Followers

15.8.11

Alhamdulillah... semoga Allah memberkati.

Assalamualaikum dan Salam Terawikh.

Sebentar lagi kita semua akan mendirikan solat Isyak kemudiannya insyaAllah solat Terawikh pula. sementara menantikan masuk waktu, kakchik mahu kongsikan gambar menu iftaar kami hari ini. Jarang-jarang sekali nak kongsi menu sebab kakchik hanya sediakan makanan yang ringkas saja. Tak setanding kawan-kawan yang pandai memasak tu.

Sardin Roll

Sardin Roll ni sangat mudah dan ringkas penyediaannya jadi bila Amriena nak tolong buat, kakchik dengan senang hati mengizinkan. Bahan-bahan semuanya lebihan dari Sandwich Sardin Telur tempohari. 8 keping roti sandwich digelek dengan gelas agar mampat dan mudah nak gulung. Intinya kakchik gunakan Chili Tuna dan sebiji telur. Gelek roti, letak inti kat hujung, gulung, celup telur dan goreng. Semudah itu dan rasanya boleh lah hehe.

Pengat Pisang

Ini makanan kegemaran ayah kakchik dan pastinya ini bukan kakchik yang masak tapi ummi. Kalau kakchik buat pastinya sedikit tawar berbanding yang ummi ni sangatlah manisnya. Tapi ayah suka makan dengan nasi atau cendol. Cik abe pula tak suka sangat kalau dimakan tanpa pulut. Kakchik hanya makan begitu saja tapi kena minum banyak air kosonglah. Macam-macam selera kan?

Alhamdulillah, kakchik syukur dengan menu kami yang sederhana ini. Janji semuanya habis dimakan tanpa ada yang dibazirkan. Bila ingat pembaziran makanan yang kadang-kadang kakchik juga terbuat, hati terasa menyesal dan sangat sedih. Kita terlebih makanan hingga membazir sedangkan saudara seagama kita di bumi Somalia, Kenya dan Ethopia sedang kebuluran sekian lama. Tak dapat bayangkan apakah hari ini ada perut yang berjaya diisi dengan makanan dan adakah mereka kenyang?

Mohon Allah berkati rezeki kami hari ini dan mohon Allah kasihani mereka dengan menurunkan rahmat. Mendengar khutbah ini airmata kakchik jatuh tanpa henti walaupun kakchik tidak faham sangat apa yang dikatakannya tapi nada suara dan intonasi sudah cukup membuat kakchik simpati dan mahu membantu.

2 comments:

  1. kak chik sayang T_T ... sy terliur ... T_T .. dah ler tetibe mOod unstable hehehe... tp rumah kite jauh bangat T_T taleh ziarah kak chik nak kecak sikit hehe

    ReplyDelete
  2. Adikku syikin,
    Kalau terliur tu terpaksalah menjamu mata saja ya. Nak hulur kot skrin komputer ni tak mampu magic pulak :)
    Mood unstable tu biasalah syikin. Kakchik pun sehari dua mood unstable kerana kerenah pelanggan.
    Marilah ke KB, nanti boleh kecak makanan kami.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs