masa tu) dan bila kakchik keluar ke ruang terbuka bersama suami nak raikan pengantin, kakchik pakai niqab.

Katakan walimah Nurul nanti dibuat di tempat terbuka yakni tidak dapat diasingkan seperti kakchik buat tu, kakchik rasa  takde salahnya jika pakai niqab yang sesuai dengan pakaian pengantin. Contohnya seperti gambar d bawah.


Sumber: Saharayusuf Enterprise


Katakan ada bapa saudara sebelah suami yang mahu kenal kita dan kata payahlah nak cam selepas ni kalau di hari kahwin pun tak dapat nak tengok muka, kakchik rasa tentu berat hati nak membuka niqab pada masa tu dan tunjukkan wajah kepada beliau kan? Teringat semasa hari kakchik dihantar ke rumah mertua, memang ada saudara-mara belah suami yang berseloroh begitu jadi kakchik jawab secara hormat, "insyaAllah bila kami ziarah ke rumah nanti, kita boleh kenal-kenal" seolah-olah memberi makna yang kakchik akan buka niqab bila bertemu mereka di rumah mereka nanti tapi tak semua rumah saudara yang kami ziarah kakchik membukanya. Kena tengok keadaan juga, siapa yang ada di sana masa ziarah tu.


Nurul, jawapan kakchik dia atas ni janganlah Nurul jadikan panduan bulat-bulat ya. Buatlah perbincangan dengan baik bersama mak ayah dan adik-beradik begitu juga dengan tunang Nurul agar mereka semua dapat membantu dan memberi kerjasama kepada Nurul yang menjadi pengantin pada hari tersebut. InsyaAllah jika pengantin dihiasi dengan pakaian yang cantik, wajah tak nampak pun seri pengantinnya tetap akan terserlah. Lagipun, tak kan selama ini kita menjaga wajah kita dari pandangan orang ramai tapi bila tiba hari kahwin, kita membukanya pula dengan make-up yang menyerlah. Seperti janggal dan peliklah pula. 


Kakchik sebenarnya berharap ada teman-teman kakchik yang lebih arif dalam hal ini akan turut membaca dan membantu dengan jawapan yang lebih ilmiah berbanding jawapan yang kakchik berikan ini. Semoga Nurul dalam melalui hari besar dalam hidup Nurul di bulan November nanti dengan penuh kerendahan hati dan majlis yang berkat. 

Di bawah kakchik sertakan beberapa gambar pengantin yang memakai niqab di hari walimah mereka sebagai contoh. Mungkin boleh tunjukkan pada keluarga untuk meyakinkan mereka. Semoga Allah ampunkan kesilapan dan kesalahan kakchik dalam memberikan jawapan kepada Nurul. Semoga kakchik tidak menyalahi hukum Islam dan harap Nurul merujuk juga kepada para ustaz/ah yang lebih alim agar jawapan yang diperolehi tidak mengikut logik akal semata-mata.


Allahua'lam.


Kakchik


------------------------------------------------------------------
Contoh pengantin berniqab.


Sumber: Kenalan


Sumber: Facebook

6 comments:

  1. apakah rasional utk orang lain melihat muka pengantin?? cukuplah utk mengetahui dan meraikan orang yg berkahwin..

    diwaktu lain, mereka akan berjumpa pengantin dengan penampilan berniqab maka mahu tak mahu cubalah kenal pengantin dengan penampilan berniqab tersebut..

    bagi saya, biarlah pengantin yg menentukan bagaimana majlis itu ingin diadakan.. keberkatan majlis itu nanti akan pengantin bawa dalam rumahtangga yang akan dibina.. pengantin yg akan menempuh rumah tangga tersebut.. bukanlah mereka..

    ReplyDelete
  2. to nurul...masalh diri mu sama seperti ku sblm ini....tp apapon bincang dgn faily..supaya mereka faham akan situasi mu...klu ada sedara mara atau ada pihak sbelah lelakimahu tgk wajah mu...blh je suruh mereka tggu,,,,mcm sy .. lepas tetamu pulang...sedara belah suami mahu tgk rupa... ikut keselesaan dirimu....

    ReplyDelete
  3. Ehem, Assalamualaikum, kakchik... saya ni... 'bdk bru blajar'. bru nk try pky niqab, tp, tba2 saya masuk tmpt bljr yg xbg pky niqab, sy pon xpky. tp tgok2 ada je 4-5 org yg pky. rasa mcm rugi pulak xpky. pastu, ingat macam sem seterusnya, nak pky. tapi, mcm takut pon ada. malu pon ada, sebab saya bermula kt cni dgn xpky. dan, sy takut xboleh nk cope dgn situation.

    parents sy and family ok je dgn pilihan sy ni. cuma masalahnya saya sendiri. terlalu berfikir mungkin. tp, honestly, sy mmg nk sgt pky niqab. dan, 2-3 kali sy pky sebelum ni, mmg sy suka dan sgt puas hati.

    dan, sy nk tnya sikit, klu pky niqab, nk mkn kt luar cmne? benda ni pon saya fikir jugakla. sebelum pnah je mkn kt luar, tp, sebab kdai tu kdai kecik je,xdk org waktu kami pegi dan makcik kedai tu pon dy sorg2 je, pmpuan pulak, saya bukak je...
    *diharap kakchik dpt membantu sy yg dlm dilemma ni, insya'ALLAH*

    ReplyDelete
  4. salam fuad ansari. maaf sangat kerana kakchik terlepas pandang komen fuad di sini. terima kasih atas respon yang kakchik kira menyokong niqabi yang tidak mahu membuka purdahnya di hari kahwin. alhamdulillah. gembira rasanya bila muslimin memahami.

    ReplyDelete
  5. Adik Kasih Tercipta.
    Terima kasih ya. Semoga Nurul membaca respon dari pengalaman tersendiri :)

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam keith syakil.
    Semoga niat memakai niqab itu bukan untuk cuba-cuba tetapi kerana Allah SWT. InsyaAllah bila niatnay kerana Allah, secara sendirinya kekuatan dalaman akan hadir dan barulah hati bulat buat keputusan. Semoga Adik temui keyakinan dan kekuatan.

    Berkenaan makan di luar ni, mungkin entri kakchik yang ini (http://keluargakusayang.blogspot.com/2011/06/pakai-purdah-nak-makan-di-luar-apa.html) boleh membantu.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails