Followers

30.8.11

Salam Aidilfitri Dari Kami Berdua.


Takut & Harap di Aidilfitri

Kekadang mahmudah tidak kecapaian
Hanya dengan tekunnya amalan
Tapi harus ditempa oleh tusukan ujian
Dari kesakitan, kegagalan dan…
persengketaan
Seringkali dosa dan mazmumah
Ditandai oleh perpecahan ukhuwah
Sejauh mana kasih sesama manusia
Dibatasi oleh cinta pada yang Esa
Teguh iman, kukuhlah perpaduan
Kekadang Allah menyempitkan…
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
Kekadang Dia melapangkan…
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya!
Ya Allah,
semoga di kemeriahan Syawal nanti
Hati kami tetap di madrasah Ramadan
Dalam alpa dan berdosa… kami takut
Dalam ingat dan taat… kami harap
Takut kemurkaan-MU!
Harap keampunan-MU!
Allah hu Akbar… Allah hu Akbar…
Walillahhilhamd!

7 comments:

  1. selamat hari raya untuk k.cik sekeluarga juga...teringin nakgi raya umah k.cik lah...

    ReplyDelete
  2. Salam syawal buat kalian berdua;moga bahagia dan ceria di pagi syawal.
    P/s: ari tu buntu gile nk cr jubah,lps beli bru tingat butik kak chik.arghh rugi2,xde rezeki nk g suping kt butik kak chik

    ReplyDelete
  3. Bie, jemputlah ke rumah. Raya ke-2 dan seterusnya hingga 4 hb insyaAllah kakchik ada di rumah tapi kena tel dulu ya takut pergi kenduri.

    ReplyDelete
  4. Siti Nik @ bcp, terima kasih masih luangkan masa singgah di blog kakchik w/pun sedang sibuk nak raya. Hehehe, bukan rezeki kakchik la tu. Next time boleh soping kat butik kakchik pula.

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum

    selamat hari raya buat kak chik sekeluarga.

    mohon maaf andai slma perkenalan kita di alam maya ini adik ada guriskan hati kak chik.

    ..mohon doa andai satu hari nanti kita dpt brsua muka..Insyaallah.

    salam lebaran drp Azlen nun jauh di selatan:-)

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam leen.
    Selamat hari raya kembali. Maaf diterima dan kakchik juga mohon adik maafkan salah silap kakchik dlm bicara antara kita selama ini. InsyaAllah jika ada jodoh kita, pasti Allah temukan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails